Tips Melawat Kidzania & KidZania KL Review | Pengalaman Di Kidzania Malaysia – Kontraktor di Tapak Binaan

Kalau anak suka cerita Bob the Builder, pasti dia akan suka jadi Kontraktor di Tapak Binaan KidZania KL. Selain belajar membina dinding daripada batu-bata, kanak-kanak juga akan belajar bekerja dalam satu pasukan ~ team work.

Kontraktor di Tapak Binaan KidZania KL akan dipakaikan topi keselamatan bewarna kuning dan vest. Macam pekerja tapak binaan yang sebenar.

Keadaan tapak binaan pun seolah tapak binaan sebenar dengan batu-bata berselerakan. Terdapat juga peralatan-peralatan yang biasa digunakan semasa pembinaan seperti tukul besi, gergaji, perata simen dan sebagainya. Nak sebut nama semua alat akak pun tak tahu.

Contractor - KidZania KL

Contractor di Construction Site KidZania KL ini adalah aktiviti dibayar gaji sebanyak 8 KidZos. Seramai 6 orang kanak-kanak boleh bekerja dalam satu pasukan selama 15 minit.

Contractor - KidZania KL

Sesi dimulakan dengan Zupervisor menerangkan tentang kerja yang perlu dilakukan di tapak binaan KidZania KL. Mereka juga memperkenalkan peralatan-peralatan yang digunakan dalam pembinaan.

Contractor - KidZania KL

Tetapi Izzah dan pasukan tidaklah disuruh menggunakan peralatan tersebut. Bahaya tu kan.

Contractor - KidZania KL

Kontraktor di Tapak Binaan hanya bertugas untuk menyusun batu-bata menjadi dinding!

Contractor - KidZania KL

Kerja yang sangat mudah bagi Izzah yang suka bermain blocks. Kalau main blocks kat rumah bukan setakat dinding, menara tinggi pun Izzah boleh bina..he..he.he.

Contractor - KidZania KL

Batu-bata di tapak binaan KidZania KL sudah tentu bukan batu-bata sebenar. Walaupun saiz macam batu-bata sebenar tapi bentuk batu-bata pun seolah macam Lego. Mesti sangat ringan sesuai untuk kanak-kanak angkat.

Contractor - KidZania KL

Tada!

Contractor - KidZania KL

Inilah dinding yang Izzah bina di Tapak Binaan KidZania KL. Hmmm.. dinding ke ni?

Contractor - KidZania KL

Nota Penting – Kontraktor di Construction Site

  • Aktiviti di Tapak Binaan tidak memerlukan pergerakan fizikal yang banyak. Hanya perlu berada di tapak binaan sepanjang masa aktiviti dijalankan.
  • Kontraktor tapak binaan KidZania KL dibayar gaji sebanyak 8 KidZos.
  • Umur 4 tahun ke atas. Masa 15 minit.

Disclaimer:

  • KidZania KL Review ini adalah review bebas hasil dari pengalaman Ros Ibrahim dan anaknya Izzah di KidZania Kuala Lumpur.
  • KidZania KL Review ini TIDAK dibayar oleh mana-mana pihak dan hanya bertujuan untuk berkongsi pengalaman, pandangan peribadi dan gambar-gambar yang merupakan hakmilik penuh Ros Ibrahim.
  • Pembaca boleh berkongsi pautan (link) mana-mana entri KidZania KL Review di Facebook, Blog, Twitter atau lain-lain medium tanpa perlu meminta kebenaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *