Kebun Kecil Di Rumah | Main Tabur-Tabur Biji Betik Tiba-Tiba Anak Pokok Betik Tumbuh Macam Cendawan Selepas Hujan!

Bismillah. Cikros di sini.

Sudah lama rasanya aku tak cerita tentang kebun kecil di halaman rumah aku tu. Apa khabar kebun kecil ku itu? Haha!

Actually, kebun kecil di tepi rumah aku tu bukan kebun aku pun. Aku tak menyumbang sangat pun kepada kewujudan kebun kecil tu.

Suami aku yang hari-hari belai pokok kat kebun kecil di rumah aku. So it’s his la kan. Aku ni tukang kutip hasil kebun je.

Tak lama dulu, suami aku ada beli dua biji buah betik. Korang tahu lah kalau betik ni sure banyakkkkkkkkkkk sangat biji dia. Biasa aku buang je dalam tong sampah.

Tapi kali ini biji-biji betik tu suami aku tabur letak dalam pasu yang dibuat daripada botol air mineral. Ingatkan tangan dia panas dan tak kan tumbuh lah kan anything yang dia semai.

Kebun Tepi Rumah

Turned out tangan suami aku dah jadi sejuk weh! Mencanak-canak anak pokok betik tumbuh bercambah hasil semaian dia.

Memang sebijik macam cendawan tumbuh selepas hujan. Seronok pulak omak menengoknya.

Kebun Tepi Rumah

Suami aku pun alihkan anak-anak pokok betik tu ke dalam plastik hitam berasingan. Hidup subur pulak anak-anak pokok betik kami tu.

Kebun Tepi Rumah

Masalahnya, kat mana nak di tanam anak pokok betik yang semakin membesar tu? Tanah tepi dan belakang rumah aku tu bukannya besar pun.

Memang tak muat nak tanam anak pokok betik yang berjumlah lebih 30 pokok tu. Giler apa tanam berpuluh pokok betik tepi rumah. Pokok-pokok lain tu nak letak mana pulak? Masalah negara betul. Haha!

Kebun Tepi Rumah

Pejam pelik anak pokok betik tu makin membesar kat dalam kebun tepi rumah aku tu. Suatu hari aku pejam celik tengok semua anak pokok betik yang subur dalam plastik beg hitam tu semua hilang. All gone!

Aku pun siasat dan rupanya suami aku sudah jual semua anak pokok betik tu pada kawan-kawan dia. Boleh buat duit rupanya kebun kecil laman rumah aku tu. Hehe!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *