Jom Belajar Bahasa Cina | Belajar Bercakap, Membaca & Menulis (Menaip) Bahasa Mandarin Online!

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”]

Jom belajar Bahasa Cina Mandarin secara online dengan aku! Macam terer sangat nak ajar orang. Hehe!

Memang aku tak pandai sangat pun Bahasa Cina ni. Aku ada basic Mandarin je. Belajar di The Language Tree masa mengandungkan Irfan. That was like 5 years ago!

Tapi anak aku Izzah tu belajar Bahasa Cina kat sekolah kebangsaan. Terpaksa lah omak belajar balik Bahasa Cina ni. Demi nak ajar anak. Omah gigih!

Susah giler nak baca Bahasa Cina Mandarin ni beb. Sebab beribu2 bentuk karakter tulisan yang nampak macam sama nak kena hafal. Beza cuma pada beberapa stroke. Pergh!

Pastu ada banyak perkataan yang bunyi macam sama tapi dibezakan dengan tone @ cara sebutan. Pening macam ultraman kena lempang dengan raksaksa!

Aku rasa kalau setakat belajar Bahasa Cina untuk komunikasi — tak susah sangat. Hafal je sebutan ayat dan perkataan. Kacang. Hehe!

Belajar Bahasa Cina Mandarin Online

Tapi kalau nak belajar bercakap, membaca dan menulis Bahasa Cina Mandarin ni — susah weh! Terutama kalau umur dah 4 series macam aku ni. Sel-sel otak tak berapa nak berhubung. Hak hak hak!

That’s why aku nak bagi anak-anak aku belajar Bahasa Cina Mandarin ni dari kecik. Otak budak masih macam sponge bob masa ni kan. Mudah ingat benda baru yang dipelajari.

Aku mula-mula belajar Bahasa Cina Mandarin ni kan — memang pening dan confuse. Still aku rasa Bahasa Cina Mandarin ni lagi senang dari Bahasa Inggeris. Sebab grammar Bahasa Cina ni simple sangat. Present, past, future dan continuous tenses sama sahaja! Omak like!

Since aku belajar sambil mengajar Izzah so aku nak share apa yang aku tahu kat sini lah. Mostly aku akan share dari buku teks dan buku aktiviti sekolah kebangsaan. Sambil2 translate dan buat soalan latihan untuk Izzah aku share lah sini *kalau rajin*. Hehe!

Sesiapa yang ada anak belajar Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan tu boleh lah belajar sama-sama.

2 Comments

  • Hi, ank sy lemah dalam membaca BC. Leads to pemahaman yg teruk untuk subjek lain. Perlukan bantuan untuk Anak pandai membaca BC.

    • tanya cikgu sekolah ada buat home tution tak.. mmg kena pergi tution lah kalau lemah sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *