Kereta Mini | Apabila Seorang Mini Berangan Nak Memiliki Sebuah Kereta Mini Cooper S Warna Kuning!

Bismillah. Cikros di sini.

Aku suka kereta Mini Cooper. Kecik, compact dan comel. Sesuai sangat untuk bawak pergi pasar atau hantar anak pergi sekolah. Haha!

Serius. Kereta Mini Cooper ni memang sesuai untuk perempuan. Nak parking pun senang sebab kecik kan.

Masa kat UM dulu ada satu couple ni. Mereka ada kereta Mini Cooper ni. Nampak cute je couple ni naik kereta Mini Cooper pergi kelas.

Aku duduk 5th College masa tu. Tahu sajalah 5th College ni lokasi dia kat ceruk hutan rimba sana. Jauh giler dari fakulti.

So sesiapa yang ada kereta tu memang popular lah kat asrama tu. Hanya anak orang ado-ado sahaja yang mampu naik kereta pergi kelas. Ana orang tak ado macam aku ni kena menapak jalan kaki.

Memang kaki masing-masing sado tumbuh otot berketul kat betis sebab setiap hari berjalan lebih 2 km pergi kelas. Berpanas berhujan tu biasa sangat. Hehe!

Adeh. Apa pulak pergi cerita pasal kenangan masa kat UM ni. Haha!

Siapa seorang Mini yang berangan nak ada kereta Mini Cooper tu? Mini tu aku lah. Nama aku kan Rosmini.

Kereta Mini Cooper

Famili dan kawan sekolah semua panggil aku Mini. Aku je tak suka dipanggil Mini sebab macam nama Mini Mouse. So aku suruh orang panggil aku Ros. Anggun sikit dari Mini. Wahaha!

Kereta Mini Cooper

So yes. Aku memang fall in love sangat dengan kereta Mini Cooper. Terutama kereta Mini Cooper model baru. Rasa nak peluk cium je sebab comel sangat. Hehe!

Kereta Mini Cooper

Tapi aku cuma dapat berangan saja lah nak beli kereta Mini Cooper tu. Sebab harga kereta Mini Cooper ni memang kebabooom mahal.

Kereta Mini Cooper

Sebuah kereta Mini Cooper harga dia boleh beli sebuah rumah ko! RM240,000 ke atas. Mampu tengok saja lah omak. Huhu!

Kereta Mini Cooper

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *