Kaedah Mencegah Kehamilan | Cara Makan Pil Perancang Postinor & Kesan Pengambilan Pil Postinor

Bismillah. Aloe! Cikros di sini.

Aku tak pernah makan pil perancang dan tak pernah guna implan, suntikan Depo atau IUCD. Tapi selepas melahirkan baby bongsu aku melalui cesarean 2 tahun lepas, aku dah buat BTL = ikat saluran peranakan.

Ikut hati memang tak nak buat BTL tu. Tapi fikir banyak kali aku dan suami pun setuju. Sebab tu aku cakap Dina tu anak bongsu. Kilang dah tutup production. Sedih memang sedih. Sampai tangguh nak cerita pengalaman aku BTL ni. Later lah kot aku cerita.

Tadi aku terbaca dekat KIMM ada yang tanya tentang pil perancang Postinor. Aku tak pernah dengar nama pil perancang Postinor ni. So aku sangat curious. Omak mesti siasat!

Pil Perancang Postinor

Omakgorg! Postinor ni bukan pil perancang keluarga. Tapi pil pencegah kehamilan yang patut digunakan semasa KECEMASAN sahaja. Maknanya TAK BOLEH AMAL MAKAN SELALU. BAHAYA!!

So bila keadaan kecemasan yang boleh ko telan pil pencegah kehamilan Postinor ni?

  • Tak guna mana-mana kaedah merancang dan TERBABAS semasa bersama
  • Tersilap pengiraan hari subur
  • Menggunakan kondom yang didapati bocor
  • Kena rogol

Bila Patut Makan Pil Postinor

Pil pencegah kehamilan Postinor ni mesti makan dalam masa 72 jam (3 hari) SELEPAS kena rogol atau terbabas semasa bersama. Lagi cepat makan lagi bagus. AMARAN: PIL POSTINOR SANGAT KUAT & BAHAYA. SILA MAKAN IKUT ATURAN.

  • 1st dose makan sebiji dalam masa 72 jam.
  • 2nd dose makan sebiji selepas 12 jam makan 1st dose.
  • Sebulan hanya boleh makan 4 pil sahaja ( 2 kali kejadian terbabas)
  • Hanya ambil semasa kecemasan sahaja.

Pil pencegah kehamilan ni nama dia Postinor 2 sebab kena makan 2 biji setiap kali selepas bersama dan terbabas. Dalam satu paket tu pun memang ada 2 biji sahaja.

Pil Perancang Postinor

Aku saran jangan sesuka hati makan pil Postinor atau apa-apa pil perancang. Mesti dapatkan nasihat dari doktor dulu. Sebab side effect makan pil Postinor atau apa-apa pil perancang memang sangat buruk.

Kesan Buruk Makan Pil Postinor

Pil pencegah kehamilan Postinor hanya boleh digunakan untuk kecemasan sahaja. Hanya jika ‘terbabas’ dan tidak menggunakan kaedah merancang keluarga yang lain.

Kesan pengambilan pil Postinor secara berterusan akan menggangu kitaran hormon dan masalah haid. Orang yang selalu makan Postinor berisiko tinggi untuk menjadi tidak subur dan susah lekat di kemudian hari.

Postinor bukan pil gugur jadi kalau sudah pregnant Postinor tidak akan berkesan dan tidak akan menjejaskan kandungan.

Pil Perancang Postinor

1 Comment

  • boleh saya tahu kenapa pil ini perlu diambil sebelum 72 jam dan kenapa satu lagi pil ini diambil 12 jam kemudiannya? kalau ambil 2 pil terus apa yg akan berlaku?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *