KinderMASS | Projek Arts & Crafts Bersama Anak Di Rumah – Felt Hair Clips (Klip Rambut Kain Felt)

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”]

KinderMASS — Kids Maths, Arts, Science & Social at home adalah idea aku untuk anak-anak aku.

Macam playschool kat rumah lah. Kira macam aktiviti bonding dengan anak-anak. Hehe!

So far sesi KinderMASS ni berjalan tapi tak lah begitu lancar. Sebab kesibukan kami yang asyik berjalan ke sana ke mari masa weekends.

Tak apa. Nanti cuti sekolah aku buat lah sesi KinderMASS ni sekerap boleh. Ameen!

Felt Hair Clips (Klip Rambut Kain Felt)

Aku ada banyak kain felt yang dibeli masa zaman Izzah kecik. Time tu aku ada buka kedai online — IzzahKids.com untuk jual baju dan aksesori kanak-kanak.

Konon nak buat klip rambut dan macam-macam felt crafts lah untuk jual online. Tapi tak kesampaian. Sebab aku malas. Boleh gitu? Hak hak hak.

KinderMASS - Felt Hair Clips

Since now ada baby girl lagi maka aku rasa rajin balik lah. Boleh guna kain felt tu untuk aktiviti Arts & Crafts KinderMASS aku.

KinderMASS - Felt Hair Clips

Aku dan anak-anak buat felt hair clips sama-sama. Klip rambut kain felt bentuk bunga yang comelicious sangat.

KinderMASS - Felt Hair Clips

Comel sampai si Irfan pun sibuk nak pakai sama. Aku layan aje lah. Hehe!

KinderMASS - Felt Hair Clips

Bahan-Bahan Felt Hair Clips

Tak banyak pun bahan diperlukan untuk buat klip rambut kain felt ni.

  • Kain felt pelbagai warna (at least ada 2 warna)
  • Penyepit rambut jenis snap
  • Butang comel
  • Benang cross stitch & jarum
  • Gunting

Nak buat klip rambut kain felt ni kena buat template bunga pada kertas. Buat 2 bunga besar dan satu kecik. Potong template tu dan gunakannya untuk potong kain felt.

KinderMASS - Felt Hair Clips

Lepas tu buat lubang sikit pada kain felt bentuk bunga yang besar. Sumbat penyepit rambut jenis snap pada lubang tu.

KinderMASS - Felt Hair Clips

Hiaskan bentuk bunga kecik tu dengan butang yang comel. Ada butang yang aku jahit. Ada yang aku gam terus macam ladybird tu.

KinderMASS - Felt Hair Clips

Gabungkan 2 bunga besar tu dengan jahitan sesuka hati. Any type of stitch pun boleh.

KinderMASS - Felt Hair Clips

Apa Yang Dipelajari Dari Projek Felt Hair Clips

  • Izzah first time belajar menjahit! Mula-mula takut kena jarum. Tapi bila dah terer tak boleh stop. Nak jahit lagi dan lagi. Seronok katanya. Hehe!

KinderMASS - Felt Hair Clips

  • Irfan dan Irdina belajar mengenal warna. Kain felt tu kan colorful. Bermain sambil belajar.

KinderMASS - Felt Hair Clips

  • Irfan mengasah kepandaian menggunakan gunting. Skill motor kasar ni. Dah terer menggunting kain. Bravo!
  • Irdina belajar menyepit rambut sendiri dan rambut omak juga.
  • Anak-anak seronok sangat. Sebab lepas siap boleh pakai. Omak pun pakai sepit. Hehe!

KinderMASS - Felt Hair Clips

Nak buat sepit kain felt ni? Senang sangat. Follow je steps yang aku bagi tu.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

KinderMASS - Felt Hair Clips

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *