Bismillahirrahmanirrahim – [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”].
Sedar tak sedar dah lebih 2 tahun akak babywear Irfan guna Snugbaby Stork ini. Cepat betul masa berlalu.
Bayangkan. Dari Irfan kecik duduk dalam SSC tu pun tengelam tak nampak kepala – sampai lah dia besar dengan kaki panjang terjuntai macam tak cukup ruang dah hahahah.
Snuggbaby Stork Curious Nature Corduroy ni memang penyelamat akak Ros semasa keluar shopping, jalan-jalan atau pergi event dengan Irfan. Irfan pun suka je duduk dalam SSC ni. Kadang-kadang sampai tertidur. Syiokkk la tu kannnnn.
Semalam akak bukak folder gambar-gambar babywearing saya. Rasa nak share gambar babywearing Irfan dengan Snuggbaby Stok tu dalam blog ni sebagai kenangan.
Kenangan? Yeahh. Sebab akak Ros ni dah terjebak dengan Manduca dan Lenny Lamb pulak dah. Bocor poket mak sebab Manduca dan Lenny Lamb tu harganya mau cecah ribu…huwaaaaa.
Anyways. Snuggbaby Stork ni ada Detachable Sleeping Hood – boleh guna untuk tutup kepala baby jika panas bawah matahari atau masa baby tidur. Akak kan ada banyak designer fabric yang cantik-cantik so akak pun jahitlah beberapa helai sleeping hood bagi memeriahkan Snuggbaby Stork kesayangan akak ni hehehhe.
Nanti akak nak up post untuk jual SSC ni so pembeli bertuah akan dapat 4 helai sleeping hood designer fabrics yang cute tu for free! Sementara tu enjoy lah dulu gambar babywearing Irfan ni. [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”]