Bismillah. Cikros di sini.
Makin menjadi pulak kes susu fake kat Malaysia ni. Tak lama dulu kes susu Enfagrow yang disahkan tiruan oleh pengeluar.
Kali ni isu susu Dutch Lady pulak. Bahaya betul susu baby pun ada yang buat fake untuk kaut untung. Industri susu baby kan mecatatkan keuntungan yang besar.
Anak aku, Izzah dulu membesar dengan susu keluaran MeadJohnson tu dari susu Enfalac, Enfagrow dan Enfakid. Masa tu memang Izzah tak suka makan sebab susu tu dah kenyang. Sampai perut pun muncit minum susu banyak. Mudah kena penyakit pulak tu. Huhu!
Masa Irfan pulak susu aku dropped masa masuk kerja so diselang-seli susu EBM dengan susu Dutch Lady dalam 2 pek. Lepas tu aku bagi susu kambing Suffy Goat. Habis dalam 6 pek macam tu lah. Bila aku resigned Irfan direct feeding susu badan dan stop terus susu formula.
Time Dina ni memang fully breastfeeding so alhamdulillah. Tak terkesan dengan isu susu tiruan atau susu bayi tercemar ni. Tapi still aku follow isu susu Dutch Lady Curious ni. Kesian ramai baby yang sakit mungkin akibat minum susu Dutch Lady tu.
Isu Susu Dutch Lady Curious Pek Promo 3 Pek
Isu susu Dutch Lady tu bermula dari post yang dibuat encik Reza dengan berkongsi apa yang dialami anak dia sejak Januari 2018.
Anak dia memang sudah lama minum susu Dutch Lady sejak umur 1 bulan lagi minum susu Dutch Baby, Dutch Baby Susulan diikuti dengan susu Dutch Lady Curious 1-2 pek biasa bukan pek promo.
So ini bukan isu baby tak sesuai dengan susu Dutch Lady tu. Isunya bermula sejak baby minum susu Dutch Lady Curious 1-2 PEK PROMO (3 pek) perisa BIASA. Ini flow nya:
- Pek susu pertama ruam (rash) timbul. Kami ingat allergic pampers. (Pack pertama dibuka sekitar dalam bulan Januari 2018)
- Pek susu dua start ada batuk-batuk sikit. Cirit birit.. (Pack kedua dibuka sekitar pertengahan bulan Januari 2018)
- Pek susu ketiga batuk teruk, demam, lemah, tak selera makan..suhu badan anak meningkat 39Celcius, batuk semakin teruk selepas minum susu. (Pack ketiga dibuka sekitar penhujung bulan Januari 2018 dan pack ketiga yang kami masih simpan sample baki susu tersebut)
Satu Demi Satu Kes Susu Dutch Lady Timbul
Selepas tular isu susu Dutch Lady Curious pek promo tu, satu demi satu parents yang anak alami masalah selepas minum susu Dutch Lady post isu yang sama di FB.
Aku rasa parents yang terlibat perlu ambil langkah HENTIKAN pemberian susu Dutch Lady jika anak mengalami simptom seperti:
- Ruam merah di bahagian leher dan kelangkang.
- Gatal-gatal / gegata
- Batuk yang teruk / masalah pernafasan / nafas berbunyi
- Cirit birit
- Muntah
- Demam Panas yang on / off
Tak kan nak tunggu keluar official statement baru nak henti bagi anak minum susu tu. Anak sendiri kan?
Kali ini bukan sahaja sebab minum susu Dutch Lady Curious pek promo tu… tapi susu Dutch Baby pulak.
JIKA ANAK MINUM SUSU DUTCH LADY TIADA MASALAH BOLEH TERUSKAN SAHAJA.
Tak payah lah nak kondem macam-macam kat anak orang yang alami masalah. Bersyukurlah anak sihat dan tak jadi apa-apa. Jangan lepas ludah jilat balik air liur tu pulak. U know what I mean, huh?
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Apa Perlu Dibuat Jika Simptom Semakin Teruk?
- Segera bawa anak ke HOSPITAL untuk rawatan pakar.
- Buat laporan di Jabatan Kesihatan Daerah dan BAWA SAMPEL SUSU tersebut.
- BERHENTI terus dari memberi anak susu tersebut. Gantikan sementara dengan susu lain dan PANTAU keadaan anak samada ada perubahan positif atau sebaliknya.
- HUBUNGI pihak Dutch Lady untuk membuat aduan di talian 1800-88-1191 atau emel kepada dutchladycareline@frieslandcampina.com. Pastikan korang beri nombor batch susu yang tertera pada pek susu.
Berikut adalah kenyataan rasmi dari pihak Dutch Lady Malaysia mengenai cara-cara pengguna membaca, mengenali dan memastikan pada produk pek Susu Dutch Lady :
- Tarikh Luput (Expiry Date)
- Nombor Mesin
- Harga
- Kod Siri
- Kod Kelompok
Selain Isu Susu Tiruan Apa Lagi Punca Simptom?
So far belum diketahui samada betul atau tidak masalah berpunca dari susu Dutch Lady. Mungkin juga ada faktor lain yang menyumbang kepada masalah isu susu Dutch Lady ini.
- Ada bahan tercemar samada dari kilang atau ibu bapa sendiri
- Cara bancuhan yang salah dan tidak mengikut sukatan yang telah ditetapkan
- Susu yang tercemar selepas dibuka
- Jangkitan bakteria dan virus
Kenyataan Dari Dutch Lady Moms Club
Dikongsi dari Page : Dutch Lady Moms Club
Dutch Lady Malaysia telah dimaklumkan mengenai aduan berhubung dengan seorang kanak-kanak yang perlu mendapatkan nasihat perubatan beberapa hari selepas meminum susu Dutch Lady Curious (900g).
Kami memandang serius setiap insiden seperti ini dan akan menjalankan siasatan menyeluruh. Kami telah menerima sampel produk tersebut dan ianya telah dihantar ke makmal kami dan makmal luar yang berstatus bebas untuk menjalankan ujian. Pada peringkat ini, tidak diketahui sama ada punca itu disebabkan oleh susu atau atas sebab lain.
Kami meletakkan kesihatan dan kesejahteraan semua pengguna sebagai keutamaan kami. Usaha kami pada masa sekarang adalah untuk mengetahui punca permasalahan dan terus memenuhi tanggungjawab kami untuk menyediakan pemakanan yang selamat dan berkualiti kepada pengguna kami.
Kami sedar pelanggan dan pengguna Dutch Lady bimbang tentang keadaan ini. Walau bagaimanapun, sekali lagi kami ingin menekankan bahawa kami mengamalkan kawalan kualiti dan keselamatan yang paling ketat sepanjang peringkat proses pembuatan dan rantaian bekalan kami. Ini untuk memastikan semua produk yang dihasilkan di bawah kualiti dan kebersihan yang paling tinggi. Produk di bawah jenama Dutch Lady mematuhi undang-undang dan peraturan negara dan antarabangsa.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Careline Dutch Lady kami di 1800-88-1191 atau dutchladycareline@frieslandcampina.com
Kenyataan Rasmi dari Dutch Lady Malaysia
Dutch Lady Malaysia mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan terhadap kes yang melibatkan produk Dutch Lady Curious (900g) dengan nombor kelompok 1023C7WA.
Tindakan ini diambil berhubung aduan kesihatan yang diterima daripada pelanggan. Insiden tersebut telah mencetuskan perbincangan yang hangat di media sosial.
Sejurus selepas menerima aduan, Dutch Lady melancarkan tindakan segera untuk menghubungi pelanggan dan menjalankan semakan terperinci. Selaras dengan prosedur syarikat, sampel produk telah diperoleh daripada pelanggan dan dihantar ke makmal dalaman dan juga pusat pengujian bebas yang diiktiraf untuk proses ujian.
Dutch Lady juga telah bertemu dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan akan bekerjasama dengan rapat dalam usaha mengatasi perkara ini. Keputusan penuh akan diumumkan selepas proses siasatan diselesaikan.
“Bagi pihak Dutch Lady Malaysia, kami mengambil berat insiden seperti ini dan memberi jaminan kepada para pengguna bahawa kesihatan dan kesejahteraan mereka sentiasa menjadi keutamaan kami. Buat masa ini, penemuan awal daripada proses kawalan kualiti dalaman menunjukkan bahawa produk kami tidak mempunyai sebarang kekurangan dari segi kualiti dan susu kami selamat untuk diminum,” kata Tarang Gupta, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia.
Keraguan Terhadap Kesahihan Produk
Berhubung perkara yang dipersoalkan di saluran media sosial baru-baru ini, Dutch Lady juga ingin menangani spekulasi yang telah dibangkitkan mengenai pembungkusannya.
Tambah Gupta, “Kami menyedari bahawa maklumat yang tidak tepat telah mula disebarkan di media sosial ketika para netizen berkongsi kebimbangan mereka. Bagi melindungi kepentingan pelanggan, kami perlu memperbetulkan spekulasi terhadap beberapa butiran pembungkusan kami yang telah disalah-anggap sebagai penunjuk produk palsu.”
Dutch Lady ingin menjelaskan bahawa ciri-ciri di bawah terdapat dalam semua produk Dutch Lady yang sahih.
- Kod kelompok yang bermula dengan nombor 100, 101, 102 dan 103
- Tarikh luput yang berakhir dengan (R), (W1), (W2), dan (W3)
- Variasi pembungkusan yang mepunyai perkataan “Calcium” dan “Kalsium”
- Variasi pembungkusan yang menunjukkan logo FrieslandCampina bersama dan tanpa kotak putih
Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat atau menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan orang awam. Kami menggalakkan pengguna untuk merujuk kepada pusat perkhidmatan pelanggan kami sebelum memapar atau berkongsi sebarang maklumat di media sosial.
Untuk pertanyaan lanjut mengenai produk Dutch Lady, sila hubungi Careline Dutch Lady di 1800-88-1191 atau melalui e-mel di dutchladycareline@frieslandcampina.com.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.dutchlady.com.my/milkbatchinvestigation
Kenyataan Rasmi dari Kementerian Kesihatan Malaysia
“KKM melalui BKKM sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesahkan keselamatan produk susu tepung jenama Dutch Lady Curious (900g) 1-2 Tahun Biasa yang tular di media sosial.”
Sumber : https://web.facebook.com/