Kerja Kosong | Pencuri Sambilan Diperlukan!

Siapa mahu cepat kaya? Ada yang mahu kerja part time yang senang tapi pendapatan lumayan?

Mari sini! Ada kerja kosong untuk anda!!

Kerja kosong apa? Kerja ni nak kata senang tak ada senang sangat. Tapi boleh lah kalau nak buat part time. Tidak perlu ada diploma atau degree. Cuma kena patuhi syarat-syarat di bawah ni aje…

1. Sihat tubuh badan (tak boleh sakit sebab kerja kosong ni memerlukan tenaga yang kuat.. lagi satu kerja kosong ni tak ada MC okey.. you MC you rugi.. ada faham?)

2. Suka ponteng sekolah – ini bukti kamu boleh jadi pencuri yang terhebat.

3. Single – tak boleh kahwin.. sebab kalau kahwin susah dah terikat dengan keluarga. Kalau single senang nak menghilangkan diri kalau diburu.

4. Ada OTAK! – kalau tak ada otak maka tak pandai berfikir dan mengatur strategi.. so tak maju kerjaya kamu nanti. So, kena contohi Robin Hood… otak dia bergeliga okeh.

Kerja Kosong Ini Masih Kosong!

Sampai sekarang kerja ini masih kosong!! Ada yang apply tapi tak patuhi syarat nombor 4 tu..ha..ha

Okey la.. kat sini sebenarnya tak offer kerja kosong tu lah.. Cuma nak lepas geram ni.

Rumah mak I kat kampung kena masuk pencuri!!! Nasib baik masa tu mak tak ada kat rumah. Dia pergi rumah adik sebulan.. so rumah memang sebulan la bergelap.

Pencuri tu memang dah target la tu rumah mak. Dia masuk ikut tingkap. Pastu cungkil pintu. Tak tau la berapa ramai yang ‘enjoy’ mencuri dalam rumah mak tu.

Tapi kan.. rasa nak gelak kuat-kuat je dekat pencuri tu. Ni jenis pencuri yang tak cukup syarat nak jadi pencuri terhebat ni.

Syarat nombor 4 tak ada kot… tak ada otak!! Muah..ha..ha

Kalau nak jadi pencuri, jadilah pencuri terhebat. Alang-alang dah buat dosa kan.. menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Kalau takat mencuri RM100 ringgit, seutas rantai kristal berharga RM30 dan sepasang anting-anting besi yang rasanya tak ada harga la kot… baik tak payah!

Kalau kena tangkap sia-sia je kena penjara. Tak berbaloi langsung dengan hasil curian kamu tu.

Eh.. ada lagi yang dia curi… satu mentol lampu flouresent dan satu lampu suluh buruk. Kesian pencuri ni.. agaknya rumah dia tak ada lampu kot.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Seterika baru berharga RM80, TV buruk, Astro, mesin jahit buruk, dua peti sejuk, mesih basuh, pinggan mangkuk antik, toto *banyak toto kat rumah mak tu*.. emm apa lagi.. oh.. buku-buku zaman tok kadok etc.. TAK CURI pulak?

Ingat tak ada value ke semua tu? Kalau jual dapat jugak duit…he..he

Pencuri tu sempat juga geledah peti sejuk dan makan 4 biji buah oren! Kesian pencuri ni.. LAPAR!

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *