Kebun Kecil Di Rumah | Projek Menanam Sayur & Pokok Durian Di Halaman Rumah

Bismillah. Aloe! Cikros di sini.

Aku dah duduk rumah sekarang ni rasanya nak masuk 10 tahun kot. Rumah semi-D ada tanah sikit kat tepi dan belakang rumah.

Jiran-jiran semua dah renovated tambah dapur & bilik kat tanah extra diaorang. Aku dengan bangganya masih ada tanah sekangkang kera. Hehe!

Ada tanah boleh bercucuk-tanam. Kat belakang rumah tu dulu suami aku pernah tanam pokok kelapa dan pokok ubi kayu.

Pokok kelapa tu jenis rendah dan banyak buah. Best jugaklah dapat minum air kelapa muda fresh. Pokok ubi kayu pun subur jugak tapi hasil ubinya tak menjadi pulak.

Pastu tak pernah tanam apa-apa pokok sayur atau buah lagi dah. Tangan panas kot. Sebab tanam apa pun tak menjadi. Tak sempat besar kojol semua pokok. Hak hak hak.

Tiba-tiba sebulan yang lalu kami rasa nak buat kebun kecil di rumah. Mini kebun di pekarangan rumah. Nak tanam sayur pelbagai jenis. Berkobar-kobar semangat menanam pokok serai dan pokok betik.

Kebun Kecil Di Rumah
Pokok serai baru tanam.

Masa awal pindah rumah sini pernah dah tanam pokok serai. Memang subur lah. Tapi terbiar macam tu jadi semak. Sebab aku kerja jarang masak nak guna serai bagai ni. Bila dan menyemak kena buang lah. Time nak serai kena beli. Padan muka.

Since suami cakap tangan dia panas bab menyemai benih sayur ni so tugas menyemai benih sayur aku yang buat. Konon-konon tangan aku sejuk lah. Tapi betul ke ada tangan panas dan tangan sejuk ni. Mitos kot. Hehe!

Kebun Kecil Di Rumah
Anak pokok betik… bila nak berbuah ni heheh

Aku pun menyemai benih pokok cili dan pokok terung bulat dalam cawan plastik. Gigih aku menyiram dan membelai anak-anak sayur cili dan terung aku tu kat dapur. Halus je anak-anak sayur aku tu. Macam omak dia jugak. Slim melim gitu. Hak hak hak!

Dah besar sikit suami transfer ke dalam pasu yang lebih besar. Sejak anak-anak sayur cili dan terung aku berpindah ke kebun kecil depan rumah aku jarang jenguk mereka. Omak kan sibuk dalam rumah.

Kebun Kecil Di Rumah
Pokok terung bulat masih remaja lagi ni heheh

Terkejut aku bila tengok anak pokok sayur terung bulat aku dah membesar bagai juara!! Tak sampai seminggu daun sayur terung yang asalnya halus melidi tu dah kembang besar menghijau. Rasa nak peluk cium je pokok terung tu. Omak giler over. Hehe!

Kebun Kecil Di Rumah

Pokok cili pun dah berbuah merah. Cili padi kot sebab pedas giler. Hehe!

Kebun Kecil Di Rumah
Pokok cili dah berbuah… pedas giler cili ni!

Since aku ni Forever Business Owner yang menjual produk berasaskan aloe vera so aku requested suami aku beli pokok aloe vera. Nak juga ada pokok aloe vera kat rumah. Gigih suami aku cari. Hehe.

Kebun Kecil Di Rumah

Pastu kami beli anak pokok durian dan jambu untuk di tanam di halaman rumah. Pokok jambu tu aku rasa biasalah kot orang tanam kat rumah.

Kebun Kecil Di Rumah
Anak pokok jambu

Ni pokok durian beb!! Sanggup pergi Rawang beli anak pokok durian yang aku pun tak sure apa nama ni. Penjual tu kata dalam masa 3 tahun insyaallah boleh pesta durian lah aku. Amin.. ya Allah ya Mujib!!

Kebun Kecil Di Rumah
Anak pokok durian

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *