Kalau Tak Mampu Buat Cara Tak Mampu

Cerita ni bukan nak membuka aib orang (korang tak kenal pun dia siapa). Tapi sila baca dan hayati pengajarannya. Hubby know that I’m not happy with this.

Hubby ada seorang kawan yang dikawani (bukan kahwini okeh) sejak belajar lagi. Kawan dia ni dulu kerja memang best dengan gaji besar. So, sudah beli satu rumah dekat Bukit Beruntung (yang tak untung tu).

Anak dia memang ramai… me pun tak kira betul-betul… rasanya dah 6 kot. Isteri dia memang subur… boleh kata tiap-tiap tahun pregnant. Tak de masalah la pasal tu. Rezeki murah.. lagipun wife tak kerja.. senang jaga anak.

Pastu ada dua tahun lepas, dia ambik VSS (voluntary separation scheme) dan dapat duit pampasan puluhan ribu. Agak korang la kan.. dia buat apa dengan duit tu?

Bayar rumah sampai habis? Tidak. Dia bawa satu family pergi melancong ke US!!

Bila balik, duit tak ada… kerja pun tak de. Fine lagi sebab tak lama lepas tu dia murah rezeki dapat kerja. Tapi gaji tidak sehebat kerja lama.

Jadi, dah tak mampu bayar hutang rumah. So, rumah pun kena lelong dengan bank. Dia dan keluarga kena pindah ke rumah flet kat KL (sebab kerja kat KL). Wife dia pula ambik upah menjahit langsir untuk tolong suami.

Dah lama kami tak dengar khabar mereka ni.

Minggu lepas dia call hubby. Nak pinjam duit RM2 ribu untuk deposit hospital swasta sebab wife dia nak bersalin lagi. Waaah… kitaorang baru tahu wife dia pregnant lagi.

Sila baca reason dia… nak pinjam duit sebab nak bagi wife bersalin kat hospital swasta ok. Apa dalam fikiran dia sebenarnya?

Buat apa nak pinjam duit kalau tak mampu nak guna khidmat hospital swasta. Apa salahnya bersalin kat hospital kerajaan? Bukan semua hospital gomen macam HKL atau TAR Klang tu. Those are old hospitals.

Banyak lagi hospital gomen yang baru, cantik, selesa dan servis bagus macam Hospital Sungai Buloh, Hospital Ampang dan Hospital Serdang.

year 1 17

Dia tahu dia tak mampu bayar deposit pun untuk wife bersalin kat swasta. Kenapa masih nak guna swasta?

Honestly, being an accountant me memang kedekut bab duit if nak spend takde reason kukuh.. Cuba fikirkan… RM2 ribu tu cuma untuk bayar deposit. Kalau bersalin normal takde komplikasi apa-apa okey la. Tapi kalau ada komplikasi lain… sudah tentu bil hospital lot more than two thousands. Who will pay for that? Kami?

Kita bercakap pasal hospital swasta okeh. It’s not cheap!

Alasan dia… sebab anak-anak sebelum ni lahir kat hospital swasta tersebut. What!!!

Waaah… macam dia malu sangat nanti dekat surat beranak anak tulis lahir kat hospital kerajaan, begitu? I really cannot take this nonsense.

Me pun tak melahirkan Izzah kat hospital swasta ok. Me bersalin kat Hospital Sungai Buloh… hospital kerajaan. Sebab me tak nak hubby dibebankan dengan masalah kewangan later on should ada komplikasi masa beranak tu.

Kami cuma mampu cover setakat normal delivery kat swasta. Tapi looking at my situation (uri di bawah, kena cesar)… kami setuju Hospital Sungai Buloh was the best dan murah. RM400 je for Cesar okeh… kalau swasta mahu lebih RM5,000.

Beza RM4,000 tu! Macam-macam boleh buat dengan that money kan.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

So… apa korang fikir me akan rasa kalau hubby pinjamkan duit nak bagi wife orang lain enjoy bersalin kat swasta. Sedangkan wife dia sendiri rela hati pergi gomen sebab fikirkan pasal future finance kami.

Gembira? Absolutely not!

Kawan tu pun memang nampak sangat tak fikir masa depan. Dan pun tak fikir samada kami ni ada masalah kewangan atau tidak. Macam suka hati je nak pinjam untuk maintain status diri sendiri.

Dia kata akan bayar hujung bulan ni (the wife due this month). Tapi dia tak fikir ke.. dengan duit RM2 ribu tu dia boleh cover pelajaran anak-anak dia yang ramai tu?

Nampak me kedekut kah? Me tak kisah orang nak kata me kedekut pun sebab kawan tu ada pilihan – swasta atau government. Some more, pasal nak selesa bersalin. Lain la kalau nak pinjam sebab nak save life dan tak de pilihan selain swasta.

I myself choose to be kedekut supaya masa depan tak susah. So sorry, I cannot help orang yang tak nak fikir tentang masa depan.

Kesimpulan.

  1. Dah tau isteri pregnant, due bulan 11 dan nak hantar jugak kat swasta.. kenapa tak simpan duit dari awal?
  2. Kenapa masih degil ketegar fikirkan status bersalin swasta lagi bagus dari gomen sedangkan diri tak mampu?
  3. Kenapa beriya nak pinjam dari hubby not orang lain? Ha..ah.. I know the answer to this one..tapi rahsialah ha..ha
  4. Kalau tahu diri ada masalah kewangan, kenapa tak cuba rancang keluarga. Memang setiap anak ada rezeki masing-masing, tapi realiti kehidupan tidak semudah itu.

Note: Me rasa wife dia okey je pun kalau hantar gomen, tapi yang degil tu hubby dia.

Tags from the story
,

61 Comments

  • btol,takde salahnye bersalin kat gomen tu..

    i ni pon sbb kompeni cover so gune je kemudahan yg ada

    kalo kene guna duit sendiri mmg ke gomenlah jawabnye! 😀

    ukur baju dibadan sendiri

    • zatty, tu la.. kalau nak juga private tai company tak cover kena lah menabung kan.

  • salam kenal ros…suka baca blog u…tp baru hari ni sempat tinggal jejak
    hmmm…for me, mmg xpatut pinjam duit org semata2 nak selesakan diri sendiri. sedangkan ada pilihan lain kn.
    **my hubby’s friend pun tiba2 muncul trus nk pinjam duit, sedangkn hutang lama pun masih ada…
    .-= izan´s last blog post..Hari Anugerah Cemerlang PASTI… =-.

    • salam izan, hmmm.. tiba2 muncul nak pinjam tu yang geram kan.. kalau ada hutang lama tak settle lagi la geram.. ingat kita kilang buat duit

  • maybe dia dah biasa hidup senang,hidup bermewah-mewah

    bila tiba susah dia tak tau handle macam mana

    dia patut pegi AKPK untuk uruskan kewangan dia

    hospital gomen sekarang banyak yg cantik,tapi hospital penang bersalin adalah sgt old school..hahah <–takde kena mengena

    dia as a suami patutu tahu kendali kewangan,paal isteri dia tak kerja..

    bila jadi macam ini anak-anak and isteri jadi mangsa keadaan

    kesian,bila ada org lelaki pentingkan diri sendiri macam ni

    kalau saya pun kak Ros,saya tak bagi RM2 ribu,nak kata kedekut kata pi lah..dia ada pilihan.

    takdak duit pi lah gomen yg gatai sangat nak mewah-mewah ape pasal

    buat eksen plak ek.

    • dila, rasanya dia takde la mewah sangat pun before this… tak tahu la kenapa dia degil macam tu walaupun my hubby dah slow talk dengan dia.

  • yup setuju ngan k ros..hosp kerajaan yg baru2 ni okle sesgtnya..hosp serdang, putrajaya, ampang, sg buloh..I pun bersalin kat swasta sbb company cover walaupun x penuh tapi dr awal mmg dah put aside certain portion utk extra bil..mmg awal2 lagi dah beringatla..

    budak tu takdenya tau dia bersalin kat mana bila besar nnt..ade dia ingat ka?

    • ida, if company cover no problem la kan.. ni sampai nak berhutang sebab nak bersalin in private..

      betul tu.. anak mana peduli dia lahir mana pun.. janji keluar kan.

  • kenapa ada aje orang datang nak menyusahkan hidup kita kan? tak suka betul menimbulkan masalah kepada kita padahal itu bukannya masalah kita…
    kita pun bersalin kat PPUM aje…memang ada niat nak bersalin kat swasta…tapi bila fikir balik…salin kat mana pun sakit juga….lebih baik duit salin kat swasta tu simpan untuk buat aqiqah anak….
    awat saya yang terlebih emosi daripada mama izzah?
    terus terang cakap…selalu ada aje kawan somi, kakak ipar yang nak datang pinjam duit dengan somi…then, somi ni pun satu…nak jaga air muka…maka pinjam untuk diorang….
    bila susah cari somi…bila senang batang hidung pun tak nampak!!!!hmmmmm! tak suka! tak suka!!!

    • oli, that’s why… mesti ada orang macam gini dalam hidup kita nih..

      you’re absolutely right… bersalin kat mana pun.. sakitnya sama je.

      sekali bagi pinjam, later mesti datang lagi.. malah orang lain sibuk sama nak pinjam.. aiyooo

  • ooh,.saya dulu bersalin kt swasta pn sbb hubby jauh and hospital kerajaan yg paling dkt pn kt Klang, tak dpt le nak pegi kalau sendiri2. Tapi, i mmg kena kumpul duit dari awal,tau aje pregnant, dah start kumpul.. kalau tak, mmg tak cukup. hiee,..tapi bila dh merasa byr bil swasta ni, lps ni kalau rezeki pregnant lg, i pegi gov la rasanya, hubby pn dh ade dkt sekrg, jauh pun dia yg bawak..hehe..
    .-= unlisted_one´s last blog post..Sleepless night with a teething baby =-.

    • unlisted, kalau dah menabung ok la kan.. ni siap nak hutang mesti takde tabung punya.. letih layan orang camni..he..he

  • yup betul! tak mampu buat cara tak mampu.. tak perlu nak ikut2

    Saya dulu pun bersalin yg ke-3 kat hospital sg. buloh jugak, maklum lah da berenti kerja kena budget2… beza sgt bersalin yg sebelumnya di hospital swasta.

    bil pun x sampai rm60… sedih sket jer sbb kena jaga baby sendiri
    .-= comellote´s last blog post..Carter’s SunDress =-.

    • comellote, memang kalau kat gomen kita tak dilayan cam princess la kan.. me also one day after cesar pun dia letak anak kat tepi suruh jaga sendiri.. imagine kena bangun dengan perut sakit untuk basuh berak anak…

      seksa rasa tapi lama 2 biasa dan luka bedah pun cepat sembuh.

  • hm,btul2.kat hosp gomen ka,swasta ka sakitnye sama..hehe. saye pun kat hosp besar aloq staq ajo pun lahirkan damia..servis bagus hape.dah le caj wad n operation brapa hinggit je pun..itu pun free of caj sbb mama die ade gurantee letter…haha
    .-= diyana´s last blog post..My-Birthday Giveway! (M-B-G) =-.

    • diyana, takat nak selesa duduk 2-3 hari tapi tak mampu tak payah la kan berhabis ribu-ribu.. baik simpan untuk masa depan anak-anak kan

  • actually bler dah terbiasa hidup mewah, seseorang tue ssh nk tune gaya hidup dier. dat y dorang ni sanggup berhutang2 ngn sesapa aja asal dapat hidup selesa.

    me pn bersalin kt gomen, mmg la ader complication maser bersalin and end up pegi swasta tuk repair my jahitan bersalin, tp me still lagi tak serik tuk bersalin kat gomen sbb me rase duit bill bersalin tue baik simpan tuk education anak and cam oli ckp, sakit bersalin samer jer kat maner2, cume the different is the service that provide by them.

    ala bukan nya nk dok sebulan pn kt hosptital tue, paling lama pn 3ari jer.. panjang pulak comment.. huhu

  • Along bersalin swasta sebab covered by company. Kalau pakai duit sendiri? Minta maaf…tak mampu den. Banyak lagi benda yg nak pakai duit. Lepas bersalin, nak byr duit tukang urut, nak beli jamu, nak beli brg baby…ooo, tidak..semata nak rasa best dok single room 2 malam, nak byr ribu2 camtu je? I hope you and hubby dapat explain kat kawan tu..pls la..jangan bazir duit camni…insya’allah, xde apa de bersalin kat hospital gomen…ramai dah buat…ok je.
    .-= Along´s last blog post..It’s a Damn Marathon Baby =-.

    • along, best kan company cover.. me company memang tak cover bab bersalin ni.. sebab tu kena tau budget dan simpan.

      betul la along.. lepas bersalin lagi banyak benda nak cover.. kalau anak tak de masalah ok la.. but kalau newborn ada sakit kuning ke, kena infection ke.. tak ke susah lagi nak cari duit?

      hubby dah slow talk dah.. tapi macam degil je.. still nak pilik private.. but hubby memang tak bagi pinjam pun

  • i mmg dr awal suka mengamalkan sikap ukur baju dbadan sdiri… so, mkn pun sentiasa beringat.. dlm kes hosp nie, mmg x dnafikan ramai lg yg skeptikal between private dgn gomen.. x semestinya gomen tu teruk sgt & x semestinya private tu bagus sgt..

    mcm kes kwn i, awal2 lg private klinik dah tolak kes dia ke gomen sbb ada complication.. so camne tu?

    mmg betul la org kata, pasal duit leh putus sabahat….
    .-= mama emma®´s last blog post..– DEEPBLUE LENSE BADGE- =-.

    • mama emma, yep..ukur baju di badan sendiri la.. yang hot tu sebab kitaorang selalu fikir dulu kalau nak belanja ribu riban ni.. kena ada purpose.. kalau just nak maintain status.. sorry tak leh tolong sebab kita pun tak pentingkan status

  • Inilah bak bidalan orang tua2 :”Biar papa asal bergaya”

    Advise dia gi AKPK daripada dia tambah hutang jer…sian wife dia, anak2 dia lagi kesian…

    Me bersalin hospital putrajaya & masa baby Hambali kena monitor UTI dia hampir setahun, sumer kat sana, ok jer…

    Toksah tolonglah kawan cenggini..just like Shakespeare said,”You have to be cruel to be kind”
    .-= Hanz´s last blog post..Why I Wish To Have A PORTRAITURE-SESSION With TripletsplusOne =-.

    • hanz, hmm.. memang patut pegi AKPK la tu.. still tak tau manage family finance.. susah la.

      kawan pun kawan juga.. betul la shakespeare cakap tu.. biar dia nak cakap apa.. sebab we all ada prinsip sendiri

  • hye…for me takde masalah pon if u nk beranak swasta or gomen..mane mampu branak laa…duit ader lebey..nk selese lebey beranak laa swasta…

    ader duit byk nk g melancong..g laa..ader duit byk tknk bayar abes duit umah ok jek ..but bkn laa sampai umah kene lelong

    in ur case ignore jek ler org nk pinjam duit tuh 😀
    .-= iefa´s last blog post..Beat the Bitch!!! =-.

    • iefa, ye la kan.. nak melancong pun at least simpan la sikit for future.. ni spend everything tau in one trip.. nampak sangat tak fikir masa depan.. i think masa dia kata nak pegi US tu hubby dah sound dia tapi dia bolayan.

      then jadik macam ni.

  • salam kenal, ros..
    suka baca entry ni..macam2 org kat dunia ni..saya bersalin anak kedua kat private sbb fobia dgn gomen (anak sulung saya meninggal lps bersalin kat hospital daerah). tp kat private pon xpuas hati juga sbb si doktor cam nak sgt saya msk bilik operation..yelah lg byk dpt duit..lastly no.3,bsalin kat gomen smula tp gi hospital besar..alhamdulillah bagus layanannya..

    • salam hamizah, tu la.. private ni more to nak buat untung je pun.. the doctors tu i think ada dapat insentif kot kalau patient bawah dia operation etc.. etc

      *do u know hospital private bill pesakit guna Activity Based Costing (ABC – orang accounting tahu la what this is).. maknanya macam-macam dia caj for using hospital staff and equipment.. sometimes macam ridiculous tau the charges..

  • whoaa….tak cayalah ada orang nak pinjam duit semata2 nak hantar wife bersalin kat private hospital!!!! hmm… jangan bagi…jangan bagi..
    ( he he he… dah keluar 2 tanduk kat atas kepala aku nih ). aku dulu pun, menabung duit dari mula pregnant sebab nak merasa bersalin kat private hosp…nasib baik tiga2 nya lahir normal, kalau idak… sendiri mau ingat lah kan… rasanya kalau ada lagi lepas ni, nak gi spital gomen lah pulak… putrajaya ok kot???

    • zack, jangan tak caya..kisah benar ni..ha..ha

      putrajaya pun okeh (chop! dah ada lagi kah?)

  • Betul kita perlu membantu org yang memerlukan… tapi tgk situasi lah kan! Saya secara peribadi pun berpendapat mcm ros.. kalau tak mampu buat cara tak mampu.. ada alternative lain lagi kan?
    .-= ummumishkah´s last blog post..Menang Dalam Kalah =-.

  • masuk kandang kambing tu mengembek la kan? takkan la ko nak mengaum lg.

    we all pun cam u, sebelum spend duit tu pikir panjang dulu. tiap bulan check budget & pastikan akaun balance (mujo ada excel, kalo tak mau i mengira siap guna jari kaki) and always2 make sure ada duit utk emergency kan? dlm budget tu mmg ada allowance for emergency, kalau tak guna, we all masuk saving.

    we always pikir, kena berjaga2 jgn sampai nnt makan pun kena pinjam duit org. betul tak?

    • mama-miya, masuk kandang kambing bau macam kambing la..he..he

      kita beriya-iya beringat untuk masa depan tapi setengah orang langsung tak nak fikir walaupun kita dah slow talk.. hmm

  • ni kes biar papa asal bergaya la ni….org macam ni pun ada lagik kat muka bumi ni…kesimpulannya..jangan bagi dia pinjam….nak berlagak le tu. mmg betul…sis in law su bersalin kat hospital serdang…mmg layanan amat memuaskan..hospital kerajaan sekrg bukan cam dulu lagi..ni dah masuk tahun 2010 le…semua hospital should be ok apa…mmg la kat swasta lagi tip top…tapi memandangkan duit ciput…takyah la p kat swasta tu…masalah kecik camtu pun tak leh pkir…kesimpulan terakhir….jangan bagi pinjam owang camtu..hampehhh
    .-= su@mamasyaza´s last blog post..Tag Dari Sumijelly n Mamaaerish =-.

  • Ohh littlemama
    that’s y i tak tak tambah2 anak lagi sbb i nak beranak spetal swasta kahkahah
    sbb tak dak wang maka i postpone le nak beranak lagi..aci??tapi kalau ikut budget bln depan kena simpan le 1k sebln utk nak bagi cukup 10k by the time nak conceive kahkahkah
    my experience lahirkan gedebi..gedebuk 6.9k ….parah parah tapi masa tu kompeni lama hubby bg 3k kehkehkeh…tapi ini kali sendiri mau tanggung juga kalau itu hati ada teringin swasta lagi harus kutunggu duit khas nak beranak 10k baru kuberani pregnant!hahahahahaaaa

    wah harus komen ni panjang
    1. tak mampu dr segi wang…silalah family planning
    2. tak mampu pi swasta pi la kerajaan
    3. kalau sbln simpan 500 9 bulan dah dapat 4500 leh beranak swasta dah tapi tak impan la kot…
    4. yg wang VSS dijoli tu sapa suruh?i mmg nak VSS tapi i bkn nak joli i nak sttle utang then i nak jadi WAHM..hahahaaaaaa…bilalah nak tersepak duit sjeuta nih.kahkahkahkah
    5. upah jahit langsirkan mahal….sekeping rm20 leh cecah….ishhh…

    wahh pandai i komen org diri senirik hutang sampai paras hidung!

    • fid, harus ku hangin dengan manusia tak sedar diri macam ni.

      aci! tu nama dia family planning.. nak juga private simpan la kan..he..he

      *upah jahit langsir depend juga pada demand dan keupayaan dia nak buat

  • sungguh tak tau malu itu worang…
    and…selfish !
    .-= ummi Hanie´s last blog post..Cerita ceriti Homeschool =-.

  • Setuju dengan kak ros. Kalau tak mampu buat cara tak mampu. Saya pun kalau tak sebabkan company husband cover, memang g gomen la jawabnya. 🙂 Sekarang ni tgk hosp gomen pun best2… cantik2… tak salah pun bersalin kat gomen. Kalau saya, saya ckp kat hubby, tak yah tolong la kalau org cenggitu… 😀 Macam kak ros ckpla, kalau nk pinjam duit sebab ada penyakit ke apa ke yang memang takde pilihan, boleh la jugak kan? 😀
    .-= ummikhayra´s last blog post..~ Sore Nipples, Engorge Breast, Susu Merundum ~ =-.

    • ummikhayra, kalau company cover lain la kan.. belasah je claim semaksimum boleh ha..ha

  • OMG. Ada jugak orang tak tau malu mcm nii ek (sorry laa mengata kawan ur hubby). Tanpa segan silu meminta pinjam duit orang sampai beribu-ribu. Kalau darurat boleh faham lah jugak. Ini sebab nak jaga standard. Sheesh. What is he thinking?????
    .-= Mommylyssa´s last blog post..Mood swing =-.

    • mommylyssa, memang tak malu la dia ni..nak jaga standard punya pasal me tak leh tolong la

    • farah, kalau dia menabung okey la.. ni untuk deposit pun nak pinjam.. tu belum nak bayar full bill tu..

  • Dalam apa-apa hal pun kena ukur baju di badan sendiri, saving mesti 6 bulan gaji, so if anything happen, kita still ada saving. insuran pun penting gak…

    Me, bukan akauntan..he he

  • Good post! Bagus plak dgr orang komen bagus2 pasal hospital… taklaa sia2 kitorg keje berhempas pulas dgn gaji ciput, at least kitorg berbakti pada masyarakat hohoho. Kekadang siciput manusia yg suka2 tengking govt docs yg selalunya overworked… menyebabkan tak sabar2 nak quit hehe.

    My case.. I pi kejar fetal maternal specialist Dr Patrick Chia (dulu UM, then in IMU, now private)… tu yg bersalin private. Tapi duit sendiri la… tak mintak duit hubby pun.

    • hanim, ada gak manusia yang tengking2 doktor ye.. kena banyak2 sabar jadik doktor ni.

  • ann, alasan dia bagi tu yg buat me hot.. “sebab anak2 lain lahir kat private so yg ni pun kena private”.. aiyooo!

    duit vss kalau nak melancong pun biarlah simpan sikit untuk masa depan..ni tak..

  • amboi.. dpt vss terus pegi US tu! agaknya masa tu dia fikir, when people talk about US, dia boleh reply dgn megahnya.. oowhh.. been there, done that. tapi, daripada bawak 1 family ke us, baik la pegi umrah ke, haji ke kan.

    saya pun tak suka dgn orang yg suka meminjam2 ni.. belum dapat, memang la janji itu ini kan.. kalau dah dapat sok, takut terus hilang pulak batang hidung. hmm.. please.. ignore him!
    .-= h4ni3´s last blog post..My Sweet Little Shop Giveaway =-.

  • hah.. memang ada pun orang macam ni..
    biar papa, asal hidup ada gaya..
    bersalin kat private stylish kut…
    kalau gomen kang, malu la nak cite kat orang kampung..
    entah la…
    saya ni dah memang staf gomen, rugi lah kalau taknak guna GL dan bayar 16 hinggit je… huhu
    .-= sya´s last blog post..sekolah rendah =-.

  • kami mampu kalo nak pegi private coz pendapatan kami suami isteri hampir 7k tapi pikir jangka masa panjang n hubby get GL so bersalin kat tempat kerja dia jer di PPUKM as know as HUKM for FOC!

  • Im Suraya a specialist from government
    Im speaking here with the purpose to correct your ideation.
    According to legal statistics, most complication post natal arise from private hospitals, due to inappropriate and inadequate equipment. Normal civilians doesnt know this coz they are masking by luxurious front services.

    Hope you get this idea, complication can be anywhere.
    And trust me..those old school hospitals are better on treating patient, compare to new hospitals.

    Tq

  • sebelum ni, i pikir nak bersalin swasta jugak. but after comparing the prices between both (gomen & private), i think the first one is better. yang lebih penting ialah afterbirth, u might need money to invest on children future education & insurance.
    kalu setakat nak certificate birth tu nak show-off kat member2 lahir di swasta tapi anak x dapat beli buku untuk study, i think those parents are selfish.
    kenae nak malu anak lahir di gomen, tapi dia should malu sebab hutang dengan orang. kalu hutang x leh nak bayar, mean mati pon x aman.
    it’s good effort for everybody when you post this story, it’s mean a lot to me.
    simply i put this ” lahir kat mana2 pun sama, bukannya kurang sakit bersalin kalu lahir di swasta “. hehe:D 😉

  • Orang yang camni, tak perlu layan. Jenis tak pikir masa depan, boros dan tak pakai otak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *