Kedai Mainan Hamleys | Kedai Mainan Terkemuka London Akan Dibuka di Malaysia

Kat mana biasa korang beli mainan untuk anak? Pasar malam. Kedai apek. Parkson. Jusco. Toys ‘r Us?

Saya jarang belikan anak mainan. Saya lebih suka berikan buku. Tapi kalau saya belikan mainan mesti mainan tu ada ciri-ciri yang boleh membina minda dan yang paling penting… tahan lama.

Rugi tau belikan mainan yang lepas beberapa kali main terus hancur. Sebab tu saya suka belikan mainan yang diperbuat daripada kayu. Macam blok-blok kayu dari Imaginarium atau keretapi dari WonderWorldToy.

Big Babah pulak suka manjakan anak dengan apa saja jenis mainan. Tak kira murah atau mahal. Pasar malam. Kedai apek. Parkson. Jusco.Toys r us. Semua belasah…ekekeke.

Saya pentingkan kualiti yang biasanya ada kat kedai mainan Toys r us lah. High taste la konon ha ha ha!

So… saya sangat teruja bila diberitakan kedai mainan terkemuka dari London, Hamleys akan dibuka di Malaysia!

Hamleys

Horeh! Lompat bintang…ekekeke.

Erkk… berlubanglah poket dompet macam ni. Bukan satu lubang tapi empat lima lubang kot.

Kedai mainan Hamleys akan dibuka pada 30 November 2013 di One Utama. Nasib baik jauh dari Klang. Kalau dibuka kat Setia City Mall… mau tiap minggu menyinggah kat situ.

Hamleys… what?

Oh.. mesti ramai yang tak pernah dengar tentang kedai mainan Hamleys ni. Kalau Toys r Us mesti biasa. Sebab selalu juga keluar iklan TV kan.

Kedai mainan Hamleys ni dah berusia 250 tahun dan berasal dari London, England.

Sejarah menarik Hamleys bermula dengan William Hamley, yang berbangsa Cornishman dari Bodmin, England. Pada tahun 1760, kedai Hamleys yang pertama telah dibuka di Holborn, London dan pada tahun 1881, ia berpindah ke Regent Street.

Kini, gedung utama Hamleys di London mempunyai lebih daripada 40,000 jenis mainan di kesemua tujuh tingkat gedungnya!

Hamleys memupuk kesetiaan pelanggan dan pertumbuhan jenama melalui pendekatan yang unik dalam strateginya yang merangkumi hiburan, demonstrasi mainan, reka bentuk kedai yang berwarna-warni dan menarik digabungkan dengan mainan hebat jenama Hamleys itu sendiri.

Hamleys

Uniknya kedai mainan Hamleys ialah kita akan disambut oleh patung beruang Hamley dan Hattie semasa masuk ke dalam kedai. Kita juga dapat menonton persembahan boneka atau mengambil bahagian di dalam silap mata.

Sejak awal 2013, Hamleys mula melangkah keluar dari kesejukan kota London dan kini mempunyai 30 buah kedai di 12 buah negara dan wilayah termasuk India, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Scandinavia.

Terbaru kedai mainan Hamleys akan dibuka di One Utama, Malaysia!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Di samping memberi pengalaman dalam kedai yang unik dan menyeronokkan kepada pelanggan, populariti kedai mainan Hamleys juga disumbang oleh komitmen mereka terhadap keselamatan mainan.

Semua mainannya berfungsi dan diuji di makmal untuk memastikan yang mainan Hamleys mematuhi Arahan Keselamatan Mainan. Tanpa mengira lokasi, kesemua mainan Hamleys yang dijual di luar Eropah perlu mematuhi keperluan antarabangsa yang sama.

Pembekal mainan Hamleys mesti bersetuju dan menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Majlis Antarabangsa Industri Mainan (ICTI). Ini adalah langkah yang diambil oleh Hamleys dalam memenuhi komitmen mereka terhadap mempromosi piawaian keselamatan mainan dan memenuhi tanggungjawab sosial seperti kepekaan terhadap alam sekitar, undang-undang pekerjaan yang saksama dan keselamatan di tempat kerja.

Sebagai ahli Persatuan Hobi dan Mainan British (BTHA), Hamleys memastikan yang pembungkusan dan pelabelan adalah mengikut fakta, tepat dan mematuhi semua undang-undang yang berkaitan. BTHA ditubuhkan pada tahun 1944 sebagai mewakili kepentingan pengeluar mainan British dan untuk meningkatkan lagi amalan piawaian dalam industri.

Selaras dengan itu, Hamleys mengutamakan perlindungan terhadap permainan mereka semasa dalam perjalanan sentiasa terjaga bagi memastikan ia kekal baik apabila tiba di destinasinya. Jika keadaan membenarkan, Hamleys akan menggunakan bahan-bahan kitar semula untuk pembungkusan bagi mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.

Hamleys

Permainan Hamleys yang diperbuat daripada kayu adalah dari jenis kayu yang diluluskan oleh FSC (Majlis Pemeliharaan Hutan) pada waktu dan di tempat yang mungkin.

GRV Toy Store (GRV), rakan kongsi Hamleys di Malaysia, mensasarkan untuk membuka sekurang-kurangnya lima kedai mainan Hamleys dalam masa lima tahun akan datang. Saya rasa Hamleys ni mesti akan ada nanti kat Setia Alam City Mall tu..hehehe.

“Kami teruja kerana akhirnya Hamleys akan dibuka di Malaysia dan kami yakin jenama tersebut akan terus berkembang. Kami amat gembira dengan minat yang ditunjukkan oleh pusat membeli-belah terhadap Hamleys dan akan terus bekerjasama dengan pemilik pusat membeli belah untuk memastikan yang kita dapat membawa pengalaman Hamleys kepada rakyat Malaysia di seluruh Negara,” kata Pengarah GRV Toy Store (GRV), Cik Noor Azlin.

Pengarah GRV Toy Store, Encik Kim Manaf pula menambah, “Setiap hari adalah hari yang ajaib di Hamleys dan kami mahu pelanggan sentiasa teruja dengan pelbagai aktiviti, pertandingan, watak dan lawatan dunia hiburan. Jika pelanggan kerap melawati kedai Hamleys, anda pasti tidak akan terlepas apa-apa acara yang diadakan!”

Jenis-jenis mainan yang terdapat di Hamleys adalah seni & kraf, aksi, binaan, anak patung, alatan permainan luar, prasekolah, dan kenderaan.

Jenama-jenama yang terdapat di Hamleys adalah dari jenama Hamleys sendiri, Marvel, Star Wars, Transformers, Nerf, Hotwheels, Max Steel, Disney Planes, Disney Princess, Megablocks, Sylvanian Families, My Little Pony, Littlest Pet Shop, Baby Alive, Monster High, Barbie, Teenage Mutant Ninja Turtle, Playskool, Fisher Price, Furby, Leap Frog, Thomas & Friends, Tomica, Play-doh, Hornby, Hasbro Gaming, Upin & Ipin dan banyak lagi.

Wah!! Monster High pun ada.

Oh.. Izzah memang ada banyak patung mainan Monster High. Tapi bukan saya atau Big Babah yang belikan. Izzah bertuah sebab saya dapat job review mainan Monster High so dapat lah dia koleksi patung Monster High percuma. Best kan jadi Izzah… ekekeke.

Jom lah terjah kedai mainan Hamleys ni pada hari pembukaan 30 November 2013 nanti. 500 pelanggan pertama akan menerima permainan kad Angry Bird bernilai RM20.90.

Karektor Ben 10 Bloxx juga ada pada hari itu dan siapa yang suka popcorn mesti datang sebab ada sampel popcorn percuma. Agak-agak popcorn apa tu yang percuma. Garrett kot he he.

Ada banyak juga tawaran menarik seperti:

  • Setiap pembelian Transformer Beast Hunter Deluxe (RM59.90) akan menerima Best Hunter Legion (RM24.90) secara percuma
  • Setiap pembelian Playskool Step Start Walk & Ride (RM149.90) akan menerima Spiderman Vehicle (RM59.90) secara percuma.

Wah! Macam menarik je offer yang Playskool Step Start Walk & Ride tu. Irfan sekarang tengah cruising.

Playskool

Bertatih. Dapat rembat benda alah ni mesti best ni..ekekeke.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Playskool

Kedai utama Hamleys terletak di Lot F319, Tingkat 1, 1Utama Shopping Mall, No 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Masa perniagaan adalah dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *