Kesan Buruk Vaksin | Suntikan Vaksin ATT @ Tetanus Toxoid (Kancing Gigi) Hampir Melumpuhkan Aku!!

Bismillah. Aloe!

Tak kena diri sendiri tak rasa la kan! Menyesal betul tadah lengan bagi nurse injek vaksin ATT (Adsorbed Tetanus Toxoid) a.k.a suntikan kancing gigi masa pregnant tahun lepas tu.

Aku ni nak kata anti-vaksin tak kot. Pro-vaksin pun tidak. Duduk atas pagar je boleh?

Izzah tu full vaksin tau. Completed semua dos vaksin yang disarankan oleh KKM plus completed vaksin optional Chicken Pox, Rotavirus dan Pneumococcal yang kena bayar beribu ringgit tu. Irfan pun kena vaksin walaupun tak full macam Izzah.

Aku sendiri pun masa kecik pun kena vaksin jugak tapi tak lah sebanyak vaksin budak-budak zaman sekarang. Dulu tahun 70-an baby seusia aku ni kena BCG, Triple Antigen (DTP), Oral Polio dan Small Pox. Tapi baby sekarang berangkai-rangkai vaksin kena injek kan.

Memang aku tau vaksin ni ada kesan buruk jugak. KKM panggil kesan buruk vaksin ni sebagai AEFI (Adverse Events Following Immunisation). Kalau vaksin ni tak ada kesan buruk tak wujud la kan Garis Panduan Farmakovigilans Keselamatan Vaksin yang KKM buat tu.

Kesan Buruk Vaksin ATT Tetanus Kancing Gigi

Aku tak ambik kisah sangat sebab anak tak kena kesan AEFI teruk sangat. Macam Izzah hanya kena Acute Bronchitis (lepas vaksin Pneumococcal) , cirit birit teruk hingga berjangkit pada aku dan suami (lepas vaksin Rotavirus) , Chicken Pox 2 kali (lepas vaksin Chicken Pox) dan kerap kena selsema & batuk yang lambat baik “sahaja” pun. Tak lah teruk macam yang kena eczema sampai berdarah-darah kulit atau sawan atau menangis tak berhenti dan lain2 tu. Sikit sahaja la sangat kannnnnn huhuu. [wp-svg-icons icon=”wondering” wrap=”i”]

Eh.. pesal cerita pasal vaksin bayi ni. Aku nak cerita tentang suntikan vaksin kancing gigi (ATT) untuk ibu hamil tu. Masa pregnant Izzah (2008) dulu aku dah kena injek ATT ni 2 kali. Masa pregnant Irfan (2012) pulak kena sekali suntikan ATT. Masa pregnant kali ni (2015) nurse kata kena injek jugak satu dos suntikan kancing gigi walaupun selang masa baru 3 tahun dengan suntikan sebelumnya.

Ingatkan dah imun sebab dah banyak kali injek. Rupanya tak ye?

Kesan Buruk Vaksin ATT Tetanus Kancing Gigi

Mulanya nak cakap dengan nurse tak mau injek sebab nak bersalin kat hospital (siap dapat date cesar dah pun). Peralatan hospital kan confirm sterilised so ada potensi kena tetanus jugak ke?  Selang masa pun kurang 5 tahun. Patut kebal dah kot dari tetanus.

Tapi malas pulak nak bertekak dengan nurse tu pulak hehhee. Karang tak pasal-pasal masa terbuang sebab kena pergi KK jumpa doktor dan kena dengar ceramah pasal vaksin pulak. KK dengan KD ni bukannya dekat. Aku ni bizi weh.

Vaksin kan selamat betul tak? Lagi pulak aku ni orang dewasa & sistem imun kuat kot so sure tak kan kena AEFI macam bayi yang sistem imun tak matang lagi tu semua. Masa suntikan ATT sebelum ni rasanya okey je cuma rasa kebas pada lengan 2-3 hari je pun. Tak ingat sangat ada tak side effect lain sebab dah bertahun lama kan.

7 September 2015

8.30am lepas check perut 28 minggu kat Klinik Desa, aku pun tadah lengan bagi nurse injek vaksin ATT @ Adsorbed Tetanus Toxoid (Kancing Gigi) tu. Dekat buku pink nurse tulis : batch 021714 expiry date 6/17.

Eh macam magik pulak lepas suntik kancing gigi tu tak terus rasa kebas lengan. Kebal dah kot aku ni…hahahhaha

Kebal la sangat kan. Lepas suntik ATT tu aku kena AEFI teruk tahap gaban tau!!

Pukul 9 am suntik ATT. Tak rasa apa-apa pun. Tapi start pukul 1 pm lengan kiri aku mula terasa kebas dan lenguh.

Tak lama lepas tu SATU BADAN ni rasa sakit-sakit. Rasa kejang segala otot kat badan aku ni. Jari-jemari, lengan, peha, betis, punggung, belakang, kaki, bahu dan leher semuanya rasa kejang dan sakit!!!

Segala sendi jari, tangan, lutut dan kaki rasa sakit teruk. Nak berjalan pun tak boleh sebab pijak lantai terasa sakit yang amat. Berdiri pun sakit segala otot dan sendi satu badan. Baring pun rasa kejang satu badan ni. Nak tidur pun tak boleh….huwaaa!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Aku gagahkan diri juga untuk solat tapi hanya mampu solat berdiri sebab langsung tak boleh nak rukuk dan sujud. Macam segala otot dan sendi badan aku ni dah tak boleh berfungsi dengan normal. Sakitttttttttttt sangat-sangat!!!!

Bila Irfan menyusu badan, ya Allah!!! Sakitnya hanya Tuhan yang tau. Aku memang masih continue menyusu badan pada Irfan walaupun sedang pregnant. So far, alhamdulillah tiada masalah menyusu badan semasa hamil ni. Tak pernah rasa contraction pun menyusu badan masa pregnant ni.

Tapi hari tu… ntah kenapa menyusu badan jadi sangat menyakitkan. Terketar-ketar badan ni menahan rasa kejang satu badan.

2 pm. Aku mula demam panas dan sakit kepala berdenyut-denyut. Bayangkan. Segala otot dan sendi badan rasa kejang dan sakit ditambah pula sakit kepala macam nak pecah kepala dan demam panas. Rasa nak mati pun ada.

Selera makan terus hilang. Berjalan pun tak berdaya nak angkat kaki melangkah. Nak pergi klinik memang tak larat langsung.

Tak tahan sangat aku telan sebiji paracetamol. Rasa kurang sikit sakit badan tapi masih rasa tak bermaya. Tekak mula rasa perit. Aku terus telan VCO dan rasa lega sore throat.

10 pm. Badan rasa berpeluh-peluh dan demam sudah hilang. Bolehlah tidur tapi pukul 1 pagi aku terjaga. Tiba-tiba dada rasa sesak. Paru-paru rasa berat dan ketat. Rasanya sebijik macam kena radang paru-paru masa aku form 1 dulu. Nafas pulak bunyi wheezing.

Alamak. Tak kan kena sakit paru-paru tiba-tiba je ni. Sudah berpuluh-puluh tahun aku sembuh. Tetiba penyakit tu datang balik?

Aku masih sakit satu badan jadi tak larat nak ke dapur minum ubat batuk. Hanya mampu hisap Woods Peppermint cough tablet yang kebetulan ada dalam hand bag. Rasa penat dan mengantuk tapi tak boleh tidur sebab sesak nafas. Lepas duduk bersandar pada 3 biji bantal baru dapat lelapkan mata.

3 am. Tengah tidur aku terbangun bila tiba-tiba datang rasa seram sejuk dan aku terus mengigil satu badan. Rasa sangat-sangat sejuk dalam badan hinggakan gigi atas dan bawah berlaga-laga tanpa dapat dikawal!!!

Parok ni! Seminit lebih jugak aku mengeletar kesejukan dengan gigi berlaga-laga tu. Nasib baik sempat capai selimut kat hujung kaki dan teringat nak gulung dan gigit selimut tu. Takut kena kancing gigi je weh. Dah gigit selimut pun gigi duk berlaga-laga lagi.

Masa aku tengah mengeletar kesejukan tu terasa baby dalam perut ni berpusing-pusing dengan ligatnya. Agaknya baby pun dapat rasa kesannya kot. Kesian baby…huhuuu.

Nasib baik lepas seminit gigi dah stop berlaga-laga. Tapi aku masih rasa sejuk yang amat sangat. Susah-payah aku bangun cari stoking dan capai Aloe Heat Lotion dan sapu pada kaki, lengan dan belakang. Lepas tu baru dapat tidur balik walaupun tidur-tidur ayam je.

8 September 2015

Bangun pagi rasa macam zombie. Otot dan sendi satu badan ni masih rasa sakit. Kepala bukan main berdenyut-denyut. Rasa demam nak datang balik. Alhamdulillah dapat berjalan slowly ke dapur untuk minum ubat batuk Prospan. Dulu masa pregnant Irfan bila batuk doktor memang prescribed Prospan ni. Katanya selamat untuk wanita menyusu badan dan yang hamil. Nasib baik ada lagi baki Prospan yang doktor bagi masa Irfan batuk last few weeks.

2 pm. Kepala makin sakit. Irfan pulak tiba-tiba demam. Aku baring sambil susukan Irfan. Tiba-tiba terasa contraction yang sangat kuat! Baby pulak berpusing-pusing dalam perut ni. Tak tahan sakit aku terpaksa tolak Irfan ke tepi hingga dia pulak menangis. Maafkan mama.. sakit masa tu hanya Allah yang tahu… sakit badan + kepala + contraction kuat + baby berpusing-pusing ligat… memang tak boleh tahan. Irfan tidur dalam tangisan huhuuu

3 pm Aku cuba bangun dan berjalan perlahan-lahan ke dapur. Rasa demam lagi tapi tak nak telan paracetamol. Risau ada side effect pada baby pulak. Teringat nak minum Aloe Vera Gel. Mana tahu boleh baik demam ni.

Kalau tak baik jugak memang nak ke hospital dah. Alhamdulillah, suhu turun dan demam terus kebah.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Time tu lah aku decided nak wean off Irfan dari menyusu badan. Irfan dah 2 tahun 8 bulan masa tu. Memang patut berhenti susu badan dah. Aku cuba sapu air perahan lemon. Berjaya tapi satu hari je…alahai!

Malam nak tidur hidung pulak tiba-tiba tersumbat. Teruk sangat tersumbat hingga kena nafas melalui mulut. Eh.. tak kan Acute Sinusitis aku datang balik? Sudah lebih setahun aku tak kena Acute Sinusitis ni. Kenapa sekarang kena balik ni weh?

9 September 2015

Bangun pagi rasa segar sikit. No more fever. Batuk pun tak ada. Badan dah rasa lega cuma sakit leher, pinggang dan belakang sahaja. Alhamdulillah aku dah boleh berjalan tanpa rasa sakit otot betis, peha dan kaki. Tapi kepala masih berdenyut-denyut.

Lepas seminggu baru aku rasa segar macam sebelum kena vaksin ATT tu. Bayangkan. Seminggu aku kena side effect vaksin tu. The first few days lepas suntikan kancing gigi tu memang menderita sangat rasanya.

Kalau kena kejang otot kaki lepas bersenam, berlari atau sparring Tae Kwon Do pun dah sakit. Ni pulak kejang otot dan sakit sendi seluruh badan!!! Nightmare tau. Mujo tak lumpuh..huhuhu.

Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk sembuh. Aku dah boleh solat macam biasa. Tiada lagi sakit otot dan sendi. Baby dalam perut pun aktif macam biasa. Tiada lagi contraction melampau. Menyusu Irfan pun langsung tak sakit dah.

Harapnya kesan buruk vaksin tetanus ni tak bagi side effect permanent pada baby dalam perut ni. Hari tu memang baby berpusing ligat. Sekarang gerakan macam biasa. Masa checkup pun nampak baik-baik saja.

Hmmm… aku ni dah dewasa tapi boleh jugak kena AEFI? Teruk giler pulak tu. Bayangkan kalau baby yang kena AEFI? Baby bukannya boleh bercakap nak bagitau tengah kesakitan…huhuu.

Nota: Aku tulis post ni sebaik saja sembuh dari kesan buruk suntikan ATT. Lama post ni tersimpan dalam draft. Lupa nak published. Semalam bukak draft folder baru teringat. Sibuk ke sibuk tu hehee

Lepas kena side effect vaksin ATT tu aku rasa kena tahu more tentang vaksin ATT tu. Aku share apa yang aku tahu kat bawah ni.

Bagi yang nak baca tentang Garis Panduan Farmakovigilans atau nak tahu cara nak report AEFI boleh lah pergi ke link kat bawah. Aku tak report sebab aku tak mau tambah stress time sarat pregnant tu. Karang kena soal-siasat tak pasal-pasal kena darah tinggi pulak. Tak payah la kondem ye!

Garis Panduan Farmakovigilans

Adverse Drugs Reaction (ADR) Online

Maklumat Tentang Vaksin ATT @ Kancing Gigi

Apa sebenarnya vaksin ATT @ Tetanus Toxoid @ Kancing Gigi ni?

Sebelum kena AEFI tu yang aku tahu… vaksin ATT ni untuk cegah kena kancing gigi @ lock jaw jika badan kena luka yang dalam dan dijangkiti kuman. Ibu hamil kena ATT untuk cegah bayi kena jangkitan tetanus jika bersalin dalam persekitaran yang kotor @ tak steril. Hmmm…

Setahu aku suntikan kancing gigi ni diberi pada ibu hamil yang buat pemeriksaan di Klinik Desa / Klinik Kesihatan. Kawan-kawan aku yang buat check up kat swasta tak pernah pun kena suntik ATT. Reason tak kena sebab bersalin kat hospital confirm lah segala peralatan dah nyah-kuman so apa takut kena jangkitan kuman tetanus. Habis tu kenapa check up kat KK kena suntik jugak kancing gigi ni? Pelik ke tak pelik tu?

Nah. Insert vaksin ATT yang somebody share dalam satu group kat FB tu.

Vaksin ATT - Tetanus Toxoid

Kandungan Vaksin ATT @ Kancing Gigi

  • Purified tetanus toxoid 20 Lf – active ingredient
  • Aluminum phosphate 3 mg – adjuvant
  • Thimerosal 0.1mg – preservative

Eh… Vaksin ATT ni ada thimerosal (merkuri)!! Patutlah sistem saraf aku macam down kena serang je lepas injek. Segala otot jadi kejang. Setiap sendi jadi sakit teramat. Ada kemungkinan tak lepas merkuri serang saraf dan melemahkan sistem imun aku, bakteria dari vaksin tu pulak dapat peluang serang badan aku hingga kejang segala otot badan ni? Possible…huhuu. [wp-svg-icons icon=”confused” wrap=”i”]

Aku senaraikan kesan buruk yang aku alami lepas suntikan kancing gigi untuk ibu hamil ni. Ini adalah dos ke 4 vaksin ATT yang disuntik pada aku sejak 2008. Yang aku kena masa baby (3 dos) dan masa kecik-kecik dulu (1 kali lepas terpijak paku dan 1 kali lepas lutut kena kaca pecah) tak di kira okei.

  • Dos Vaksin ATT #1 – 2008
  • Dos Vaksin ATT #2 – 2008
  • Dos Vaksin ATT #3 – 2012
  • Dos Vaksin ATT #4 – 2015

Kesan Buruk Vaksin ATT Tetanus Kancing Gigi

Kesan buruk vaksin ATT @ Tetanus Toxoid @ Kancing Gigi yang aku alami ialah:

  1. Kebas lengan kiri.
  2. KEJANG SEMUA OTOT dan sakit semua sendi di SELURUH BADAN.
  3. Pergerakan menjadi sangat sakit.
  4. Tidak boleh berjalan dan solat dengan betul.
  5. Hilang selera makan.
  6. Demam panas.
  7. Sakit tekak, batuk, dada terasa berat dan ketat serta nafas berbunyi wheezing.
  8. Rasa seram sejuk melampau & gigi atas bawah berlaga-laga tanpa dapat dikawal.
  9. Lubang hidung tersumbat sepenuhnya (blocked nostrils) seperti kena Acute Sinusitis.
  10. Kesakitan pada breast semasa menyusu badan.
  11. Contraction yang sangat kuat!!
  12. Baby dalam kandungan berpusing-pusing ligat (adakah ini fetal distress?)
  13. Sakit kepala berdenyut-denyut selama seminggu.

Banyak giler kan? Adakah korang pernah alami benda yang sama?

Update 7/5/2016

Aku baru baca words by words Kesan AEFI Serius yang tertulis dalam Garis Panduan Farmakovigilans Keselamatan Vaksin tu. Baru aku perasan salah satu AEFI berkaitan suntikan vaksin yang mengandungi tetanus. Tengok yang aku highlight kaler merah.

aefi-02

Brachial neuritis. Apa tu? [wp-svg-icons icon=”shocked-2″ wrap=”i”]

brachial-neuritis-01

brachial-neuritis-02

Brachial neuritis is a term used to describe an inflammation of the brachial plexus that causes sudden-onset shoulder and arm pain, followed by weakness and/or numbness.

After the nerve roots leave the cervical spine (in the neck), they combine to form the brachial plexus. The brachial plexus is a network of nerves that runs through the shoulder and down the arm. Inflammation of this network of sensitive nerves can cause sudden, severe pain.

The pain usually starts in the shoulder and/or upper arm. Usually the pain is sudden and severe, and characterized by one or more of the following:

  • Sudden onset of pain (usually not related to an injury)
  • Pain that begins in the shoulder and/or upper arm
  • Pain is described as piercing, sharp, or radiating, as opposed to a dull ache or throbbing pain
  • Symptoms are experienced only on one side of the body, not in both arms at once
  • Severe pain typically lasts for several days, after which the arm becomes weak in multiple different muscles.
  • The arm weakness may be profound, but will usually get better with time.

Whoahhhhh!!! Simptom Brachial neuritis tu sebijik macam yang aku kena lepas suntikan tetanus tu. Rupanya aku kena AEFI serius!!

3 Comments

  • Tq….sy skrg br rs sakit tgn sblh kiri…xthu sbb aefi ke apa..bawah ketiak ada benjolan hg mnyakitkn…injection lengan kiri..hdung rs tersumbt…hmm
    D

    • kalau benjolan bawah ketiak tu biasanya bengkak lymph node puan.. dan ianya salah satu kesan aefi vaccine – swollen lymph node usually petanda ada infection.. better jumpa doktor check ya.. semoga segera sembuh amin ya mujib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *