Tips Melawat Kidzania & KidZania KL Review | Pengalaman Di Kidzania Malaysia – Doktor Gigi di Dental Care

Kanak-kanak memang perlu diajar tentang kepentingan menjaga gigi. Mesti diasuh sejak kecil. Bukan dah sekolah baru nak ajar mereka. Masa tu mungkin sudah terlambat. Gigi sudah rosak.

Berus gigi dengan ubat gigi bersesuaian mesti dijadikan kebiasaan anak-anak. Apa kata bagi peluang pada anak menjadi doktor gigi *dentist* di KidZania Kuala Lumpur bagi mengukuhkan kefahaman mereka tentang kepentingan menjaga gigi?

Sudah tentu mereka sangat seronok!

Dentist KidZania Kuala Lumpur

Dental Care KidZania KL terletak berhampiran Painting School, Fitters Fire Station dan betul-betul bersebelahan dengan Beauty Salon.

Dentist KidZania Kuala Lumpur

Izzah berpeluang menjadi doktor gigi dan belajar kepentingan menjaga gigi, cara-cara memberus gigi dengan betul dan melakukan pemeriksaan gigi ke atas pesakit.

Dentist KidZania Kuala Lumpur

Pekerjaan sebagai doktor gigi di Dental Care KidZania KL adalah aktiviti dibayar gaji iaitu Economy +12. Kanak-kanak akan dibayar sebanyak 12 KidZos selepas selesai menjadi doktor gigi.

Aktiviti doktor gigi di KidZania KL boleh dilakukan oleh kanak-kanak berusia 4 tahun dan ke atas. Hanya seramai 5 kanak-kanak dibenarkan melakukan aktiviti doktor gigi dalam satu sesi selama 20 minit.

Dentist KidZania Kuala Lumpur

Sebelum aktiviti dimulakan, Izzah dipakaikan kot putih umpama seorang doktor gigi sebenar. Baju kot doktor gigi KidZania KL agak besar juga bagi Izzah yang berumur 4 tahun dengan ketinggian 105 cm itu. Tapi masih comel jugak lah.

Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan masuk semasa kanak-kanak menjadi doktor gigi dalam Dental Care KidZania KL. Hanya boleh ambil gambar dari luar dinding kaca. Bagi akak ini tidak menjadi masalah sebab Dental Care terletak pada lokasi di mana kita boleh menunggu betul-betul depan pintu dan nampak kelibat anak dengan jelas.

Dentist KidZania Kuala Lumpur

Ada sesetengah tempat *macam KPJ Hospital dan Flight Simulator* terletak pada lokasi di mana kita sangat susah nak ambil gambar anak melakukan aktiviti. Terpaksa bergantung pada Sony photographer yang seakan mahu memonopoli aktiviti mengambil gambar dan menjual pada harga yang mahal. Booo!

Dentist KidZania Kuala Lumpur

Suasana dalam Dental Care KidZania KL ini seakan klinik pergigian yang betul. Siap ada pesakit *patung dummy* yang terbaring pada kerusi yang biasa kita lihat dalam klinik gigi.

Peralatan untuk pemeriksaan gigi pun sudah tentu macam sebenar seperti lampu, tray dan peralatan lain. Ada juga gigi palsu dan berus gigi besar!

Dentist KidZania Kuala Lumpur

Zupervisor Dental Care KidZania KL akan memulakan sesi dengan memberi penerangan yang memakan masa beberapa minit.

Doktor Izzah dan doktor-doktor gigi lain diberikan gigi palsu dan berus gigi besar sebelum diajar tentang nama-nama gigi dan cara memberus gigi dengan betul.

Dentist KidZania Kuala Lumpur

Kelakar pulak tengok gigi palsu besar dengan lidah terjelir di dalamnya.

Dentist KidZania Kuala Lumpur

Selepas itu Doktor Izzah dan lain-lain dipanggil mengelilingi pesakit yang sedia terbaring pada kerusi. Doktor Izzah diberikan sehelai check list sheet untuk ditanda selepas memeriksa pesakit.

Dentist KidZania Kuala Lumpur

Sebagai doktor gigi Izzah berpeluang menggunakan alat yang bulat bercermin untuk melihat kedudukan gigi dalam mulut pesakit. Kemudian menggunakan penyepit untuk memasukkan kapas dalam mulut.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Dentist KidZania Kuala Lumpur

Akak tengok budak-budak ni main letak je semua ketulan kapas tu dalam mulut pesakit. Kenyang makan kapas lah patung tu he..he..he!

Dentist KidZania Kuala Lumpur

Sebelum sesi menjadi doktor gigi habis, Sony photographer akan bergegas masuk ke dalam Dental Care KidZania KL ni untuk ambil gambar setiap orang doktor gigi bersama pesakit.

Hmmm… kalau nak beli gambar bersedialah untuk bayar RM20 bagi sekeping gambar. Cekik darah.

Disclaimer:

  • KidZania KL Review ini adalah review bebas hasil dari pengalaman Ros Ibrahim dan anaknya Izzah di KidZania Kuala Lumpur.
  • KidZania KL Review ini TIDAK dibayar oleh mana-mana pihak dan hanya bertujuan untuk berkongsi pengalaman, pandangan peribadi dan gambar-gambar yang merupakan hakmilik penuh Ros Ibrahim.
  • Pembaca boleh berkongsi pautan (link) mana-mana entri KidZania KL Review di Facebook, Blog, Twitter atau lain-lain medium tanpa perlu meminta kebenaran.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *