Bismillah. Cikros di sini.
Aku jarang balik kampung. So setiap kali balik, aku pasti tak lepaskan peluang melihat pokok bunga Cempaka Telur Putih yang berdiri gagah di depan rumah Ayah Chik aku. Macam rindu pulak. Hehe!
Actually, aku tak pernah ambil tahu pun apa nama pokok bunga yang wangi tu. Sejarah atau asal usul pokok bunga tu pun aku tak tahu.
Tapi masa balik kampung time hari raya beberapa bulan lepas, aku tergerak nak tanya adik beradik aku tentang nama pokok bunga tu.
Surprisingly, tak seorang pun yang tahu! Nasib baik mak aku tau nama pokok bunga tu Cempaka Telur Putih.
Kelakar pulak rasa. Sebab aku memang ingat pokok bunga Cempaka Telur Putih tu dah lama wujud kat situ.
Sejak aku kecil belum sekolah pun pokok bunga Cempaka Telur Putih Magnolia Coco tu dah ada kat depan rumah pak cik aku. Setiap kali nak keluar ke jalan besar mesti akan lalu tepi pokok bunga Cempaka Telur Putih tu.
Sebab pokok tu terletak betul-betul di depan rumah Ayah Chik yang merupakan jalan masuk ke rumah mak aku.
Aku selalu petik bunga Cempaka Telur Putih tu setiap petang sebab wangi. Biasanya aku kutip yang belum mekar atau separa mekar. Esoknya, bila dah mekar, kelopak bunga Cempaka Telur Putih ni akan berderai jatuh.
Sejarah Asal Usul Pokok Bunga Cempaka Telur Putih
Pokok bunga Cempaka Telur Putih dikenali dengan banyak nama seperti bunga kembang telor, cempaka gondok, magnolia coco dan dwarf magnolia.
Bunga Cempaka Telur Putih memiliki kelopak kuncup berwarna putih yang kelihatan seperti putih telur. Baunya sangat harum.
Biasanya bunga Cempaka Telur Putih mekar pada malam hari dan akan layu pada pagi hari esoknya. Sebab itu aku selalu petik bunga ni pada petang hari dan akan mekar pada malam hari.
Pokok bunga Cempaka Telur Putih (magnolia coco) tidak sama dengan pokok bunga Cempaka Putih (michelia pumia). Kedua-dua bunga ini hampir sama rupa dan warna tetapi adalah dari jenis yang berbeza. Daun pokok bunga Cempaka Telur Putih lebih tebal. Bau bunga Cempaka Telur Putih juga lebih “keras” dan wangi.
Asal usul pokok bunga Cempaka Telur Putih adalah dari daerah Guangdong di Selatan Negara China. Pokok bunga ini diperkenalkan di England pada tahun 1786 oleh Lady Amelia Hume.
Orang England memberinya nama Magnolia Coco (Coconut Magnolia) kerana rupa bunga yang belum mekar kelihatan seperti isi kelapa putih.
Tidak dapat dipastikan bila lah pokok bunga Cempaka Telur Putih ini di bawa masuk ke Tanah Melayu (Malaysia). Mungkin pada masa yang sama buruh Cina dari negara China datang ke Tanah Melayu pada sekitar tahun 1700-an juga.
Maksudnya, sudah lebih 200 tahun pokok bunga Cempaka Telur Putih wujud di negara ini.
Pokok Bunga Cempaka Telur Putih Berusia 100 Tahun
Abang Din, abang aku yang sulung berusia 60 tahun ada bagitau aku yang pokok bunga Cempaka Telur Putih di kampung aku tu sudah wujud sejak dia kecil.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Kisahnya abang Din dan kakak aku duduk dengan arwah nenek (Mak Pesah) dan atuk (Che Abas) sebelah ayah aku sejak mereka kecil. Masa tu mak dan ayah aku menetap jauh di tempat lain.
Time tu pokok bunga Cempaka Telur Putih tu terletak dekat tangga belakang rumah besar berkayu chengal kepunyaan Tok Nyan Putih, moyang aku iaitu mak kepada atuk aku Che Abas.
Pokok bunga Cempaka Telur Putih tu berada di sebelah luar “taman larangan” moyang Tok Nyan Putih aku. Hanya Tok Nyan Putih dan pelawat yang dijemput seperti abang Din sahaja yang boleh masuk taman tu.
Aku tak pernah jumpa Tok Nyan Putih ni sebab masa tu aku pun tak lahir lagi. Tapi aku memang ingat ada sebuah rumah besar bertiang tinggi dekat kawasan pokok bunga Cempaka Telur Putih tu masa aku kecil.
Sekarang rumah Tok Nyan Putih sudah dirobohkan dan rumah Ayah Chik aku didirikan di lokasi rumah Tok Nyan Putih aku tu. Pokok bunga Cempaka Telur tu masih teguh berdiri di situ.
Ayah Chik & Cempaka Telur Putih
Adik bongsu aku, Idi pernah cuba nak menebang pokok bunga Cempaka Telur Putih tu sebab laluan jalan masuk ke rumah aku sempit tak muat lori dia nak masuk.
Tapi cubaan dia digagalkan oleh Ayah Chik aku. Mengamuk tau ayah Chik aku bila tahu adik aku nak tebang pokok bunga Cempaka Telur Putih tu. Hahah!
So masa Hari Raya tu, aku dan abang Din pergi jumpa ayah Chik untuk tanya tentang pokok bunga Cempaka Telur Putih. Hebat dan gagah pokok bunga ni tau.
Sebab dah berpuluh tahun pokok bunga Cempaka Telur Putih Magnolia Coco ni bertahan. Pernah ditenggelami banjir berpuluh-puluh kali tau. Tapi masih lagi teguh dan mengeluarkan bunga yang harum. Tabik spring lah pada Magnolia Coco ni. Hehe!
Ayah Chik cakap pokok bunga Cempaka Telur Putih ni memang dah wujud sejak dia masih kecil. Maksudnya, pokok bunga eksotik asal dari negara China kat kampung aku tu mungkin sudah berusia hampir 100 tahun lah!
Ayah Chik kata, “Ayoh Cik saye (sayang) pohon ni. Biar la dia dok (duduk) ssini (di sini)”.

Aku pun sayang pokok bunga Cempaka Telur Putih ni. Pokok ni salah satu pokok dari zaman aku kecik yang masih wujud lagi hari ni.
Abang Din ada minta ayah Chik sediakan anak pokok ni. Next time balik kampung boleh ambik anak pokok bunga Cempaka Telur ni untuk ditanam di tepi rumah aku. Tak sabarnya. Hehe!