Kelab Taekwondo Koryo | Ramadhan Taekwondo Breaking Board & Iftar Anjuran Koryo Taekwondo Club Setia Alam dan UiTM Shah Alam

Bismillah. Cikros di sini.

Masa bulan puasa hari tu (10 Jun 2018), ada acara memecahkan papan secara berjemaah anjuran Koryo Taekwondo Club Setia Alam bersama UiTM Shah Alam.

Memecahkan papan secara berjemaah? Alah. Taekwondo breaking board secara beramai-ramai. Berjemaah la tu kan. Wahaha!

Kelab Taekwondo Koryo

Ramadhan Taekwondo Breaking Board & Iftar ni actually aktiviti kerjasama antara:

  • Kelab Taekwondo Koryo bawah pimpinan sir Rizman – lokasi acara
  • UiTM Shah Alam – sijil penyertaan dan aerial drone
  • Mc Donald Setia Alam – makanan berbuka puasa

Kelab Taekwondo Koryo

Penyertaan Ramadhan Taekwondo Breaking Board & Iftar ni terhad kepada 100 peserta terawal sahaja. Cepat-cepat aku daftarkan Izzah.

Kelab Taekwondo Koryo
Sempat tu sekodeng gym Sir Rizman.. haha!

Aku tak masukkan Irfan sebab tak yakin anak aku ni nak pecahkan papan tu. Dia mana pernah cuba pecahkan papan pun. Nanti rugi je bayar yuran penyertaan RM15. Wahaha!

Kelab Taekwondo Koryo

Latihan Memecahkan Papan

Kat rumah aku memang ada plastic board yang direka khas untuk latihan memecah papan ni, so aku suruh Izzah berlatih pecahkan plastic board tu berulang kali.

Kelab Taekwondo Koryo

Aku ajar anak aku teknik yang betul masa memecahkan papan menggunakan tangan. Omak kena buat demo bagi pecah dulu baru anak berani nak buat. Nasib baik pecah pada cubaan pertama. Wahaha!

Kena Bawa Bongkah Batu (Bricks)

Antara syarat penyertaan Ramadhan Taekwondo Breaking Board & Iftar ialah peserta wajib bawa 2 biji bongkah batu (bricks) sendiri untuk alas papan. Sebab bricks yang disediakan kelab memang sikit. Tak kan mereka nak beli bongkah batu selori pulak kan. Hehe!

Kelab Taekwondo Koryo

Aku tergelak tengok macam-macam rupa bongkah batu yang parents bawa. Ada yang kidnapped bongkah batu jalan yang ada curvy shaped tu.

Ada pulak batu sebelah tinggi bersimen sebelah pulak rendah. Kelakar lah omak abah budak-budak ni. Wahaha!

Kelab Taekwondo Koryo

Bongkah batu Izzah ni pulak babahnya beli khas untuk acara ni. Aku ingat nak kidnap bongkah batu hiasan kat laman rumah aku ni je. Tapi semua batu tu dah melekat bersimen pulak. Hehe!

Kelab Taekwondo Koryo

Tulis Nama Atas Batu

Kalau pergi kuala kubu, tulis nama atas batu.” Siapa tahu lagu ni confirmed dah tua macam aku. Haha!

Sebab lagu ni nyanyian arwah Sudirman Arshad, penyanyi terkenal tahun 80an. So hanya generasi X macam aku yang familiar dengan lirik lagu tulis nama atas batu tu.

Kelab Taekwondo Koryo

Actually tak disuruh pun tulis nama atas bongkah batu untuk acara breaking board tu pun.

Kelab Taekwondo Koryo

Omak yang saja tulis. Sebab nak bezakan batu Izzah dengan batu 99 peserta lain. Omak kan berfikir luar kotak. Wahaha!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *