Keputusan Peperiksaan Online | SAPS Semakan Ibu Bapa – Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah Darjah 3 Tahun 2017 (4 Anugerah Kecemerlangan TAHNIAH!)

Bismillah. Aloe! Cikros di sini.

Sesi persekolahan tahun 2017 sudah pun berakhir. Anak-anak pun sedang seronok bercuti. Aku pun super seronok bercuti sebulan dari menggosok baju sekolah. Hak hak hak!

Macam biasa setiap akhir tahun aku nak update keputusan peperiksaan anak aku. Keputusan peperiksaan parents boleh semak online melalui SAPS Semakan Ibu Bapa. Link di bawah ni:

SAPS Ibu Bapa Login ==> https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Keputusan Peperiksaan Sekolah Kebangsaan

Alhamdulillah. Keputusan peperiksaan akhir tahun Izzah untuk darjah 3 ini semakin bertambah baik. Kedudukan dalam kelas pun meningkat. Izzah dapat 6A bagi semua subjek teras.

Keputusan Peperiksaan Darjah 3

Sekolah kebangsaan tahun ini Izzah dapat 4 awards untuk:

  • Kedudukan nombor 2 dalam kelas
  • Mata pelajaran terbaik Bahasa Cina
  • Mata pelajaran terbaik Bahasa Inggeris Penulisan
  • Mata pelajaran terbaik Bahasa Inggeris Pemahaman

Keputusan Peperiksaan Darjah 3

Izzah dapat hadiah piala dan satu kotak pensel warna.

Keputusan Peperiksaan Darjah 3

Tak ada hadiah buku seperti tahun lepas? Omak kena belanja lebih lah untuk beli buku ulangkaji Izzah. Huhu!

Keputusan Peperiksaan Darjah 3

Overall, ada peningkatan dalam kebanyakan subjek berbanding semasa awal tahun. Maybe bagi orang lain tak cemerlang sangat pun. Tapi as a mother yang terlibat secara langsung dalam pendidikan anak, aku actually sangat berpuas hati.

Keputusan Peperiksaan Darjah 3

Aku tak hantar Izzah tusyen sebab tak mampu. Buat apa nak bayar tusyen pun sebab aku pun boleh jadi cikgu tusyen peribadi anak aku. Penat pun berbaloi tau. Hehe!

Memang bagus sangat omak jadi personal tutor anak sebab aku sendiri dapat tahu kelemahan anak aku kat mana. Senang nak pantau.

Keputusan Peperiksaan Sekolah Agama

Alhamdulillah. Keputusan peperiksaan akhir tahun Izzah untuk sekolah agama pun agak baik juga. Kedudukan dalam kelas 10/43. Top 10 tu. Kira cemerlang lah tu. Hehe!

Keputusan Peperiksaan Darjah 3

Izzah ni both sekolah kebangsaan dan sekolah agama dia berada dalam kelas terbaik. Persaingan sengit sebab kelas budak pandai kan.

Aku paling risau Bahasa Arab lah kat sekolah agama. Omak kan tak pandai Arabiah. Tapi syukur lah Izzah dapat keputusan yang baik dalam Bahasa Arab.

Aku memang tak pandai Bahasa Arab sangat. Tapi aku ada teknik ulang kaji yang aku rasa sangat membantu Izzah skor dalam Bahasa Arab.

Kesimpulannya tahun ni aku sangat berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak aku. Both sekolah kebangsaan dan sekolah agama.

Tahniah Izzah! Well done!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *