Bismillah. Cikros di sini.
Anak-anak aku suka sangat main gelongsor. Slides.
Setiap kali singgah di taman permainan mesti nak main gelongsor. Permainan di playground yang number one bagi mereka. Haha!
Masa Izzah kecik, pernah dia menangis tak nak balik sebab suka sangat main slide. Ntah berapa puluh round dia main gelongsor tu. Omak menengok pun pening. Hehe!
So babahnya belikan dia set gelongsor kat Giant. Set gelongsor tu ada tangga, slide yang boleh dilaraskan ketinggian dan basket ball net.
Sejak ada gelongsor dalam rumah tu boleh kata setiap hari Izzah main gelongsor. Macam rupa playground dah rumah aku sejak ada gelongsor tu.
Ye lah. Sebab gelongsor tu letak dalam rumah. Nak letak kat luar nanti bila malam tak boleh main pulak. Nyamuk. Tak elok kan budak main kat luar rumah malam-malam.
So solusinya ialah dengan meletak gelongsor itu dalam rumah. Anytime boleh main.
Gelongsor tu dah jadi macam hiasan dalam rumah aku. Set kerusi tetamu semua dah jual sebab nak bagi ruang letak gelongsor. Wahaha!
Irfan diperkenalkan dengan permainan gelongsor ni masa dia belum boleh berjalan. Masa tu umur dalam 11 bulan dan Irfan tengah aktif memanjat. So dia memang suka memanjat slide tu dari bawah.
Tak lama lepas tu dia pandai panjat tangga dan meluncur papan gelongsor tu sendiri. Seronok aku tengok dia main gelongsor dari mula aras ketinggian paling rendah, sederhana dan ke aras paling tinggi.
Irdina pun sama diperkenalkan dengan gelongsor tu masa dia tengah aktif memanjat dan belajar berjalan. Sekejap je dah pandai naik tangga dan main gelongsor sendiri.
Siap berlagak berdiri atas gelongsor tu sambil bertakbir lagi. Allahuakbar!
Sedar tak sedar dah lebih 8 tahun umur gelongsor kat rumah aku tu. Masih cantik dan kukuh bertahan walaupun dilenjan setiap hari oleh 3 adik beradik.
Izzah sampai sekarang pun masih lagi main gelongsor tu. Tinggi dah sama dengan ketinggian gelongsor dah kak oii. Haha!
Kebaikan Bermain Gelongsor
Ada banyak kebaikan untuk kanak-kanak bermain gelongsor ni.
Firstly sudah tentu menggalakkan koordinasi dan keseimbangan badan. Kena naik tanggan dan balance badan atas puncak slide sebelum meluncur turun.
Kedua, bermain gelonsor meningkatkan fleksibiliti dan regangan badan. Masa naik tangga tu kena guna otot tangan dan jari dan perlu meregangkan badan untuk naik ke anak tangga seterusnya.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Ketiga, bermain slide boleh menggalakkan pembentukan social skill. Especially true semasa bermain gelongsor di taman permainan yang ada ramai kanak-kanak. Masing-masing kena faham tentang giliran dan disiplin diri.