Tips Melawat Kidzania & KidZania KL Review | Pengalaman Di Kidzania Malaysia – Manicurist, Beautician dan Hair Stylist di Kurlz Beauty Salon

Kanak-kanak perempuan mesti sangat sukakan Salon Kecantikan Kurlz *Kurlz Beauty Salon* dalam KidZania Kuala Lumpur. Tapi ada juga kanak-kanak lelaki yang masuk dalam Salon Kecantikan Kurlz. Macam mana tu?

Kurlz Beauty Salon KidZania KL terletak disebelah Dental Care dan berhadapan dengan Fitters Fire Station.

Kurlz Beauty Salon - KidZania Kuala Lumpur

Kanak-kanak berpeluang menjadi pekerja atau pelanggan Kurlz Beauty Salon nih. Boleh pilih samada nak jadi:

  • Manicurist *warnakan kuku pelanggan*
  • Beautician *make-up muka pelanggan*
  • Hair Stylist *buat rambut pelanggan*.

Kalau jadi pekerja Salon Kecantikan dalam KidZania KL akan dibayar sebanyak 8 KidZos. Manakala pelanggan dikenakan bayaran sebanyak 4 KidZos.

Kurlz Beauty Salon - KidZania Kuala Lumpur

Aktiviti di Kurlz Beauty Salon KidZania KL disarankan untuk kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas dan memakan masa 20 minit setiap sesi.

Hanya 6 kanak-kanak dibenarkan dalam satu sesi sebagai Manicurist/Customer, 4 kanak-kanak sebagai Beautician/Customer dan 4 kanak-kanak sebagai Hair Stylist/Customer dalam setiap sesi.

Masa akak pergi pada hari Ahad memang sangat ramai kanak-kanak beratur untuk masuk Kurlz Beauty Salon nih. Izzah nak jadi Manicurist *macam lah dia tahu apa itu Manicurist he he* tapi terpaksa menunggu sebab kena ada pasangan sebagai customer pulak. Hmmm..

Kurlz Beauty Salon - KidZania Kuala Lumpur

Hampir menangis Izzah sebab budak-budak lain yang ada pasangan *datang dengan kawan atau adik beradik* dibenarkan masuk dahulu.

Kurlz Beauty Salon - KidZania Kuala Lumpur

Nasib baik ada seorang budak yang nak jadi pelanggan untuk diwarnakan kuku. Baru Izzah dibenarkan masuk.

Tapi dalam hati terdetik, habislah comot kuku budak yang jadi pelanggan Izzah. Sebab mana Izzah biasa dengan pewarna kuku sebab kami memang tak warnakan kuku. Sesekali main tak apa. Tak boleh dibiasakan…ha..ha!

Kurlz Beauty Salon - KidZania Kuala Lumpur

Pekerja Kurlz Beauty Salon KidZania KL dipakaikan baju kot berwarna pink. Sebelum mulakan kerja sebagai Manicurist, Izzah diberikan penerangan oleh Zupervisor Beauty Salon.

Kurlz Beauty Salon - KidZania Kuala Lumpur

Mula-mula kena sapu losyen dan urut jari jemari pelanggan. Kemudian kena kilatkan kuku dan lepas itu baru pilih pewarna kuku yang pelanggan nak. Pelanggan Izzah pilih warna merah terang!

Kurlz Beauty Salon - KidZania Kuala Lumpur

Habislah kuku dia dikerjakan Izzah. Nasib baik Zupervisor tu betulkan balik segala kecomotan pada jari jemari pelanggan itu.

Nota Penting: Kurlz Beauty Salon

  • Beauty Salon adalah ‘hot spot’ bagi kanak-kanak perempuan. Sangat ramai yang beratur terutama kalau datang masa hujung minggu, cuti sekolah atau cuti umum.
  • Kanak-kanak yang ada pasangan sendiri untuk jadi pekerja dan pelanggan di Kurlz Beauty Salon akan mendapat keutamaan untuk masuk dahulu. Jadi lebih baik datang dengan adik beradik atau kawan-kawan. Kalau tak kena tunggu macam Izzah.
  • Kalau datang masa hari biasa, tak ramai orang dan tiada pasangan, kanak-kanak hanya boleh jadi pelanggan Kurlz Beauty Salon. Zupervisor akan menjalankan tugas sebagai Manicurist, Beautician atau Hair Stylist.
  • Aktiviti di Kurlz Beauty Salon tidak memerlukan pergerakan fizikal yang banyak. Hanya perlu berada dalam Beauty Salon sepanjang masa aktiviti dijalankan.
  • Pekerja Beauty Salon dibayar 8 KidZos. Pelanggan kena bayar 4 KidZos.
  • Umur 4 tahun ke atas. Masa 20 minit.

Disclaimer:

  • KidZania KL Review ini adalah review bebas hasil dari pengalaman Ros Ibrahim dan anaknya Izzah di KidZania Kuala Lumpur.
  • KidZania KL Review ini TIDAK dibayar oleh mana-mana pihak dan hanya bertujuan untuk berkongsi pengalaman, pandangan peribadi dan gambar-gambar yang merupakan hakmilik penuh Ros Ibrahim.
  • Pembaca boleh berkongsi pautan (link) mana-mana entri KidZania KL Review di Facebook, Blog, Twitter atau lain-lain medium tanpa perlu meminta kebenaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *