Jahit Apa Hari Ini? Baby Backpack

Dulu masa saya sudah beli mesin overlock *serger* tu… husband selalu bising. Sebab beli tapi pakainya kadang-kadang. Erkk.. bukan kadang-kadang tapi sekali je masa jahit langsir pastu simpan buat pekasam…ha..ha

Tapi sejak Little Mama’s LOVE Baby Boutique sudah mulakan business, dua-dua mesin tu memang selalu berbunyi la *read: digunakan*. Siang malam. Pagi petang.

Pendek kata anytime yang I rasa kemaruk nak menjahit… Bilik guest memang dah menjadi port menjahit. Kalau ada guest datang tidur, maka selamat tidur dengan mesin jahit la ye…ha..ha

Sekarang bukan sahaja menjahit baju for the boutique, tapi juga barang-barang untuk Izzah pakai. Macam baby backpack ini.

kids backpack 1

Cantik tak? Mestilah cantik… i jahit maaah… *tak tahan masuk bakul angkat sendiri…ha..ha*

Backpack ni made of heavy weight cotton yang comelicious. A very simple backpack. Takde poket whatever.

Just a place to put small toys atau diapers. Okey la untuk budak kecik.

kids backpack 2

I ada letak snap button *guna snap press machine yang dibeli hari tu.. i love this machine!*. Tapi dalaman dia agak messy sikit *kena improve bagi nampak clean sikit lining kat dalam tu for the next bag*

kids backpack 3

Overall… puas hati juga lah. First time jahit bag nih. Tepuk sikit!

Tags from the story

27 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *