Tips Melawat Kidzania & KidZania KL Review | Pengalaman Di Kidzania Malaysia – Pelukis di National Painting School

Dalam KidZania Kuala Lumpur ada sebuah Painting School. Kat Sekolah Melukis ni kanak-kanak boleh menjadi painter atau pelukis!

Hmmm… nama saja pelukis tapi aktiviti yang dibuat bukan melukis pun. Masak lah nak tunggu budak kecik melukis kan. Mesti makan masa berjam-jam. Tak sanggup akak nak tunggu. Hik!

Kanak-kanak akan diberikan berus dan cat air untuk mewarnakan lukisan yang dicetak pada kertas. Zupervisor dalam Painting School akan mengajar cara menggunakan berus, air dan water color dengan betul.

Painting School - KidZania Kuala Lumpur

Izzah paling happy kalau masuk Painting School KidZania KL nih. Tempat paling disukai!

Painting School - KidZania Kuala Lumpur

Setiap kali pergi KidZania KL mesti nak terjah Painting School. Akak pun layan.

Painting School - KidZania Kuala Lumpur

Aktiviti di Painting School KidZania KL adalah aktiviti berbayar. Kalau tengok pada poster ditulis di bawah label Economy -5 Kidzos.

Nota: Akitiviti dengan tanda Minus (-) bermaksud kena bayar. Manakala tanda Plus (+) bermaksud akan dibayar.

Painting School - KidZania Kuala Lumpur

Masa yang diambil untuk aktiviti sebagai pelukis di Painting School KidZania KL ialah 15 minit. Tak lama sangat tapi cukup untuk Izzah menyiapkan lukisan dia.

Painting School - KidZania Kuala Lumpur

Sebelum melukis Izzah dipakaikan apron atau kot untuk elakkan baju dari terkena pewarna. Ada terdapat beberapa easel yang dilekatkan kertas bercetak gambar karton mascot KidZania bernama Bache, Urbano and Vita.

Painting School - KidZania Kuala Lumpur

Painting School KidZania Kuala Lumpur dibuka untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas. Hanya 6 orang kanak-kanak dibenarkan masuk dalam satu sesi selama 15 minit itu.

Tak taulah kenapa Izzah sangat suka melukis dan mewarna. Mungkin ada magic pada warna? Mungkin lah kan..hik..hik.

Painting School - KidZania Kuala Lumpur

Tapi yang pasti kanak-kanak memang sangat sukakan aktiviti melibatkan seni. Melukis dan mewarna adalah aktiviti yang sangat bagus dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Painting School - KidZania Kuala Lumpur

Semasa kanak-kanak melukis dan mewarna, mereka berfikir!

Mereka fikirkan tentang warna-warna yang perlu digunakan dan dimana ia perlu diwarnakan. Melukis dan mewarna mengaktifkan otak kanan kanak-kanak.

Otak manusia mengandungi 2 bahagian, hemisfera kiri dan kanan. Otak kiri digunakan untuk pemikiran logik dan analitikal. Ia adalah aktif semasa membaca, belajar matematik dan sains.

Otak kanan digunakan untuk persepsi emosi, intuisi dan kreativiti. Ia adalah aktif semasa aktiviti seni seperti mewarna dan melukis.

Painting School - KidZania Kuala Lumpur

Kedua belah otak kiri dan kanan perlu sama-sama diaktifkan supaya kanak-kanak menjadi lebih bijak dan cerdas.

Painting School - KidZania Kuala Lumpur

Jadi jangan marah kalau anak menjadikan dinding ruang tamu rumah sebagai galeri seni peribadi dia sendiri macam Izzah buat. Hik!

Painting School - KidZania Kuala Lumpur

Arts build confidence. Because there is not just one right way to make art, every child can feel pride in his or her original artistic creations.

Painting School - KidZania Kuala Lumpur

Disclaimer:

  • KidZania KL Review ini adalah review bebas hasil dari pengalaman Ros Ibrahim dan anaknya Izzah di KidZania Kuala Lumpur.
  • KidZania KL Review ini TIDAK dibayar oleh mana-mana pihak dan hanya bertujuan untuk berkongsi pengalaman, pandangan peribadi dan gambar-gambar yang merupakan hakmilik penuh Ros Ibrahim.
  • Pembaca boleh berkongsi pautan (link) mana-mana entri KidZania KL Review di Facebook, Blog, Twitter atau lain-lain medium tanpa perlu meminta kebenaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *