Bismillah. Aloe! Cikros di sini.
Kasut kanak-kanak untuk berseronok ada macam-macam jenis. Time aku muda dulu ada roller skates dan roller blades. Both hanya boleh dipakai untuk bermain skating di tempat lapang atau taman permainan.
A few years ago muncul kasut beroda jenis roller shoes atau dikenali juga sebagai heely shoes dan street gliders. Memang sangat hype kasut beroda ni di kalangan kanak-kanak urban 3-4 tahun dulu!
Setiap kali pergi shopping mall mesti nampak budak-budak main kasut roller ni. Masa tu Izzah kecik lagi so omak tak terjangkit roller shoes hype fever tu. Hak hak hak!
Tapi sebelum puasa hari tu anak-anak aku terjebak jugak dengan roller shoes. Ishhhhh!
Kami ke GM Klang untuk mencuci mata tapi ended up babahnya belikan Izzah dan Irfan kasut roller tu sorang satu!!
Mahal tu kasut beroda roller shoes tu. RM100++ sepasang. Lepas diskaun pun still RM80++ sepasang! Kalau aku memang tak kan beli lah kasut beroda tu.
Design kasut tu tinggi sebab nak letak roda dalam tu. Aku rasa kasut tu berat dan macam tak selesa pun untuk kegunaan berjalan-jalan. Setakat pakai sekali dua untuk bermain tu boleh lah kot.
Anak-anak aku pulak tak reti main pun kasut roller shoes tu. Posing melekat kat dinding boleh lah. Suruh meluncur pakai kasut beroda tu tak nak! Takut jatuh la tu! Hak hak hak!
Actually aku suka anak-anak aku takut main kasut roller shoes tu. Sebab aku sayang anak-anak aku. Hehe!
Tahu tak? Kat luar negara ramai budak-budak yang patah tulang dan teralih sendi sebab jatuh masa bermain kasut beroda roller shoes?
Kebanyakannya patah pergelangan tangan, terseliuh kaki, teralih sendi siku dan retak tulang kaki.
Memang merbahaya lah kasut beroda roller shoes ni. Aku rasa lagi merbahaya dari roller blades sebab roller shoes ni tak ada brake macam roller blade.
Omak simpan buat pekasam lah kasut beroda roller shoes korang ni. Hehe!