Bismillah. Aloe!
Aku banyak story yang nak cerita tapi asyik tertangguh. Salah satunya cerita pasal pergi Legoland masa cuti sekolah hari tu.
Sekarang mood tengah membara nak cerita tentang babywearing. Jangan nyampah pulak seminggu ni asyik up story pasal babywearing. Macam lah ada yang baca blog syiok sendiri ni.. ekekeke [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”].
Masa 2 bulan mengandungkan Irdina. Aku beli lah Manduca. Harga Manduca Pure Cotton Limited Edition RM700 + RM142 harga aksesori ZipIn dia tu. Jumlah duit yang terbang meninggalkan tabung aku ialah RM842. Pecah tabung weh… pecah. Uhukkkk!
Aku nyatakan harga beli Manduca tu kat sini sebagai rekod. Mana tahu nanti aku nak jual Manduca aku tu. Senang nak refer balik harga beli Manduca tu heheheh.
Korang mesti rasa RM700 harga Manduca tu melampau mahal. Memang betul pun melampau. Bukan takat melampau. Tapi sudah tahap terlampau. [wp-svg-icons icon=”weather-4″ wrap=”i”]
Tapi since Manduca ni produk oversea so harganya ditentukan oleh nilai ringgit kita berbanding USD. Masa aku beli tu ringgit tengah menjunam jatuh. Janam janam kiranya.. huhuhh.
Aku tak kisah bayar mahal jika produk tu kualiti superb. Manduca ni memang kira jenama baby carrier pilihan yang ergonomik dan one of the best baby carrier in the world.
Gambar Babywearing Manduca – Baby 3 Minggu
Aku mula guna Manduca untuk gendong Irdina sejak umur dia 3 minggu. Irdina lahir berat 2.95 kilo. Masa umur dia 3 minggu tu berat dah lebih 4 kilo so dah kira boleh guna Manduca ni.
Masa first time tu aku test drive kat rumah je. 3 minggu masih dalam pantang. Mana boleh keluar shopping lagi ekekee.
Baby umur 3 minggu for sure kepala dan badan masih lembik. Sebab tu penting kena cari baby carrier yang ada newborn harness atau newborn seat.
Manduca ni ada newborn harness so memang sangat sesuai dan selamat untuk gendong bayi sekecil 3.5 kg.
Lepas aku rasa luka cesar aku sembuh @3 weeks, aku pun mula lah operasi cuba try test Manduca tu. Irdina masa tu kuat tidur so senang je nak cuba. Pasrah je dia aku sumbat dalam Manduca ekekeke [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”]
Bila baby kecik masuk Manduca ni, kaki dia mesti ada kat dalam. So dari luar nampak membulat je Manduca tu kat perut. Gaya macam tengah pregnant pun ada. Snuggly je baby kat dalam tu.
Gambar Babywearing Manduca – Baby 6 Minggu
Aku dan famili jalan-jalan kat Setia Alam City Mall sebab tu yang paling dekat.
Kiranya masa tu lah first time aku betul-betul guna Manduca untuk gendong baby.
Aku guna newborn harness @ seat Manduca tu sampai la Irdina 7 minggu lebih.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Masa dia 2 bulan dah tak muat duduk dalam newborn harness tu. Montot bambam sangat. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]
Gambar Babywearing Manduca – Baby 2 Bulan
Masa Irdina umur 2 bulan, aku gendong dia front carry macam biasa guna Manduca.
Kali ni newborn harness dah tak guna. So kaki dia dah boleh nampak dari luar.
Tapi kepala still tak nampak sangat pun. Baby pun masa ni kuat tidur lagi. Masuk je dalam Manduca terus tidur. Best ke best tu hehehe
Aku pernah nip @ nursing in public masa gendong Irdina guna Manduca ni. Senang je kot.
Gambar Babywearing Manduca – Baby 4 Bulan
Aku tak ada pulak gambar gendong Irdina dalam Manduca masa umur dia 3 bulan. Sebab masa tu aku kemaruk guna Lenny Lamb.
Masa Irdina 4 bulan aku bawak Manduca ni pergi Legoland. First day aku guna Lenny Lamb. Second day guna Manduca sebab Lenny Lamb tu dah bau kambing busuk. Seharian berpanas kat Legoland tu maunya tak berbau kambing embekkkk… ekekee.
Bila baby makin besar so kaki makin panjang. Kepala pun dah nampak meninjau sana sini. Comel je Irdina dalam Manduca tu. [wp-svg-icons icon=”heart-2″ wrap=”i”]