Tips Melawat Kidzania & KidZania KL Review | Pengalaman Di Kidzania Malaysia – Tukang Cat Bangunan Nippon Paint

Kanak-kanak memang suka menjadi comot atau suka sesuatu yang mencomotkan diri mereka. Menjadi tukang cat dalam KidZania KL adalah aktiviti yang seronok dan comot.

Jangan risau. Semua tukang cat bangunan Nippon Paint di KidZania KL akan berpakaian lengkap dengan long jumper biru berlengan panjang dan topi merah Nippon Paint. Umpama tukang cat sebenar!

Aktiviti sebagai tukang cat bangunan Nippon Paint ini boleh dilakukan oleh 12 kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas selama 15 minit setiap sesi.

KidZania Kuala Lumpur - Nippon House Painting

Masa Izzah jadi tukang cat Nippon Paint dia ditugaskan mengecat bilik di tingkat atas bangunan. Jadi memang tidak dapat nak ambil gambar dia tengah mengecat.

KidZania Kuala Lumpur - Nippon House Painting

Keadaan rumah atau bangunan kawasan Nippon Paint sememangnya berselerak dengan baldi, cat dan kepingan cat keras. Tak ubah seperti rumah semasa pengubahsuaian!

KidZania Kuala Lumpur - Nippon House Painting

Nippon Paint House Painting terletak di kawasan yang sama dengan Construction Area dan Window Washing. Tak jauh dari Flamingo Hotel yang terbakar itu.

KidZania Kuala Lumpur - Nippon House Painting

Pengalaman yang menarik untuk kanak-kanak rasainya.

KidZania Kuala Lumpur - Nippon House Painting

Nota Penting – Tukang Cat Nippon Paint

  • Aktiviti sebagai tukang cat Nippon Paint memerlukan pergerakan fizikal yang sedikit. Kanak-kanak mungkin perlu naik tangga ke tingkat atas untuk mengecat.
  • Tukang Cat Nippon Paint KidZania KL dibayar gaji sebanyak 10 KidZos.
  • Umur 4 tahun ke atas. 12 orang setiap sesi. Masa 15 minit.
KidZania Kuala Lumpur - Nippon House Painting

Disclaimer:

  • KidZania KL Review ini adalah review bebas hasil dari pengalaman Ros Ibrahim dan anaknya Izzah di KidZania Kuala Lumpur.
  • KidZania KL Review ini TIDAK dibayar oleh mana-mana pihak dan hanya bertujuan untuk berkongsi pengalaman, pandangan peribadi dan gambar-gambar yang merupakan hakmilik penuh Ros Ibrahim.
  • Pembaca boleh berkongsi pautan (link) mana-mana entri KidZania KL Review di Facebook, Blog, Twitter atau lain-lain medium tanpa perlu meminta kebenaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *