Kaedah Merancang Keluarga | Implan, IUCD, Pil Perancang, Suntikan Depo dan Ikat Peranakan

Bagi kita yang susah mengandung mesti tidak pernah terlintas untuk merancang keluarga. Terutama dengan menggunakan impan, IUCD, pil perancang, suntikan depo dan mengikat saluran peranakan.

Tetapi jika anak sudah ramai atau telah buat pembedahan cesarean tiga kali atau ada masalah kesihatan serius maka perlu fikir tentang kaedah merancang keluarga yang sesuai.

Saya disarankan ikat peranakan oleh doktor pakar kerana berdasarkan sejarah pembedahan pada tahun 2008, saya dikatakan ada endometriosis stage 3 dimana berlaku pelekatan organ dalaman yang sangat teruk. Malah saya ditakut-takutkan dengan pelbagai risiko kerana faktor usia saya yang sudah hampir masuk 40 tahun.

Suami tidak bersetuju saya melakukan prosedur BTL (bilateral tubal ligation – ikat peranakan) semasa dibedah untuk melahirkan anak kedua kami pada 17 December 2012. Saya pun tidak mahu dimandulkan secara kekal.

Saya mencari maklumat mengenai kaedah merancang keluarga untk dikongsi bersama. Semoga ia berguna untuk panduan sesiapa yang memerlukannya.

Sila fahami setiap kaedah merancang keluarga dan risiko yang mungkin dihadapi sebelum membuat keputusan.

IMPLAN (IMPLANON)

Implan adalah kaedah perancang keluarga bagi jangka masa panjang. Bentuknya seperti lidi dan ditanam di bawah kulit pada lengan anda.

Implan (implanon) berkesan mencegah kehamilan selama 3 tahun.

Implan mengandungi hormon progesteron sintetik (progestin) yang mengeluarkan hormon secara berterusan dan menghalang pengeluaran telur. Ia juga menghalang sperma memasuki rahim dengan menambah kepekatan lendir pada serviks. Perlindungan kehamilan bermula dari hari pemasangan.

Bagaimana Implan Dipasang?

Implan akan dipasang antara hari pertama dan kelima haid. Doktor perlu buat ujian ginekologi termasuk pemeriksaan payudara, pap smear dan ujian kehamilan sebelum memasang implan. Ubat bius akan diberi di tempat pemasangan dan diikuti dengan pemasangan implan di lengan.

Implanon

Lengan kita akan dibalut untuk mengurangkan risiko lebam. Balutan boleh dibuka selepas 24 jam.

Kesan Sampingan Implan

Implan mengeluarkan hormon progesteron secara berterusan. Kesan sampingan hormon ini adalah jerawat, sakit kepala, berat badan naik mendadak dan sakit payudara. Kita juga mungkin alami keguguran rambut, perubahan emosi, perubahan nafsu seks, sakit perut dan senggugut.

Implan akan mempengaruhi kitaran haid dan menyebabkan kitaran haid tidak menentu atau langsung tiada haid.

Pengeluaran Implan

Jika kita ingin mengandung semula, implan perlu dikeluarkan dan kesuburan akan kembali semula selepas satu bulan.

Ubat bius akan diberi sebelum insisi dibuat. Selepas implan dikeluarkan, luka akan dibalut.

  • Implan tidak memberi kesan ke atas penyusuan bayi.
  • Implan tidak melindungi anda dari jangkitan kelamin.

IUCD Multiload Cu250 atau Cu375

IUCD atau “intrauterine contraceptive device” ialah alat berbentuk ‘T” yang dimasukkan ke dalam rahim untuk mencegah kehamilan. IUCD adalah segelung wayar kuprum yang bertali dan tidak mengandungi sebarang hormon.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

IUCD

Waktu paling sesuai untuk memasukkan alat IUCD ini ialah hari terakhir haid. Ia juga boleh dimasukkan selepas keguguran atau bersalin.

Kelebihan IUCD

  • Sangat berkesan. Kesuburan boleh dikembalikan serta-merta selepas IUCD dikeluarkan.
  • Sesuai untuk jangkamasa yang panjang
  • Tidak mengganggu penyusuan bayi
  • Sesuai jika ada penyakit darah tinggi
  • Tiada kesan negatif peribahan hormon seperti berat badan naik dan sakit kepala

Prosedur Memasukkan IUCD

Spekulum dimasukkan ke dalam serviks untuk memastikan kedudukan dan saiz rahim. Doktor akan memasukkan spekulum untuk melihat servik. Servik dan vagina akan dicuci dengan antiseptik.

Selepas IUCD dimasukkan, doktor akan memotong benang 2-3 cm daripada servik dan ultrasound dibuat untuk menentukan kedudukan IUCD adalah betul.

Selepas IUCD dimasukkan, mungkin akan berlaku sedikit pendarahan dan sakit di bahagian ari-ari.

Anda mesti berjumpa dengan doktor jika:

  • Haid lambat 2 minggu atau tiada haid
  • Tidak dapat merasa benang atau dapat merasa bahagian plastik yang keras di dalam faraj
  • Pendarahan yang banyak atau pendarahan selepas melakukan hubungan seks
  • Senggugut atau sakit sewaktu melakukan hubungan seks
  • Sakit ari-ari, sakit di hujung bahu, demam melebihi 38 darjah Celsius, pening, pengsan, lelehan faraj yang tidak normal

Anda dinasihatkan menukar IUCD setiap 3 tahun (bagi Multiload Cu250) dan 5 tahun (bagi Multiload Cu375)

Prosedur Mengeluarkan IUCD

Prosedur mengeluarkan IUCD adalah sama seperti memasukkan IUCD.

IUCD Mirena

IUCD Mirena adalah alat mencegah kehamilan seperti Multiload Cu250 atau Cu375 tetapi ia mengandungi hormon. Sekiranya anda mengalami haid yang berlebihan, IUCD Mirena dapat mengurangkan pendarahan sambil mencegah kehamilan.

PIL PERANCANG NORIDAY

Noriday ialah pil perancang yang mengandungi hormon progestin (hormon progesteron sintetik) sahaja.

Pil Noriday

Pil perancang yang hanya mempunyai hormon progestin tidak akan menyebabkan masalah pembekuan darah. Pil jenis ini sesuai untuk wanita yang menyusukan anak dan mereka yang tidak boleh mengambil hormon estrogen disebabkan sakit kepala, atau darah tinggi akibat estrogen.

Bagaimana kehamilan dicegah?

Pil perancang Noriday mencegah kehamilan dengan cara menukar kepekatan lelehan di bahagian serviks supaya sperma tidak dapat melepasinya. Ia juga menukar dinding rahim supaya telur yang telah disenyawakan tidak dapat melekat pada dinding rahim.

Cara Pengambilan Pil Perancang Noriday

Pil perancang Noriday perlu dimakan pada hari pertama haid sehingga habis pek. Ia perlu diambil pada masa yang sama setiap hari.

Kesan Sampingan Pil Perancang Noriday

  • Pil perancang Noriday boleh menyebabkan haid tidak teratur, terutama pada beberapa bulan permulaan.
  • Pil perancang akan berinteraksi dengan antibiotik, ubat sawan, ubat tidur dan ubat arthritis.
  • Pil perancang Noriday tidak boleh diambil jika ada penyakit kuning, gatal atau kuning ketika mengandung, pendarahan vagina yang tidak normal, penyakit hati, penyakit darah beku (angin ahmar, serangan jantung, paru-paru).
  • Pil perancang Noriday boleh menyebabkan darah tinggi pada sesetengah wanita.

Anda dinasihatkan supaya berhenti mengambil pil perancang serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika:

  • Sakit dada, batuk berdarah dan sesak nafas
  • Sakit dan bengkak urat kaki
  • Sakit dada yang melampau
  • Sakit kepala, muntah, pening, pengsan, masalah penglihatan atau pertuturan, lemah tangan atau kaki
  • Ketulan pada buah dada
  • Sakit pada bahagian perut

Jika anda ingin mengandung semula, berhenti pil perancang dan gunakan cara mekanikal (seperti kondom) selama tiga bulan sebelum merancang untuk hamil.

Pil perancang Noriday boleh memudaratkan jika disalahgunakan, jadi ia boleh diambil atas preskripsi oleh doktor sahaja.

Sila pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah, payu dara setiap bulan dan pemeriksaan pangkal rahim (papsmear) setiap tahun.

SUNTIKAN DEPO

Salah satu cara untuk merancang keluarga ialah melalui suntikan depo (depo provera). Suntikan depo mengandungi hormon progesteron sahaja. Suntikan depo menambah kepekatan lendir pada serviks yang menghalang sperma menembusinya. Keadaan hormon yang tinggi juga menyebabkan tiada telur dikeluarkan.

Suntikan Depo

Suntikan depo akan diberi pada bahagian punggung pada hari pertama ke hari kelima haid. Selepas itu, anda akan diberi suntikan setiap 3 bulan.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Kesan sampingan suntikan depo ialah ia boleh menyebabkan haid tidak menentu atau tiada haid. Ia juga boleh menyebabkan penambahan berat badan, sakit kepala dan mual.

Anda tidak boleh menggunakan suntikan depo jika ada penyakit seperti di bawah:

  • Darah tinggi
  • Penyakit hati
  • Herpes sewaktu hamil
  • Sakit kuning
  • Gatal sewaktu hamil
  • Angin ahmar
  • Sakit jantung

Suntikan depo tidak akan mengganggu penyusuan bayi.

PIL PERANCANG KOMBINASI

Pil perancang yang mengandungi kombinasi hormon-hormon estrogen dan progestin merupakan cara yang efektif dan tidak kekal. Ia boleh digunakan oleh wanita tanpa had umur. Tetapi pil perancang hanya efektif sekiranya dimakan mengikut jadual.

Pil Yasmin

Antara kesan sampingan pil ini ialah sakit perut, pendarahan, sakit kepala, gangguan emosi.

Contoh pil kombinasi ialah mercilon, marvelon, loette, lindynette, meliane, microgynon 30, novynette, oralcon, rigevidon, trinordiol, yasmin.

Anda tidak digalakkan mengambil pil perancang sekiranya:

  • merokok
  • penyakit kencing manis
  • penyakit darah tinggi
  • pendarahan faraj yang belum diketahui puncanya
  • penyakit hati
  • migraine
  • pernah mengalami darah beku dalam salur darah
  • pernah mengalami kanser payudara
  • mengambil sesetengah antibiotik, antifungal, ubat sawan, charcoal, ubat pelawas yang mungkin mengurangkan reaksi ubat tersebut

Pengunaan pil perancang mestilah atas nasihat doktor. Jangan sesekali membeli pil perancang di farmasi tanpa nasihat doktor.

Lain-lain kaedah merancang keluarga yang tidak kekal:

  • Kondom lelaki atau wanita
  • Spermicide seperti gel yang disapu pada faraj untuk mengurangkan aktiviti sperma
  • Vaginal ring mengandungi hormon
  • Patch mengandungi hormon, perlu ditukar setiap minggu

Kaedah merancang keluarga yang kekal:

  • Bilateral tubal ligation iaitu tiub fallopian (saluran peranakan) yang menyambungkan kilang telur dan rahim dipotong dan diikat.
  • Vasectomy bagi kaum lelaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *