Kenali Diri | Orang Yang Tenang Jiwa, Susah Berjaya?

Hidup dalam zaman moden ni memang sangat mencabar. Terutama kalau duduk di bandaraya besar macam Kuala Lumpur.

Penghuni KL biasanya sentiasa bergerak aktif. Tidak ada istilah rehat dalam kamus hidup orang sebegini.

Semua orang mengejar sesuatu.

Mengejar masa. Mengejar kemewahan. Mengejar kenaikan pangkat. Mengejar populariti.

Disebabkan masa cuma ada 24 jam untuk setiap orang. Maka kita selalunya hidup dalam keadaan tergesa-gesa. Segalanya perlu dibuat dan dikejar dalam masa yang singkat.

Kita takut kita tidak dapat apa yang kita inginkan kalau kita bersikap ‘cool’ atau tenang.

Kita takut kalau kita akan menjadi malas kalau kita tidak ada sikap berdaya saing.

Hanya orang yang berdaya saing *competitive* akan MENANG atau BERJAYA.

Betulkah hanya yang orang yang competitive akan berjaya?

Betulkah orang yang cool susah nak berjaya?

Salah sebenarnya!!

Orang yang jiwa sentiasa tenang dan ‘cool’ dan setiap aspek kehidupan sebenarnya akan lebih berjaya dari mereka yang hidup tergesa-gesa atau sentiasa mengejar masa.

Kerisauan *sebab takut tidak dapat apa yang diinginkan* sebenarnya menggunakan tenaga yang banyak dari dalam diri kita. Dan menyebabkan kita hilang tumpuan untuk berfikir secara kreatif.

Ada pepatah mengatakan.. yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Jangan jadi macam tu!

4 Comments

  • Assalamualikum n salam sejahtera…

    Orang yang tenang susah berjaya? Bagi saya org yang tenang lah yang senang untuk berjaya..malahan berlipat kali ganda..memang betul, gigih berusaha tangga kejayaan..TAPI>….kalau kita terlalu gigih, pasti ada perkara yang kita terlepas pandang..sehingga menyebabkan kita kecundang, walaupun perkara yang kita terlepas pandang tu perkara yang simple jer..apa pula pendapat anda?

    Memang sebagai manusia biasa kita mahukan kesempurnaan..sibuk mengejar harta kekayaan, mengejar pangkat, mengejar populariti…tapi berbaloi ke itu semua kalau ketenangan jiwa yang kita cari tak dapat…malah jiwa semakin kacau…ingat kalau kita terlalu kaya, jiwa akan tenang ker….minta maaf nak bagitau..makin banyak harta makin susah nak fikir nak letak g mana..tup…tup…dah kena rompak…tenang ke jiwa.. πŸ˜† wassalam…peace no war πŸ˜‰

  • kadang2 24 jam tu mmg tak mencukupi 😳 kene usaha lagi utk cool dan tenang especially masa kerja 😐

  • kadang2 24 jam tu mmg tak mencukupi 😳 kene usaha lagi utk cool dan tenang especially masa kerja 😐

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *