Bomba atau fire fighter di KidZania KL adalah aktiviti yang sangat ‘panas’. Bukan sahaja ‘panas’ kerana terlibat dalam memadamkan kebakaran hotel tetapi ‘panas’ sebab mendapat sambutan paling menggalakkan. The hottest activity in KidZania!
Ramai kanak-kanak nak jadi bomba. Ramai parents nak anak jadi bomba.
Jadi, kena beratur sangat panjang dan menunggu sangat lama terutama jika datang pada hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum. Boleh menangis tau bila tengok barisan. Bukan anak yang menangis tapi mak sebab tensen kena tunggu lama..he..he..he.
Kalau datang weekday dan kebetulan banyak rombongan budak tadika yang datang pun mungkin susah juga nak jadi bomba. Cikgu tadika siap susun murid-murid mereka tepi Fitters Fire Station KidZania KL tu. Siap beratur sambil duduk tau.
Memang tak ada peluang Izzah nak menyelit masa tu. Fitters Fire Station KidZania KL hampir dikuasai kanak-kanak tadika..ha..ha..ha!
Nasib baik Izzah sudah pernah merasa jadi bomba *Fitters Fire Fighter* sebelum ini. Jadi tidaklah dia hairan sangat dah dengan bomba.
Bomba di Fitters Fire Station KidZania KL adalah pekerjaan dibayar gaji sebanyak 8 KidZos. Seramai 8 orang kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas dibenarkan menjadi bomba pada setiap sesi selama 20 minit.
Sebagai bomba KidZania KL, Izzah dipakaikan pakaian seragam bomba dan topi keselamatan bewarna kuning.
Kemudian Zupervisor Fitters Fire Station akan berikan penerangan serta menayangkan video kepada kanak-kanak yang menjadi bomba. Akak yang pandang dari jauh ni pun rasa macam, uhh boringnya!
Selepas penerangan baru fire fighters Fitters Fire Station KidZania KL bergegas menaiki kereta bomba kecil di perkarangan balai bomba.
Kereta bomba KidZania KLi ni kecil tetapi ianya seumpama kereta bomba betul. Ia dipandu oleh Zupervisor mengelilingi bandar KidZania KL menuju ke Flamingo Hotel yang sedang terbakar.
Sebenarnya Flamingo Hotel dan Fitters Fire Station terletak bersebelahan sahaja. Tetapi kereta bomba dipandu mengelilingi bandar supaya kanak-kanak merasa pengalaman menaiki kereta bomba yang bergerak.
Bunyi siren kereta bomba dan sorakan bomba KidZania KL yang menjerit kata-kata semangat semasa berada dalam kereta bomba membingitkan suasana.
Tambah pula dengan bunyi Flamingo Hotel yang sedang terbakar. Siap ada bunyi kaca pecah dan api menjulang di tingkap hotel. Macam real!
Sebaik sahaja sampai di depan hotel yang terbakar, bomba dari Fitters Fire Station KidZania KL akan bergegas turun dari kereta bomba. Mereka menggunakan pili air yang berkelajuan tinggi bagi memadamkan kebakaran.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Paip air besi berbentuk seperti meriam kecil itu memang sudah tersedia di depan hotel dan memancutkan air betul.
Teruja sungguh tengok Izzah bersungguh-sungguh memadamkan api kebakaran hotel. Memanglah api palsu (lighting trick sahaja) tetapi sebab ada teknik bunyi api dan kaca pecah jadi kebakaran hotel di KidZania KL seumpama kebakaran sebenar.
Masa Izzah jadi bomba pun senang nak ambil gambar dia tengah beraksi. Sebab hotel terbakar berada di kawasan terbuka. Jadi.. ambiklah gambar anak banyak-banyak!
Izzah memang kelihatan sangat seronok menjadi bomba di KidZania KL. Kita yang tengok pun rasa seronok… budak-budak mesti lagi seronok.
Nota Penting – Bomba di Fitters Fire Station
- Aktiviti sebagai bomba memerlukan pergerakan fizikal yang sederhana. Kanak-kanak perlu bergegas menaiki kereta bomba untuk ke hotel yang terbakar. Kemudian kena bergegas turun dari kereta bomba untuk memadamkan kebakaran.
- Bomba di Fitters Fire Station KidZania KL dibayar gaji sebanyak 8 KidZos.
- Umur 4 tahun ke atas. 8 orang setiap sesi. Masa 20 minit.
Disclaimer:
- KidZania KL Review ini adalah review bebas hasil dari pengalaman Ros Ibrahim dan anaknya Izzah di KidZania Kuala Lumpur.
- KidZania KL Review ini TIDAK dibayar oleh mana-mana pihak dan hanya bertujuan untuk berkongsi pengalaman, pandangan peribadi dan gambar-gambar yang merupakan hakmilik penuh Ros Ibrahim.
- Pembaca boleh berkongsi pautan (link) mana-mana entri KidZania KL Review di Facebook, Blog, Twitter atau lain-lain medium tanpa perlu meminta kebenaran.