Kelebihan Bermain Trampoline | 6 Kebaikan Melompat Atas Trampoline Untuk Kanak-Kanak

Bismillah. Aloe! Cikros di sini.

Aku ada beli Sokano Trampoline hari tu kan. Suami aku yang beriya sangat nak beli. Aku tolong order aje kat Lazada tu. Hehe!

Since tema interior deco rumah aku adalah “playground in the house” – so kiranya trampolin ni salah satu decoration kat rumah aku lah. Giler. Mana ada orang hias rumah tema playground. Hak hak hak!

Main Sokano Trampoline

Aku nak share kebaikan melompat trampoline ni. Melompat adalah satu skill yang mesti dikuasai oleh anak-anak. Sebab kemahiran melompat ni berkait-rapat dengan kebolehan lain seperti kemahiran motor halus dan kemahiran bercakap / berkomunikasi.

1 – Stimulasi Sensori Vestibular & Proprioception

Apa tu? Berbelit lidah nak sebut. Hehe!

Stimulasi Sensori Proprioception berlaku apabila daya lonjakan di atas trampoline memberi tekanan pada bahagian sendi kaki dan belakang semasa anak mendarat.

Stimulasi Sensori Vestibular berlaku apabila daya tujahan semasa melompat di atas trampoline menyebabkan anak melompat lebih tinggi sambil mengawal tubuh daripada terjatuh.

2- Kesedaran Bahagian Tubuh

Stimulasi Sensori Proprioception membantu anak lebih “aware” atau sedar pergerakan sendi utama kaki dan tulang belakang dan belajar mengawalnya dengan lebih baik.

Main Sokano Trampoline

3 – Kekuatan Core Muscles

Bermain trampoline membantu anak menjadi lebih tahan lasak semasa membuat aktiviti statik seperti duduk lama semasa belajar.

4 – Fokus & Koordinasi Visual / Penglihatan

Melompat di atas trampoline memberi latihan kepada koordinasi visual yang penting untuk aktiviti menulis dan membaca.

5 – Mengurangkan Hiperaktif

Budak-budak memang banyak tenaga!! Mereka perlu salurkan tenaga berlebihan itu keluar sebab itu budak yang sihat akan sentiasa aktif bermain, berlari dan memanjat.

Melompat di atas trampoline adalah aktiviti sihat untuk mengurangkan hiperaktif secara selamat dan terkawal.

6 – Kemahiran Mengikut Arahan

Bermain trampoline membantu anak mengikut arahan dengan baik. Apabila anda menyuruh anak “lompat” dan “berhenti”, pastikan mereka dapat mengikut arahan ini sambil berseronok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *