Tips Melawat Kidzania & KidZania KL Review | Pengalaman Di Kidzania Malaysia – Jururawat di KPJ Specialist Hospital

KPJ Specialist Hospital terletak di aras 2 KidZania Kuala Lumpur. Kanak-kanak boleh menjadi jururawat, pakar bedah atau pakar bius di sini!

Izzah paling suka jadi nurse di KPJ Specialist Hospital KidZania KL nih. Masa pertama kali jadi nurse akak tengok dia tak henti-henti melompat kesukaan dalam nursery tu. Teruja tengok banyak anak patung kot.

Nurse KPJ Specialist Hospital - KidZania Kuala Lumpur

Aktiviti sebagai jururawat atau nurse adalah aktiviti Economy +8 iaitu dibayar gaji sebanyak 8 KidZos.

Nurse KPJ Specialist Hospital - KidZania Kuala Lumpur

Seramai 8 kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas boleh menjadi jururawat dalam setiap sesi yang berlangsung selama 20 minit dalam Nursery KPJ Specialist Hospital.

Nurse KPJ Specialist Hospital - KidZania Kuala Lumpur

Sebagai jururawat terlatih *trained nurse*, Izzah diajar cara-cara menjaga bayi yang baru lahir dengan betul. Izzah sangat suka sebab boleh main dengan bayi anak patung.

Nurse KPJ Specialist Hospital - KidZania Kuala Lumpur

Sebelum memulakan tugas, Nurse Izzah dipakaikan baju kot berwarna pink. Tapi agak susah bagi ibu bapa untuk mengambil gambar anak sebagai nurse di KidZania KL nih. Ibu bapa tidak dibenarkan langsung masuk dalam kawasan hospital walaupun kadang-kadang ada yang terlepas masuk.

Nurse KPJ Specialist Hospital - KidZania Kuala Lumpur

KPJ Specialist Hospital ni terletak di aras dua di lokasi seperti pulau (island). Kita masih boleh melihat anak dari jauh dari kawasan depan Flight Simulator atau dari depan Games Room.

Nurse KPJ Specialist Hospital - KidZania Kuala Lumpur

Izzah menguruskan bayi yang terletak di bahagian berdekatan Games Room. Bolehlah akak ambil gambar dia dari situ walaupun memang sangat jauh.

Nurse KPJ Specialist Hospital - KidZania Kuala Lumpur

Sony photographer memang ada ambil gambar tapi hanya gambar close up dan bukan gambar aktiviti sebagai jururawat. Harga gambar pula sangat mahal iaitu RM20 sekeping. Ni kali ke berapa ntah akak membebel pasal harga gambar mahal nih he he.

Nurse KPJ Specialist Hospital - KidZania Kuala Lumpur

Setiap kanak-kanak diberikan seorang patung bayi untuk diuruskan. Setiap jururawat dalam Nursery KPJ Specialist Hospital KidZania KL akan diajar cara memandikan bayi serta mencuci tali pusat sebelum disapu bedak dan dipakaikan lampin.

Nurse KPJ Specialist Hospital - KidZania Kuala Lumpur

Izzah memang suka jadi nurse di KidZania KL. Dah dua kali dia jadi nurse. Apa yang best? Mungkin sebab lepas mandikan bayi, cuci tali pusat, sapu bedak, pakai lampin dan bedung baby, nurse dapat mendodoikan bayi sambil diberi susu botol.

Budak perempuan kan memang ada naluri seorang ibu. Kan?

Nurse KPJ Specialist Hospital - KidZania Kuala Lumpur

Nota Penting: Nurse di KPJ Specialist Hospital

  • Aktiviti di KPJ Specialist Hospital tidak memerlukan pergerakan fizikal yang banyak. Hanya perlu berada dalam hospital sepanjang masa aktiviti dijalankan.
  • Nurse KPJ Specialist Hospital KidZania KL dibayar gaji sebanyak 8 KidZos.
  • Umur 4 tahun ke atas. Masa 20 minit.

Disclaimer:

  • KidZania KL Review ini adalah review bebas hasil dari pengalaman Ros Ibrahim dan anaknya Izzah di KidZania Kuala Lumpur.
  • KidZania KL Review ini TIDAK dibayar oleh mana-mana pihak dan hanya bertujuan untuk berkongsi pengalaman, pandangan peribadi dan gambar-gambar yang merupakan hakmilik penuh Ros Ibrahim.
  • Pembaca boleh berkongsi pautan (link) mana-mana entri KidZania KL Review di Facebook, Blog, Twitter atau lain-lain medium tanpa perlu meminta kebenaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *