KinderMASS | Kemahiran Menggunting @ Cutting Skills Sangat Penting Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Bismillah. Aloe! Cikros di sini.

Gunting? Aku rasa ramai omak abah risau nak bagi anak pegang gunting. Betul?

Aku dulu pun sama! Tapi lepas aku tahu yang kemahiran menggunting adalah sangat penting untuk merangsang kemahiran motor halus (fine motor skills) anak, so aku tak kisah lagi dah anak aku pegang gunting.

Of coz bukan sebarang gunting lah weh. Bagi anak guna gunting khas untuk kanak-kanak. Bukan gunting omak yang tajam tu. Hehe!

Kemahiran Menggunting

Gunting boleh melatih kemahiran bilateral integration, fine motor skills, hand-eye coordination dan motor control.

Tahu tak? Kemahiran menggunting adalah salah satu kemahiran dalam persediaan untuk ke sekolah atau omputih cakap ‘school readiness’.

Sepatutnya budak berumur 7 tahun sudah mahir menggunting bentuk kompleks seperti gambar haiwan dengan ‘ridges’ tidak melebihi setengah inci daripada ‘border’ gambar (sama ada ke dalam atau ke luar garisan).

Bila sepatutnya memperkenalkan gunting kepada anak? Aku rasa bila anak berumur  2 tahun dah boleh sangat ajar dia kemahiran menggunting. Tapi anak-anak aku semua masa umur setahun lebih dah belajar menggunting. Hehe!

Kemahiran Menggunting

Kemahiran Pra-Gunting

Sebelum belajar menggunting anak mesti ada kemahiran pra-gunting. Jangan main-main. Kemahiran menggunting bukan satu kemahiran yang terus dapat sebaik sahaja pegang gunting.

Kemahiran menggunting perlu dilatih berulang-kali baru lah pandai. Tapi sebelum itu korang mesti melatih dulu kemahiran motor halusnya dengan buat aktiviti senaman jari seperti berikut:

  • exercise genggam dan buka tangan
  • mengoyak tisu dan kertas

Kemahiran Menggunting

Kinetic Sand Pasir Mainan Kinetik

Pastikan memilih gunting yang selamat dan sesuai untuk kanak-kanak. Gunting yang mempunyai hujung yang tumpul atau bertutup atau yang dibuat daripada plastik ada dijual di kebanyakan pasaraya.

Kemahiran Menggunting Tahap Awal

Amboi! Belajar menggunting pun ada tahap pulak ye. Hehe!

Ye lah. Mana ada budak pertama kali pegang gunting terus pandai gunting gambar tanpa cacat cela. Terlebih genius tu kalau lahir terus ada kemahiran menggunting. Takut omak!

Sebagai permulaan, kenalkan anak dengan gunting. Bagi dia pegang dengan cara yang betul. Tunjuk bagaimana gunting berfungsi.

Kemudian boleh ajar anak buat aktiviti:

  • menggunting tali
  • menggunting doh
  • menggunting riben
  • menggunting benang

Kemahiran Menggunting

Kemahiran Menggunting Tahap Pertengahan

Selepas anak pandai menggunakan gunting bagi melakukan aktiviti dalam tahap awal, korang sudah boleh buat aktiviti menggunting seterusnya:

  • menggunting kecil / cebisan
  • menggunting juraian
  • menggunting garisan bersudut
  • menggunting jalur
  • menggunting bulatan
  • menggunting garisan beralun
  • menggunting garisan berpusing

Kemahiran Menggunting

Kemahiran Menggunting Tahap Lanjutan

Anak sudah pandai menggunting tahap pertengahan? Bagus!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Sekarang masanya untuk anak belajar kemahiran menggunting tahap lebih advance seperti:

  • menggunting bentuk ringkas
  • menggunting bentuk kompleks

Printables Untuk Kemahiran Menggunting

Jika rajin, korang boleh buat sendiri garisan / jalur / bulatan pada kertas untuk anak belajar menggunting semasa tahap sederhana. Tapi kalau nak cepat dan malas boleh terjah websites berikut. Ada macam-macam cutting skills printables yang boleh korang print dan bagi kepada anak untuk gunting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *