Tips Melawat Kidzania & KidZania KL Review | Pengalaman Di Kidzania Malaysia – Pasukan Polis Meronda KidZania

Polis di KidZania Kuala Lumpur adalah antara pekerjaan yang mendapat tempat di hati kanak-kanak. Semua budak nak merasa jadi polis!

Jadi sudah tentu kena beratur panjang dan lama untuk mendapat giliran menjadi polis. Balai polis KidZania KL ada memberikan kupon ‘queue’ dari nombor 1-6.

Selepas sesi yang sedang berjalan tamat maka kanak-kanak yang sudah ada kupon nombor giliran akan diberi keutamaan menjadi polis.

KidZania Kuala Lumpur - Police Station

Kanak-kanak yang datang kemudian perlu dapatkan kupon giliran ini terutama jika datang ke KidZania KL pada hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum.

KidZania Kuala Lumpur - Police Station

Aktiviti sebagai polis di KidZania KL adalah Economy +10 iaitu dibayar gaji sebanyak 10 KidZos. Hanya 6 kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas dibenarkan menjadi polis pada satu sesi selama 20 minit.

KidZania Kuala Lumpur - Police Station

Sebagai polis di KidZania KL, kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti menyiasat berdasarkan maklumat *clue* dan juga melakukan aktiviti mengawal orang ramai di lokasi berisiko tinggi jika diperlukan.

KidZania Kuala Lumpur - Police Station

Sebelum memulakan aktiviti menjadi polis, Izzah dipakaikan uniform polis yang agak besar beserta topi polis. Kemudian polis Izzah kena tengok video tentang pencegahan jenayah dalam balai polis.

Tengok gambar Izzah concentrate tonton video dalam balai polis KidZania kat atas tu. Faham ke mesej video? Tak tahu lah tu…ha..ha.

KidZania Kuala Lumpur - Police Station

Oh… dalam balai polis KidZania KL tu juga ada lokap atau jail. Siap ada katil dua tingkat dan tandas. Hmm.. jail betul ada katil dengan tilam ke? Rasa macam tak je kan….

Tapi tidak ada aktiviti sebagai orang jahat masuk jail kat KidZania KL ni. Sebab tak nak kanak-kanak suka jadi penjahat pulak kan. Kat KidZania lain mungkin ada. Tapi memang tak sesuai lah kalau buat aktiviti penjahat.

KidZania Kuala Lumpur - Police Station

Lepas tonton video dan diberikan penerangan oleh Zupervisor, polis Izzah dan rakan-rakan satu pasukan akan meronda sekitar KidZania KL dengan merujuk pada peta KidZania.

KidZania Kuala Lumpur - Police Station

Polis Izzah dan pasukan singgah di Games Room dan Honda Department of Motor Vehicles bagi menjalankan penyiasatan. Macam real!

KidZania Kuala Lumpur - Police Station

Tapi polis Izzah ni macam tak menumpukan perhatian pun…he..he..he

KidZania Kuala Lumpur - Police Station

Nota Penting: Police Station

  • Police station adalah ‘hot spot’ bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Sangat ramai yang beratur terutama kalau datang masa hujung minggu, cuti sekolah atau cuti umum.
  • Kalau ramai orang kena dapatkan kupon nombor giliran sebelum dapat menjadi polis.
  • Aktiviti sebagai polis di KidZania KL memerlukan pergerakan fizikal kerana perlu keluar meronda dan melakukan penyiasatan. Pastikan anak cukup stamina.
  • Polis KidZania KL dibayar gaji sebanyak 10 KidZos.
  • Umur 4 tahun ke atas. Masa 20 minit.

KidZania Kuala Lumpur - Police Station

Disclaimer:

  • KidZania KL Review ini adalah review bebas hasil dari pengalaman Ros Ibrahim dan anaknya Izzah di KidZania Kuala Lumpur.
  • KidZania KL Review ini TIDAK dibayar oleh mana-mana pihak dan hanya bertujuan untuk berkongsi pengalaman, pandangan peribadi dan gambar-gambar yang merupakan hakmilik penuh Ros Ibrahim.
  • Pembaca boleh berkongsi pautan (link) mana-mana entri KidZania KL Review di Facebook, Blog, Twitter atau lain-lain medium tanpa perlu meminta kebenaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *