Tips Melawat Kidzania & KidZania KL Review | Pengalaman Di Kidzania Malaysia – Pelakon di Acting Academy KidZania

Siapa mahu jadi pelakon? Mana tahu kot anak mahu mengikut jejak Mia Sara Nasuha sebagai pelakon kanak-kanak paling popular kan. Mia Sara ni selalu juga datang KidZania KL ni. Hari tu akak jumpa dia dan sempat juga bergambar.

Bukan mudah nak jadi pelakon. Kena belajar banyak perkara dan kena berani. Kalau anak jenis yang manja, tidak berdikari, pemalu dan nak kita sentiasa ada di sisi memang tak boleh jadi pelakon.

Acting Academy - KidZania Kuala Lumpur

Kanak-kanak boleh merasa menjadi pelakon di KidZania Kuala Lumpur. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mendaftar sebagai pelajar kelas lakonan di Acting Academy KidZania KL.

Acting Academy - KidZania Kuala Lumpur

Sebagai peserta kelas lakonan di Acting Academy, kanak-kanak boleh belajar teknik asas lakonan dan berpeluang melakonkan pelbagai watak dalam persembahan teater di KidZania KL.

Acting Academy - KidZania Kuala Lumpur

Kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas boleh menjadi pelakon di Acting Academy KidZania KL. Seramai 25 kanak-kanak boleh menjadi pelakon pada setiap sesi selama 60 minit.

Rasanya sesi di Acting Academy adalah sesi yang paling lama berbanding sesi aktiviti lain yang hanya mengambil masa 15-25 minit. Jadi, anak tidak boleh jenis yang suka melekat pada ibu bapa. Kena berdikari selama sejam tau.

Pelakon di Acting Academy KidZania KL adalah aktiviti dibayar gaji iaitu Economy +8 KidZos.

Acting Academy - KidZania Kuala Lumpur

Izzah pun tak lepaskan peluang menjadi pelakon. Nak jadi bintang twinkle little star!

Jadi kena masuk kelas lakonan dulu. Zupervisor Acting Academy menjalankan sesi berkenalan dan memberi penerangan. Kemudian Izzah dipakaikan costume untuk berlakon dalam cerita Alice in The Wonderland.

Acting Academy - KidZania Kuala Lumpur

Izzah dan pelakon lain juga dilatih mengulang skrip yang disebut Zupervisor. Memang tak akan suruh budak umur 4 tahun baca skrip sebab memang tak boleh baca dengan baik pun lagi kan. Mengulang lagi senang kan.

Acting Academy - KidZania Kuala Lumpur

Waktu persembahan Izzah dijadualkan pada pukul 4pm bertempat di teater KidZania KL. Ibu bapa dan orang ramai dibenarkan berada dalam teater sebagai penonton.

Acting Academy - KidZania Kuala Lumpur

Tapi sebab masa yang diambil lama sangat dan waktu tu pun dah petang maka Izzah sudah sangat penat dan mula cranky. Lebih lagi bila dia tengok akak tak ada kat luar Acting Academy sebab akak sudah menunggu dalam teater. Menangis lah jawabnya he he he.

Acting Academy - KidZania Kuala Lumpur

Maka Izzah tidak jadi berlakon! Dapat tengok orang lain berlakon pun jadilah.

Acting Academy - KidZania Kuala Lumpur

Mungkin next time kena pilih sesi pagi masa Izzah masih fresh dan ceria untuk berlakon. Ewah.. ada next time lagi tu ha ha!

Acting Academy - KidZania Kuala Lumpur

Kanak-kanak juga berpeluang menyertai city parade yang dilakukan pada masa tertentu di KidZania KL. City parade adalah perarakan mengelilingi bandar KidZania KL yang disertai mascot-mascot KidZania. Memang seronok sertai city parade ni sebab ia adalah aktiviti yang paling heboh dengan nyanyian dan tarian.

Acting Academy - KidZania Kuala Lumpur

Berikut ialah jadual kelas lakonan, waktu persembahan di teater dan juga waktu city parade dijalankan. Pastikan anak berada di Acting Academy KidZania KL beberapa minit sebelum kelas bermula. Jika terlepas anak perlu menunggu lebih sejam untuk kelas seterusnya.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Hari Biasa (Weekdays)

Class 1: 9.30am Show 1: 10.00am
Class 2: 12.00pm Show 2: 12.30pm
Class 3: 3.30pm Show 3: 4.00pm

City Parade: 11.15am | 3.15pm

Hujung Minggu, Cuti Umum & Cuti Sekolah

(Weekends, Public & School Holidays)

Class 1: 10.00am Show 1: 10.30am
Class 2: 12.00pm Show 2: 12.30pm
Class 3: 1.30pm Show 3: 2.00pm
Class 4: 4.00pm Show 4: 4.30pm
Class 5: 6.00pm Show 5: 6.30pm
Class 6: 7.30pm Show 6: 8.00pm

City Parade: 11.15am | 5.15pm

Nota Penting: Acting Academy

  • Kelas lakonan dan waktu persembahan Acting Academy mengikut jadual.
  • Ibu bapa, penjaga dan orang ramai boleh menjadi penonton dalam teater KidZania KL.
  • Aktiviti sebagai pelakon di KidZania KL memerlukan kanak-kanak yang berdikari dan berani kerana dilakukan selama satu jam.
  • Pelakon di Acting Academy dibayar gaji 8 Kidzos.
  • 25 kanak-kanak boleh berlakon dalam setiap sesi selama 60 minit.

Disclaimer:

  • KidZania KL Review ini adalah review bebas hasil dari pengalaman Ros Ibrahim dan anaknya Izzah di KidZania Kuala Lumpur. Anda mungkin akan atau tidak akan alami pengalaman yang sama.
  • KidZania KL Review ini TIDAK dibayar oleh mana-mana pihak dan hanya bertujuan untuk berkongsi pengalaman, pandangan peribadi dan gambar-gambar yang merupakan hakmilik penuh Ros Ibrahim.
  • Pembaca boleh berkongsi pautan (link) mana-mana entri KidZania KL Review di Facebook, Blog, Twitter atau lain-lain medium tanpa perlu meminta kebenaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *