Kebun Kecil Di Rumah | Bunga Pokok Terung Tak Lekat Selalu Gugur Tak Berbuah & Cara Mendebunga Pokok Terung Dengan Tangan

Bismillah. Aloe! Cikros di sini.

Hari tu aku ada semai biji terung bulat. Sudah bercambah dan membesar bagai juara “anak terung” aku tu. Mama love u bebeh. Hehe!

Suami aku transferred tanam pokok terung bulat ni dalam bekas cat. Recycle bekas cat jadi pasu. Jimat duit kannnn.

Bunga Pokok Terung Bulat

Suka aku tengok bila pokok terung bulat aku tu mula berbunga. Memang banyak bunga. Tapi tak lekat. Mudah gugur. Berbunga je jatuh. Tak sempat berbuah. Masalah keguguran berulang macam tuan dia pulak. Alamak!

Bunga Pokok Terung Bulat

Tak kan lah pokok terung pun nak kena buat permanian berhadas IUI? Aku gurau kasar dengan suami aku. Hak hak hak!

Tapi bila aku search Google memang betul lah!! Kalau bunga pokok terung selalu keguguran kena buat pendebungaan manual dengan tangan!! IUI versi terung!!

Aku ingatkan selepas tanam pokok terung dan jaga dengan baik confirm pokok terung akan berbuah. Tapi tak. Omak salah!

Bunga Pokok Terung Bulat

Kalau bunga pokok terung selalu jatuh tu maknanya tak ada serangga (biasanya lebah) yang datang hinggap dan bantu mendebunga pokok terung tu. So kena buat manual. Oooooooooooo… omak baru tau!

Cara Pendebungaan Manual Bunga Pokok Terung

Nak mendebunga pokok terung dengan tangan mudah sangat. Kena tahu dulu struktur bunga terung. Kena kenali mana stamen yang ada debunga dan mana satu stigma.

Bunga pokok terung berwarna purple. Stamen dia berwarna kuning. Stigma pula batang halus yang berada di tengah bunga.

Bunga Pokok Terung Bulat

Ambik satu putik kapas (cotton bud) dan sentuh pada debunga stamen. Kemudian sapu cotton bud yang ada debunga tu pada stigma. Mudah je kan?

Bunga Pokok Terung Bulat

Suami aku buat pendebungaan manual pada 3 kuntum bunga terung. Alhamdulillah. Bunga terung tu semua sudah menjadi buah terung!!

Bunga Pokok Terung Bulat

Tapi dapat 3 biji buah terung saja lah. Bunga terung yang lain jatuh dulu tak sempat disenyawakan. Huhu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *