Kayuh Cepat Kayuh!

Kayuh? Korang ingat kayuh apa. Bukan kayuh perahu daaa.. Bukan juga kayuh ehemm…ehemmm tu…ha..ha..ha

Ini kisah kayuh basikal okeh.

Izzah ni memang dah ada tri-cycle. Tapi bukan pandai kayuh pun lagi. Tup-tup, babahnya dah belikan satu basikal lagi yang comel. Kaler purple siap ada sticker kartun. Hadiah birthday advance katanya..ha..ha

Tapi bukannya dia nak naik basikal cute tu. Basikal racing babah juga dia nak!

bicycle 03

Itu lah dia mountain bike babahnya jenama Proton (yup, Proton pun ada produce basikal okeh). Dah lama dah beli. Sejak Izzah belum lahir.

bicycle 02

Konon nak cycling untuk kuruskan badan. Tapi lepas seminggu basikal jadik hiasan kat dapur.

Baru sebulan dua ni, basikal tu kembali beraksi. I mean, tuan dia kembali beraksi dengan basikal.. Sebelum cycling kena layan anak yang tak mahu turun dari basikal tu .ha..ha..ha

bicyle 01

Tags from the story
,

17 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *