KidZania KL adalah sebuah bandar kanak-kanak. Di dalamnya ada pelbagai jenis pekerjaan untuk kanak-kanak lakukan. Ia juga mempunyai ekonomi sendiri dan menggunakan matawang KidZos *hanya sah laku dalam KidZania sahaja*.
KidZania juga mempunyai hari perayaan seperti Hari Kemerdekaan, Hari Pekerja dan Hari Kanak-Kanak.
Ada sebuah air pancut yang dinamakan Independence Fountain di dalam KidZania KL. Air pancut kemerdekaan ini simbolik kepada kebebasan kanak-kanak daripada orang dewasa!
Wah!! Kanak-kanak mahu bebas!
Sememangnya kanak-kanak menguasai bandar KidZania KL dan orang dewasa hanya dianggap pelawat. Kids rule, okeh!
Independence Fountain KidZania KL ni memang sangat menarik. Ukiran patung mascot KidZania dan lain-lain kelihatan sangat berseni. Memang satu tempat yang sesuai untuk bergambar.
Di tengah-tengah Independence Fountain KidZania KL ada ukiran berbentuk buku. Di atasnya tertulis Deklarasi Kemerdekaan (Declaration of Independence) KidZania!
Declaration of Independence
We, the kids of the world’s cities, countries and continents, proclaim our independence from adults.
We hereby hold the following truths to be obvious, that all kids are created equal, and that we are endowed with certain irrecovable rights to BE, KNOW, CARE, and PLAY in the pursuit of or Happiness and the Happiness of the world.
We therefore make known our joining together as one force, as one spirit and with one vision in the development of a better world, where education and experimentation will lay the foundation for our readiness to inherit the world.
Unified in pur purpose, we hereby declare ourselves now and forever INDEPENDENT.
Get ready for a better world!
Wah!!! Kanak-kanak bebas, merdeka dan berdikari daripada bergantung kepada orang dewasa. Tapi betulkah?
Mungkin kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas merasa bebas. Budak macam Izzah yang umur 4 tahun ni confirm tak merdeka punya. Hik!