Kisah Babywearing | Babywearing = Memakai Bayi?

Wear your baby bebeh!

Kalau direct translation wear = pakai so babywearing mestilah maksudnya memakai bayi.

Tapi kita bukan pakai bayi macam kita pakai baju pulak. Mana boleh nak sarung baby kat badan kita unless…..

kita pakai babywearing gear!

so.. maksud sebenar babywearing tu ialah gendong bayi guna baby carrier rapat-rapat pada badan kita.

Sebab bayi duduk rapat dengan badan so macam kita wear the baby lah. Faham? Tak faham sudah…heh heh.

Babywearing

Babywearing ni semakin mendapat tempat di hati parents yang pentingkan natural parenting.

Contohnya…

  • babywearing instead of sumbat baby dalam stroller *ahah!
  • breastfeeding instead of sumbat susu formula *ahaaaa.
  • co-sleeping instead of letak baby dalam cot atau katil di bilik sendiri *errrrr…
  • cloth diapering instead of guna lampin pakai buang *errrr….

Maksudnya…besarkan anak ikut cara nenek moyang kita dulu lah!

Zaman dulu kan mana ada stroller, susu tepung dan lampin pakai buang semua tu. Back to all things natural gitu.

Saya? Tak 100% buat natural parenting ni pun… 50-50 je beb. Terutama bab co-sleeping dan cloth diapering tu.

Baby memang tidur dalam bilik kami tapi dalam cot dia sendiri. Cloth diaper pulak… masa Izzah dulu tak sepenuhnya pun.

Lupakan pasal benda-benda lain. Saya nak cerita pasal babywearing.

Banyak babywearing gear @ alat untuk gendong bayi di pasaran. Macam-macam jenis ada.

Harga pulak ada yang murah dalam puluh ringgit dan ada yang cecah ribu ringgit.

Mahal atau murah bergantung pada jenama, jenis dan bahan yang digunakan.

Serius boleh rambang mata dibuatnya. Semua rasa nak!

Saya nak cerita jenis baby carrier yang saya pernah pakai sahaja untuk babywearing.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Penting sangat cari baby gear yang selesa dipakai dan selamat untuk bayi. Silap pilih boleh sakit belakang dibuatnya tau.

Pouch

First baby gear saya beli ialah satu pouch brand Little Pods berwarna beige.

Babywearing

Pouch ni adalah kain yang dilipat dua dan dipakai macam pakai selempang. Baby diletak dalam poket @ pouch yang ada pada kain.

Macam orang dulu-dulu gendong baby dalam kain batik lah.

So.. yes.. nak guna kain batik atau apa-apa kain pun boleh. Tapi kena make sure bayi selesa dan selamat.

Babywearing

Pouch ready made ni ada pelbagai saiz ikut tinggi kita. Macam saya guna saiz M sebab tak tinggi sangat kan.. heh heh.

Pouch ni sesuai sangat untuk newborn @ baby baru lahir.

Saya dulu pakai pouch ni sekejap je. Sebab Izzah macam tak selesa duduk dalam tu. Ntah-ntah saya yang tak reti pakai. Adeh.

Dah selamat jual pun pouch Little Pods saya tu.

Mei Tai (MT)

Mei Tai ni babywearing gear berasal dari negara China.

Satu keping kain dijahit tali panjang. Masa nak guna untuk babywearing kena ikatlah tali tu pada badan.

Best Mei Tai ni. Sebab boleh babywear di depan atau di belakang.

Babywearing

Sekarang Mei Tai ni dah dinaik taraf guna buckle instead of tali panjang. Nama pun dah jadi Buckle Tai kot. Senang nak pakai.

Babywearing

Masa Izzah dulu saya beli traditional Mei Tai dari Snuggbaby. Masa tu tak ramai yang pandai buat Mei Tai kat Malaysia. Owner Snuggbaby, Liza tu pun baru berjinak dengan bisnes baby gear ni.

Harga Mei Tai tradisional (tahun 2008) RM150 dan Buckle Tai RM180.

Babywearing

Mei Tai saya dengan body panel hijau Construction Zone dan straps kaler dark brown tu masih ada lagi. Saya boleh baby wear Irfan dengan itu Mei Tai.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Babywearing

Sejak Irfan lahir saya belum lagi cuba Mei Tai dengan Irfan. Tapi dah boleh cuba ni.

Ring Sling (RS)

Ring Sling ni lebih kurang sama dengan Pouch tapi ada adjustable rings dan kain panjang terjuntai di depan. So.. boleh adjust keselesaan dengan mudah.

Biasanya Ring Sling ni free size sebab saiz pouch tu boleh adjust.

Babywearing

Saya beli Ring Sling Manjaku Happy sebelum Irfan lahir. Harga RM80 sahaja.

Babywearing

Bagi saya murah sebab ring sling tu ada poket dan double sided. Banyak online shop jual ring sling dengan harga RM130 ke atas.

Babywearing

Ada teknik kena tahu masa nak pakai ring sling. Salah pakai akan buat kita sakit belakang dan baby tak selesa.

Babywearing

Dah beberapa kali saya pakai ring sling ni untuk gendong Irfan. Saya suka sebab rasa selamat je baby melekat pada kita.

Soft Structured Carrier (SSC)

SCC ni sama macam Mei Tai tapi gunakan buckle instead of tali panjang. Macam Buckle Tai lah.

Tapi SSC ni bukan sekadar Buckle Tai. Ada macam-macam enhancement pada baby carrier ni seperti sleeping hood, cincher belt and waist pocket.

Ada macam-macam brand SSC. Kalau brand import confirm harga lebih RM500.

Babywearing

Saya beli local made SSC iaitu Stork dari Snuggbaby. Dulu Stork ni dikenali sebagai SNUGG SSC.

Memang best sangat Stork ni. Sangat selesa untuk saya dan baby. Senang nak pakai pulak tu.

Babywearing

Irfan kalau duduk dalam Stork ni confirm tak lama akan tidur. Senang saya nak shopping..heh heh.

Banyak design menarik tapi Stork Curious Nature ni jugak saya suka. Harga RM379.

Babywearing

Pricey tapi berbaloi dengan harganya. Kira puas hati sangat walaupun baru dua kali pakai. Tak sabar nak pakai lagi baby saya dengan Stork ni.

Stork ni sesuai dipakai untuk newborn hingga toddler seberat 20 kilo. Maknanya sampai Irfan umur 4 tahun pun boleh guna lagi. Tak payah beli baby carrier lain lagi dah. Nanti saya review lagi Stork ni with lots of pictures.

Eh… baru saya perasan semua baby wearing gear saya (kecuali pouch) adalah berwarna hijau pistachio. Nice!

6 Comments

  • X panas ke baby bila duduk dlm tu dengan weather Msia ni? Sy pnh ada pouch dan ring sling. sume beli murah2 <RM100. Tp x selesa badan. Tp baru2 ni google Neeza Needle ada Merak SSC yg mcm murah dan best (< RM300) cuma masih tercari2 review. Harga x semahal Snugg tu. Cuma masih fikir, x panas ke anak dok dalam tu??

    • @karipapsayur, panas atau tidak baby depends pada jenis kain @ material baby gear tu, pakaian baby dan pakaian mak yang memakai..

      choose baby gear dari kain cotton yang menyerap peluh.

      biasa kalo pakai baby gear ni baby dress up light (depends jugak pergi mana).. kalau pergi shopping mall yg aircond tu confirm tak panas..

      so far my child ok je duduk dalam carrier tu.. tak pernah overheated 😀

  • saya berjinak dgn BW ni masa anak ke3. ms umur bwh 6bln saya guna RS. jmpa onlineshop jual jumpsac, lps % dapat rm80++. dh tegap sikit baru guna ssc, saya beli ergo. mmg memudahkan kerja sbb boleh gendong. nak bf dalam ssc pun mudah. so mmg x pakai stroller dah. utk adik2 saya nnt, saya nak diorang pun BW je, xyah beli stroller. 🙂

    • @faisya, oh terer BF dalam SSC.. akak belum try lagi *mcm susah je sbb baby kecik lagi heh heh*..

      walaupun babywear tapi stroller kami ada beli jugak..nak letak barang masa shopping senang.. eh..hi hi

      • @Ros Ibrahim, kene praktis kat rumah, nnt baru mahir. Yg penting kene pki baju nursing atau kemeja. Yg senang bukak. Sambil jln pun leh bf, senang. Xdela asyik pause je tiap kali jalan2 kat mall. Hehehe…

  • salam sis, mane nak dapatkan product snuggy kat malaysia? stork snuggy mane nk cari yep?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *