Khasiat Yogurt Asli | Kebaikan Minum Yogurt Mad Janggut – Yogurt Asli Homemade Sedap & Berkhasiat Untuk Kesihatan

Bismillah. CIkros di sini.

Aku suka makan yogurt. Especially Greek Yogurt keluaran Sunglo. Boleh makan macam tu saja.

Nak lagi best campur Greek yogurt asli dengan buah-buahan segar atau kering bersama madu asli. Mabeles sangat weh!

Yogurt adalah susu masam yang mengandungi LIVE CULTURE iaitu bakteria baik yang membantu kesihatan sistem penghadaman.

Tahu tak? Asal usul perkataan yogurt adalah dari Bahasa Turki. Omak pun baru tau. Wa haha!

Ada banyak khasiat yogurt asli. Sebab tu kat TV selalu keluar iklan yogurt Vitagen, Solivite dan Yakult yang mengajak penonton menjaga usus dengan meminum yogurt.

Anak-anak aku memang hantu yogurt ni. Kalau beli sepaket Vitagen atau Solivite tu tak sampai sejam habis dikerjakan 3 orang budak.

Omak tak sempat minum dah habis. Oh… batu belah batu bertangkup…. wa haha!

Minuman Yogurt Mad Janggut Yogurt Asli Homemade

Kat wall FB aku selalu lalu lalang status tentang keenakan yogurt asli Mad Janggut atau dikenali jugak sebagai yogurt MJ. MJ bukan Michael Jackson tau, tapi Mad Janggut. Wa haha!

Yogurt Mad Janggut Yogurt Asli Homemade

Nak beli pun berjanggut kena tunggu. Sebab yogurt Mad Janggut ni homemade dibuat dengan kasih sayang oleh Pija dan suaminya Mad Janggut jauh nun di Kelantan sana.

Memang ada agent di lokasi terpilih seluruh negara. Tapi agent pun kena queue panjang untuk dapatkan stok yogurt Mad Janggut ni.

Yogurt Mad Janggut Yogurt Asli Homemade

So nak beli tu kena cepat pre-order dengan agent. Supaya tak berjanggut macam Mad Janggut menunggu yogurt MJ ni tak dapat turn. Laku keras beb. Hehe!

Apa yang best-nya minuman yogurt Mad Janggut ni?

  • Dihasilkan daripada susu lembu yang HANYA diberi makan rumput (grassfed cow) yang diternak di kawasan perbukitan Pasir Puteh, Kelantan **
  • Tiada pencemaran bahan kimia (sama ada baja urea atau racun rumput). Malahan jika ada pepijat atau serangga pada badan lembu, ia diketip secara manual agar lembu tidak tercemar dengan racun kutu.
  • Dibancuh menggunakan gula perang organik (Organic Raw Cane Sugar)
  • Tanpa campuran air, pekat melekat
  • Tanpa pewarna , bahan pengawet dan perasa tiruan
  • Homemade??

Nota ** : Ada dua versi yogurt Mad Janggut iaitu penutup botol warna gold adalah versi yogurt yang dibuat dari susu lembu yang 100% makan rumput (grassfeed cow). Manakala yogurt Mad Janggut dengan penutup botol warna putih adalah versi yogurt yang dibuat dari susu lembu yang diberi campuran rumput dan dedak.

Sebotol yogurt Mad Janggut (350ml) tudung gold dijual dengan harga RM10 sebotol. Manakala yogurt Mad Janggut tudung putih berharga RM7 sebotol.

Yogurt Mad Janggut Yogurt Asli Homemade

Tekstur minuman yogurt Mad Janggut adalah berbentuk cecair yogurt sama seperti Yakult tetapi lebih pekat, lemak berkrim dan sedap.

Mahal ke harga yogurt MJ ni? Hmmmm. RM10 sebotol untuk 100% grassfeed cow milk yogurt 350 ml. Aku rasa dah sangat murah tu!!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Sebab kalau biasa ke Jaya Grocer ada natural yogurt drink sebotol kecik 250ml dijual dengan harga RM17!!So yogurt Mad Janggut ni terlajak murah berkali ganda tau.

Minat ke? 019-9515058 is Pija’s lucky number. Hehe!

Khasiat Yogurt Mad Janggut Yogurt Asli Homemade

1. Baik Untuk Perut

Bakteria baik yang berada di dalam perut anda bertujuan untuk membantu dalam pencernaan, selain menghasilkan dan memproses vitamin secukupnya, dan juga melindungi kita daripada patogen berbahaya.

Yogurt dikenali sebagai makanan “hidup” @ live culture sebab terdapat bakteria mikroskopik aktif di dalamnya.  Bakteria yang baik untuk kesihatan ini dipanggil probiotik.

Bakteria tersebut bukan hanya mengawal sistem penghadaman anda, tetapi ia juga membantu badan anda bertindak balas lebih baik terhadap sebarang alahan, melawan penyakit, serta mengawal berat badan.

Yogurt Mad Janggut Yogurt Asli Homemade

2. Meningkatkan Daya Ketahanan

Pakar di ‘Continuum Center for Health and Healing’ menyatakan bahawa beliau yakin probiotik bermanfaat untuk sistem imunisasi atau ketahanan manusia.

Kalau umur dah meningkat dan mahu maintain daya ketahanan badan, mesti minum yogurt.

Satu kajian yang diterbitkan dalam ‘American Journal of Clinical Nutrition’ mendapati keberkesanan yogurt yang boleh menjadi makanan tambahan probiotik untuk meningkatkan beberapa aspek ketahanan dalam kalangan orang tua.

Kanak-kanak juga akan mendapat manfaat daripada probiotik yang terdapat dalam yogurt kerana ia telah mengurangkan potensi untuk menghidapi gejala pernafasan serta gastrik.

3. Meneutralkan Antibiotik

Bila sakit dan kena makan antibiotik, bukan sahaja bakteria jahat yang mati tapi bakteria baik pun sama dibunuh oleh antibiotik.

So lepas habis antibiotik dan sihat wajib minum yogurt asli untuk kembalikan semula bakteria baik dalam usus.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *