Hmm.. endoscopy? Bunyi sama macam photocopy…ha..ha!
Akak pertama kali tahu pasal endoscopy masa pergi KidZania KL dengan Izzah. See.. bukan anak sahaja dapat belajar perkara baru di KidZania KL. Mak pun sama.
Dalam KPJ Specialist Hospital di KidZania KL ada 3 tempat di mana kanak-kanak boleh menjadi nurse dan doktor pakar iaitu Nursery, Surgery Room dan Endoscopy Room.
Akak sudah cerita tentang Nursery dan Surgery Room. Kali ini nak cerita pasal Endoscopy Room pulak. Bukan photocopy tau… endoscopy!
Apa itu endoscopy? Kalau kita bukan kerja di hospital atau tak pernah kena prosedur endoscopy mesti tak tahu. Confirm punya lah.
Endoscopy adalah prosedur yang membolehkan doktor untuk melihat organ dalam badan kita. Ia menggunakan peralatan yang dikenali sebagai endoscope atau scope. Scope ada kamera kecil yang diletak pada hujung tiub yang panjang dan halus.
Doktor masukkan scope berkamera melalu lubang pada badan untuk melihat dalam organ. Ada banyak jenis endoscopy. Antaranya ialah
- Arthroscopy: joints (sendi)
- Bronchoscopy: lungs (paru-paru)
- Colonoscopy and sigmoidoscopy: large intestine (usus besar)
- Cystoscopy and ureteroscopy: urinary system (saluran kencing)
- Laparoscopy: abdomen or pelvis
- Upper gastrointestinal endoscopy: esophagus and stomach (saluran pencernaan dan perut)
Kanak-kanak boleh belajar dan merasai menjadi doktor yang melakukan prosedur endoscopy di KPJ Specialist Hospital KidZania KL. Memang mengujakan!
Aktiviti di Endoscopy Room boleh dibuat oleh kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas. Seramai 6 orang kanak-kanak dibenarkan memasuki Endoscopy Room pada setiap sesi selama 20 minit. Aktiviti ini dibayar gaji sebanyak 10 KidZos.
Seperti Surgery Room, katil pesakit dalam Endoscopy Room KPJ Specialist Hospital KidZania KL ini agak tinggi. Nasib baik ada troli yang Izzah boleh pijak masa masukkan tiub dalam mulut pesakit.
Lepas masukkan tiub, Izzah boleh tengok keadaan organ dalam badan melalui komputer. Macam prosedur endoscopy yang sebenar tetapi organ dan pesakit sudah tentu plastik.
Pastinya pengalaman yang menarik untuk setiap kanak-kanak.
Nota Penting – Pakar Endoscopy di KPJ Specialist Hospital
- Aktiviti di KPJ Specialist Hospital tidak memerlukan pergerakan fizikal yang banyak. Hanya perlu berada dalam hospital sepanjang masa aktiviti dijalankan.
- Pakar Endoscopy KPJ Specialist Hospital KidZania KL dibayar gaji sebanyak 10 KidZos.
- Umur 4 tahun ke atas. Masa 20 minit.
Disclaimer:
- KidZania KL Review ini adalah review bebas hasil dari pengalaman Ros Ibrahim dan anaknya Izzah di KidZania Kuala Lumpur.
- KidZania KL Review ini TIDAK dibayar oleh mana-mana pihak dan hanya bertujuan untuk berkongsi pengalaman, pandangan peribadi dan gambar-gambar yang merupakan hakmilik penuh Ros Ibrahim.
- Pembaca boleh berkongsi pautan (link) mana-mana entri KidZania KL Review di Facebook, Blog, Twitter atau lain-lain medium tanpa perlu meminta kebenaran.