Tips Melawat Kidzania & KidZania KL Review | Pengalaman Di Kidzania Malaysia – Beli Tiket dan Daftar Masuk di Airport

TIPS MELAWAT KIDZANIA MALAYSIA TERKINI 2018 SILA BACA ==> 15 TIPS MELAWAT KIDZANIA MALAYSIA.

Sejak KidZania Kuala Lumpur dibuka pada 28 Februari 2012, akak Ros dan Izzah telah dua kali terjah KidZania KL nih. Baru dua kali je… ada orang dah pergi berkali-kali-kali-kali he he he.

Pertama kali kali pergi KidZania KL pada 4 Mac 2012 sebab dapat tiket free. Masa tu hari Ahad jadi orang sangat ramai. Suasana kelam kabut. Nak buat satu aktiviti kena beratur panjang. Budak-budak ramai cranky. Mak bapak ramai naik hantu. Hik!

Akak Ros pun sama bengang sebab Izzah Cuma dapat buat 5 aktiviti sahaja masa tu. Jadi akak tukar strategi. Ewah… nak pergi KidZania KL pun kena ada strategi? Sudah tentu. Kalau tak nak naik angin dan jadi hantu cuba baca tips melawat KidZania KL yang akak Ros dah susah payah tulis tu.

KidZania Kuala Lumpur

Kali kedua kami pergi KidZania KL pada 19 Mac 2012. Hari Isnin. Sangatlah aman damai KidZania KL pada hari tu. Izzah pun berjaya buat 14 aktiviti. Berbaloi lah dengan harga tiket. Akak Ros pun seronok sebab dapat ambik banyak gambar. Rasa nak pergi lagi. Amboi!

Sebab gambar banyak sangat dan masa tak berapa nak lapang maka tertangguh dulu misi akak nak cerita pasal KidZania Kuala Lumpur ni secara terperinci. Blog ni macam lama jugak bersawang. Hik!

Mari kita mulakan lawatan KidZania Kuala Lumpur secara maya di sini.

KidZania Kuala Lumpur

Tiket KidZania KL boleh dibeli secara online di laman web KidZania KL. Akak Ros sarankan beli saja online. Terutama kalau nak pergi hari ramai orang macam hujung minggu, cuti umum atau cuti sekolah.

KidZania Kuala Lumpur

Tiket cepat sold out pada masa hari puncak macam ni. Lagi pun kena beratur panjang tau. Akak memang surrender bab beratur lama ni. Hik!

Airport KidZania KL di Ground Floor Curve NX ialah tempat dimana kita beli tiket atau tunjuk tiket yang dibeli online sebelum didaftar masuk.

KidZania Kuala Lumpur

Di sini tempat pengembaraan di KidZania KL bermula. Ewah… ayat tak boleh blah..ha ha!

Kaunter tiket KidZania KL ni *dan juga KidZania lain di seluruh dunia* memang kelihatan macam kaunter tiket di airport. Syarikat penerbangan yang menaja airport dan aktiviti flight simulator di KidZania KL ialah AirAsia.

KidZania Kuala Lumpur

Obvious lah kan. Sah sah ada logo AirAsia kat kaunter tiket tu kan.

Masa daftar masuk setiap kanak-kanak akan terima sekeping cek bernilai 50 kidZos dan sekeping peta KidZania. Cek ni perlu ditukar kepada duit kidZos di CIMB bank dalam KidZania KL. Anak sendiri kena beratur dan tukarkan cek tu tau. Parents boleh tengok dan bagi arahan saja tau.

KidZania Kuala Lumpur

Kanak-kanak dan penjaga juga akan dipakaikan gelang keselamatan. Banyak guna gelang keselamatan nih. Masa masuk dan keluar kena scan tag pada gelang untuk pastikan kanak-kanak di bawa masuk dan keluar oleh orang yang sama.

KidZania Kuala Lumpur

Gelang keselamatan ni juga akan di scan semasa memulakan dan mengakhiri sesuatu aktiviti. Ia juga digunakan oleh jurugambar profesional untuk track gambar yang diambil jika kita nak beli nanti.

KidZania Kuala Lumpur

Pasal parking tak perlu risau. Sebab parking banyak. Kecuali lah kalau datang time ramai orang. Tak dapat nak tolong…he he..he

KidZania Kuala Lumpur

Kaunter tiket @ airport KidZania KL ni kat Ground Floor. Lepas daftar masuk *check in* kena naik eskalator dari ground floor hingga tingkat 5. Ada lif tapi tak pasti kenapa kami tak dibenarkan naik lif. Security reason kot. Maybe kalau ada bawa baby stroller dibenarkan guna lif.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

KidZania Kuala Lumpur

Penat juga bawak backpack dengan kamera DSLR dan seorang budak 4 tahun yang sangat aktif naik eskalator ke tingkat 5. Nasib lah bawa anak seorang je. Bayangkan kalau anak ramai. Tak mau eh bayangkan.… hik hik!

Lepas ni akak cerita pasal aktiviti atau jobs yang Izzah berjaya buat di KidZania KL.

TIPS MELAWAT KIDZANIA MALAYSIA TERKINI 2018 SILA BACA ==> 15 TIPS MELAWAT KIDZANIA MALAYSIA.

2 Comments

  • Mesti best kan? Anak kawan Liza pun dah p. Liza yg excited lebig tgk video dia akt sana. Eh, pekerja kat airport tu cam my students la… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *