Dalam KidZania KL ada TM Telecommunications Center. Kanak-kanak boleh menjadi UniFi Engineer di situ!
Hebat. Kecik-kecik sudah jadi jurutera.
Walaupun hanya ‘pretending’ atau main-main sahaja, tapi saya rasa memang bagus untuk perkembangan minda budak-budak. Boleh belajar sesuatu.
Masa saya kecik dulu. Hanya pernah main konon-konon jadi polis, doktor, cikgu, tukang masak atau askar. Tak pernah tau apa itu jurutera. Poyo. Memang. Alam kanak-kanak kat kampung tidak seluas di bandar. Tapi keseronokannya tetap terasa.
Izzah bergelar UniFi Engineer di KidZania KL. Hebat. Erk… apa itu UniFi?
UniFi adalah internet Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi keluaran TM (Telekom Malaysia) yang selama ini di panggil TM HSBB (High Speed Broadband). Ia sebuah projek TM atas usaha kerajaan bagi mempertingkatkan keupayaan internet jalur lebar negara, supaya sama taraf dengan negara maju yang lain. Perkhidmatan ini menggunakan penyambungan FTH (fiber to the home) iaiti guna fiber optic dan ia boleh menampung kelajuan sehingga 1GBps.
Menurut Telekom Malaysia, “Uni” membawakan maksud kesatuan atau perpaduan, dan “Fi” adalah singkatan bagi fiber optik. Dan gabungan kedua-duanya membawakan UniFi yang membawakan maksud bersatu bersama fiber optik iaitu ke arah gaya hidup digital, sekaligus menepati slogan mereka itu.
Ooooh.. macam tu. Penyatuan fiber optik.
Seramai 6 orang kanak-kanak boleh menjadi UniFi Engineer pada setiap sesi selama 20 minit. Gaji sebanyak 15 KidZos akan dibayar kepada setiap jurutera.
Comel jugak uniform UniFi Engineer TM Telecommunication Center nih. Warna biru laut dan dilengkapi topi TM.
Tugas Izzah sebagai UniFi Engineer TM sangat mudah. Mula-mula kena duduk depan komputer dalam TM Telecommunications Center KidZania KL. Kemudian aktifkan broadband connection melalui komputer.
Lepas tu Izzah kena bawak kotak peralatan berwarna merah. Ke mana?
Menukar kabel fiber optik!
Terkial-kial Izzah mengangkat kotak peralatan ke kotak kabel TM. Jauh juga kena berjalan. Kotak kabel berada berhampiran tandas berhampiran Acting Studio.
Tugas menukar kabel fiber optik UniFi Engineer di KidZania KL amat mudah. Hanya cabut kabel fiber optik *kabel USB je pun he he he* di kotak kabel. Tukar dengan kabel fiber optik dari kotak peralatan.
Mudah. Senang.Tak berpeluh pun.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Nota Penting – UniFi Engineer di TM Telecommunications Center
- Aktiviti di sebagai Jurutera UniFi memerlukan pergerakan fizikal yang sederhana. Kanak-kanak perlu membawa kotak peralatan jurutera dan berjalan ke kotak kabel untuk tugas pembaikan. Kotak kabel TM terletak berhampiran tandas dekat Acting Studio.
- UniFi Engineer di TM Telecommunications Center KidZania KL dibayar gaji sebanyak 10 KidZos.
- Umur 4 tahun ke atas. 6 orang setiap sesi. Masa 20 minit.
ada tokok seorang engineer 🙂