Tips Melawat Kidzania & KidZania KL Review | Pengalaman Di Kidzania Malaysia – Pakar Bedah di KPJ Specialist Hospital

Mari kita sambung cerita pasal KPJ Specialist Hospital di KidZania KL. Di hospital ini kanak-kanak boleh pretend jadi jururawat, pakar bedah dan pakar bius. Izzah dah merasa jadi kesemuanya.

Memang seronok! Eh.. siapa yang seronok. Mak atau anak. Macam mak je yang over…ha..ha.

Akak dah cerita pasal Izzah jadi nurse di KidZania KL. Kali ini nak cerita pasal Izzah jadi pakar bedah atau nama gempak dia… surgeon.

Apa kerja anak kamu? Surgeon!

Surgeon - KidZania Kuala Lumpur

Ewah… bangga la pulak. Walaupun hanya surgeon olok-olok di KidZania KL. Kira okey lah tu sebagai permulaan. Mana tahu besar nanti jadi pakar bedah terkenal. Amin.

Surgeon - KidZania Kuala Lumpur

Pakar bedah atau surgeon di KidZania KL adalah aktiviti dibayar gaji iaitu sebanyak 10 KidZos. Seramai 6 orang kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas boleh menjadi pakar dalam Surgery Room KPJ Specialist Hospital selama 20 minit.

Surgeon - KidZania Kuala Lumpur

Bilik bedah KPJ Specialist Hospital KidZania KL ini terletak bertentangan dengan Air Asia Flight Simulator. Jadi, kita boleh melihat dengan jelas apa yang anak buat dalam Surgery Room.

Surgeon - KidZania Kuala Lumpur

Kita tidak dibenarkan masuk dalam kawasan hospital jadi boleh ambil gambar dari situ sahaja. Agak jauh dan kurang jelas tapi boleh lah daripada tak dapat ambik langsung. Kalau ada DSLR boleh bawak telefoto lens yang besar gaban tu. Mesti sangat jelas gambar.

Surgeon - KidZania Kuala Lumpur

Sebagai pakar bedah, Izzah kena pakai baju surgeon yang berwarna hijau, face mask dan sarung tangan saiz dewasa. Emm… besar sangat sarung tangan tu.

Surgeon - KidZania Kuala Lumpur

Zupervisor bilik bedah KidZania KL berikan penerangan tentang pesakit dan perkara yang perlu dilakukan. Nak bedah pesakit kenalah tahu apa nak buat. Silap bedah mati pesakit. Hik..hik.

Dalam bilik bedah ada peralatan yang biasa ada dalam bilik bedah macam katil, komputer untuk monitor heart beat dan tekanan darah, troli, drip dan oksigen. Memang seolah-olah surgery room yang betul.

Tapi katil pesakit kelihatan agak tinggi bagi budak yang setinggi 102 cm macam Izzah. Nampak mata sahaja bila berada dekat dengan pesakit!

Akak rasa KidZania KL patut guna katil boleh laras supaya boleh direndahkan mengikut keadaan. Lagipun, kebanyakan budak-budak seusia Izzah (4 tahun) memang tak nampak kalau nak tengok pesakit atas katil tu. Terjengket-jengket kaki.

Surgeon - KidZania KL

Nota Penting – Surgeon di KPJ Speacialist Hospital

  • Aktiviti di KPJ Specialist Hospital tidak memerlukan pergerakan fizikal yang banyak. Hanya perlu berada dalam hospital sepanjang masa aktiviti dijalankan.
  • Pakar bedah KPJ Specialist Hospital KidZania KL dibayar gaji sebanyak 10 KidZos.
  • Umur 4 tahun ke atas. Masa 20 minit.

Disclaimer:

  • KidZania KL Review ini adalah review bebas hasil dari pengalaman Ros Ibrahim dan anaknya Izzah di KidZania Kuala Lumpur.
  • KidZania KL Review ini TIDAK dibayar oleh mana-mana pihak dan hanya bertujuan untuk berkongsi pengalaman, pandangan peribadi dan gambar-gambar yang merupakan hakmilik penuh Ros Ibrahim.
  • Pembaca boleh berkongsi pautan (link) mana-mana entri KidZania KL Review di Facebook, Blog, Twitter atau lain-lain medium tanpa perlu meminta kebenaran.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *