Masa check in kat airport KidZania, Izzah dapat sekeping cek bernilai 50 kidZos. Cek ini memang sudah termasuk dalam harga tiket kanak-kanak. Kegunaannya? Untuk kanak-kanak berbelanja dalam KidZania lah.
Penting! Kanak-kanak perlu pergi ke bank CIMB dalam KidZania KL untuk tukar cek kepada duit kertas kidZos.
Bank CIMB ini adalah sangat kecil dan comel sesuai untuk kanak-kanak sahaja. Akak ulang ye. Kanak-kanak sahaja!
Parents jangan pulak menyibuk pergi beratur dalam bank CIMB tu. Kena halau nanti..he..he.
KidZania adalah sebuah bandar dengan ekonominya sendiri. Jadi bank adalah satu tempat yang sangat penting. Antara aktiviti yang kanak-kanak boleh pelajari dan alami sendiri ialah:
- belajar bersabar dan beratur mengikut barisan
- berurusan dengan pekerja kaunter bank
- menukar cek kepada duit kertas kidZos
- membuka akaun bank dan menyimpan duit kidZos
- menggunakan mesin ATM untuk menyemak baki dan mengeluarkan duit
Menarik bukan?
Bagi akak aktiviti berurusan dengan bank dalam KidZania KL ini boleh membentuk kanak-kanak yang lebih berani dan berdikari.
Bayangkan budak berumur 4 tahun kena beratur sendiri dan berurusan dengan pekerja kaunter bank. Bukan mudah kalau anak jenis manja.
Izzah masa pertama kali masuk bank CIMB dalam KidZania KL ni pun siap tarik tangan akak sekali. Tapi lepas tu bukan main seronok setiap kali pergi bank.
Masa sesi pertama di KidZania KL, Izzah berjaya mengumpul sebanyak 82 kidZos. Jadi dia ke bank CIMB untuk membuka akaun bank bagi menyimpan duit kidZos tu.
Selepas membuka akaun bank, Izzah dapat sekeping kad ATM yang macam kad ATM betul. Kad ini boleh digunakan di mesin ATM untuk semak baki duit atau keluarkan duit.
Tapi kad ATM bank CIMB ni hanya boleh digunakan dalam KidZania KL sahaja. Lepas masukkan kad, terus boleh tekan butang transaksi. Tak perlu masukkan password macam ATM biasa.
Mesin ATM dalam KidZania KL ni pun rendah dan mudah digunakan oleh kanak-kanak macam Izzah. Transaksi yang boleh dibuat pun terhad macam semak baki dan keluarkan duit sahaja.
Kanak-kanak tak perlu tahu lebih dari itu pun kan?
Kali kedua kami ke KidZania KL, Izzah berjaya mengumpulkan sebanyak 188 kidZos!
Wah! Banyaknya duit kidZos Izzah.. he he he
Malangnya duit kidZos hanya laku dalam KidZania sahaja. Kalau boleh tukar jadi Ringgit semula kan best. hik..hik.
Next time ke KidZania Kuala Lumpur, Izzah kena berbelanja di outlet yang memerlukan pembayaran seperti menjadi customer di beauty salon, buat face painting atau shopping bagi menghabiskan duit kidZos tu.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Simpan banyak-banyak pun nak buat apa kan?
Disclaimer:
- KidZania KL Review ini adalah review bebas hasil dari pengalaman Ros Ibrahim dan anaknya Izzah di KidZania Kuala Lumpur.
- KidZania KL Review ini TIDAK dibayar oleh mana-mana pihak dan hanya bertujuan untuk berkongsi pengalaman, pandangan peribadi dan gambar-gambar yang merupakan hakmilik penuh Ros Ibrahim.
- Pembaca boleh berkongsi pautan (link) mana-mana entri KidZania KL Review di Facebook, Blog, Twitter atau lain-lain medium tanpa perlu meminta kebenaran.
apa maksud urus niaga lain dan kalau ade kat ATM nak masukkan duit kat mane ???