Izzah Tersangkut Dalam Cot!

Sejak umur 5 bulan, Izzah me ajar tidur dalam cot. Cot dia ni we all letak dalam bilik tidur kami – sebelah my side of the bed.

Sebelum tu Izzah tidur dalam buai elektrik yang auto-henjut tu. Tak ada masalah pun dengan buaian tu sebab dia boleh set kelajuan dan ada timer (akan stop pada sekian masa lepas baby tidur). Tapi me tak nak teruskan dengan buaian sebab nanti susah nak travel. Tak kan nak pergi melancong pun nak angkut buai sekali…kan?

Tak susah pun nak ajar dia tidur sendiri dalam cot. Me ikut je cara orang putih buat. Lepas bagi susu, dakap dia atas dada, baca ayat Quran atau nyanyi nursery rhymes pastu letak dia dalam cot. Tidak lupa kena cakap ‘good night’ atau pesanan yang sewaktu dengannya…he..he

Masa bawak dia masuk bilik tu, lampu mestilah telah dipadamkan. Cuma pasang lampu tidur je. Dan, lepas cakap good night, terus keluar dari bilik dan tutup pintu. Biarkan dia tidur sendiri.

Memang mula-mula dia nangis-nangis. Tapi me biarkan je. Bunyi macam kejam biar anak nangis. Tapi it works.

Beberapa hari kemudian, dia dah pandai ‘menidurkan‘ diri sendiri. Take note yang me tak bagi dia pacifier ye… dia pacify diri sendiri dengan main dengan teddy bear atau pegang kain (izzah suka letak kain bawah dagu to comfort herself).

So, kalau nak pergi mana-mana pun tak ada masalah. Letak aje mana-mana, tidur lah dia. Tak payah tepuk-tepuk.

Izzah tidur dalam cot malam dan siang. Selalunya, siang (kalau weekend) ada tiga kali dia nap. Lepas bagi susu, me letak dalam cot dan dia akan tidur.

Tapi weekend ari tu sesuatu yang scary yet funny telah berlaku. Memang Izzah kalau dia tak mau tidur tapi me suruh tidur sebab dah time nap, dia akan main-main dulu dalam cot tu – with teddy or ‘adik’ baby alive doll.

This time, Izzah dah mula notti. Dia alih cot bumper tu dan cuba turun dari cot melalui celah palang! Tengok je la gambar ni, mau tak terkejut badak me. Nasib la me ni jenis yang suka check every 5-10 minutes.

Me pernah terbaca ada baby mat* sebab nak turun cot melalui palang. Tak silap kat Indon kot. Nasib la palang cot ni menegak (vertical), bukan melintang (horizontal) macam kes baby Indon tu.

Sebab kalau palang menegak camni, yang tersangkut cuma part bontot aje. Tapi kalau melintang, kepala yang sangkut. Ish.. masih terbayang la gambar baby Indon tu… kesian.

Lepas je kes dia tersangkut bontot kat palang cot tu, Izzah terus tidur dengan lena (takde main2 dah)…hu..ha.. ini lah gaya dia tidur… dengan kain letak bawah dagu.

So, bagi mak-mak yang nak guna cot for babies, please take my advise.

  • Pastikan cot mempunyai ciri keselamatan – palang jenis menegak (vertical).
  • Check baby every 5-10 minutes especially kalau dia dah diam (samada dah tidur atau masih leka bermain)
  • Kalau baby dah tidur, make sure dia berada dalam posisi tidur yang betul (tak ada bantal/mainan/kain yang menghalang pernafasan) – terutama kalau baby below 3 bulan.
  • Kalau baby masih bermain, remind dia supaya tidur.
  • Baby menangis masa awal-awal dilatih tidur dalam cot adalah perkara biasa, tapi kalau suara tangisan lain macam (you as a mom mesti tau beza nangis mengada dan menangis sakit), sila check dengan segera.
  • Kalau mampu, guna baby monitor (macam intercom).
  • Jangan guna selimut tebal. Sebaiknya invest pakai sleeping sack macam Grobag (selimut berzip).
Tags from the story
, ,

28 Comments

  • hebat la mommy ni.. boleh ajar izzah tidur sendiri.. diah tak tega.. sampai hr ini pasha masih tido same lagi.. 😐 *bad bad mommy.. btw baca kat mana pasal baby “indo” yg tersepit tu?? 😉
    .-= Diah´s last blog post..potong bebek angsa.. =-.

    • diah, dulu me dapat email pasal baby Indo yang mat* tersepit kepala kat cot dia.. sebab kepala sangkut dan muka terkena tilam so mulut/hidung tertutup sampai tak boleh nafas… kesian… ada kesan cadar koyak sebab tangan dia mengapai kelemasan.. sedih la ingat gambar tu

      • tambah lagi.. tak pasti itu cot atau katil sebab tinggi sangat sampai kaki baby tergantung tak boleh cecah lantai..

  • nuha memang tak ada cot..yang heran skang ni, eliss letak katil single kat sebelah tilam yang we all tido, malam2,dier golek2 dan tido kat situ..huhuhu..dan malam tadi dier jatuh tilam tu 🙁
    .-= eliss´s last blog post..Tragedi 330 pagi.. =-.

    • eliss, jatuh katil ke nuha? harap takde apa2 la kan… next time kena letak tilam extra kat bawah tepi katil tu la ye.. be careful!

  • Nazif pun still tido ngan kitorang..dulu masa dia baby pernah gak try buat mcm K ros buat tu..tp diriku tak tahan le mendengar latihan vokal dia tu..husband siap tak bagi dah buat..so smpi hr ni lah berdempek ngan kitorang kat atas satu katil..

    • ida, dulu hubby pun tak suka i buat camtu.. tapi i explain kat dia… orang putih semua ajar anak dia tidur macam tu… dia biar je for a few days… lama2 ok la… tapi orang putih lagi dasat sebab letak baby cot dalam bilik baby sendiri bukan bilik parents… he..he..he

      bukan apa, memang la hati ibu mana tak kesian dengar anak nangis tapi it’s for kebaikan semua… me memang tak ajar dia tidur sekali atas katil kitaorang… sebab katil tu tinggi sangat..hu..hhu

      ni cot dah macam tak muat dah… nak kena carik katil dia sendiri pulak… coming soon lah

  • belum ajar darwisy tidur sendiri lagi.. cot pun takde lagi… cuma, kalau dia nak tidur, dia akan pandai2 cari tempat nak landing dan tidur.. cam anak terbiar je.. 😛

    setakat ni, tidur malam, memang tidur sekali.. ingat nanti umur dua tahun nanti baru nak ajar dia tidur katil bujang terus.. tapi, takut mamanya pulak yang tak sanggup pisah tempat tidur.. huhu
    .-= sya´s last blog post..cuti + puasa + bersama darwisy =-.

    • sya, waaah.. kira bagus la pandai cari tempat landing sendiri..

      mamanya kena kuat nak pisahkan tempat tidur.. tak pun buat adik la cepat2..he..he

  • hoh!alahai……nak kena letak ‘dinding’ kah????
    bahaya juga ya
    mcm kitaorg sejak 2 thn lps kalau design brg electronik wajib ikut rule safer FTA/RA….failure tree analysis /Risk analysis…
    contoh macam benda kecik takleh guna kang budak telan..maybe maker cot pun kena apply laaa

    • Fid, i rasa lagi bagus kalau designer cot design cot yang palang dia bersilang (bukan dinding sebab air ventilation kena ok)..

  • thanks a lot kak ros!! saya pon baru beli cot untuk afif (tp tak sampai lg)..tgh cari jalan mcm mane nak ajar die tido ni…sbb die dah 8 bln biasa tido bawah ketiak saya hahaha

  • hebatnyer little mama…huhuh tk sampai ati tglkan sikecik tuh …huhuh naper laa diri ku tk kuat..huhu awal2 lu sbb fully bresfedd…asyek begantung jek…tuh tido same2…pehtuh mule laa tk sampai ati…huhuhu little mama sunguh hebat…huhu
    .-= iefa´s last blog post..hapPy 2nD BurFdaY adLinA maIsaRah =-.

    • iefa, hu..hu.. takde la hebat mana…tiru style orang putih je dalam mendidik anak.. supaya berdikari gitu.. yang baik2 je tiru tau..

  • Ros, kan ader cot bumper? dia tutup half of the palang camtu, kan? itu yg we pakai kat cot…

    We used cot bukan nak tidurkan baby hambali instead tidurkan all the soft toys, ekekeke…we sambungkan cot to our bed but jatuhkan pintu dia so kira terbuka one side, that sidelah we rapatkan ke katil..but still baby hambali tidur in between papa & mama. only these past nights, me kerap alih him to the cot side tapi risau jugak dia jatuh, sebab dia suka sangat memanjat lately ni…keliling katil kat lantai bertilam just in case
    .-= Hanz´s last blog post..A to Z Must-Read Notes on Cloth Diapering : Specially for Cloth Diaper Newbies =-.

    • hanz, memang ada letal cot bumper kaler biru.. tapi dia dah pandai alih cot bumper tu (tengok dalam gambar tu)…he..he

      pastu cuba nak turun style reverse (cam biasa la dia turun katil pun macam tu – sebab dah pandai turun katil sendiri tu dia nak try turun cot cara yang sama)…ha..ha

  • dua2 anak2 saya still tido dgn kitorang. so katil queen size tu dah muat2 je lah nak letakkan 2 anak dan 2 adult yang besar2. hahaha. but my 1st son tu dah boleh la tidur sendiri/asing. dia jenis tak kisah.

    yang 2nd tu lepas nenen je terus lena. anak dara ni pulak suka kain tuala. tuala tu dia gentel2, jari tangan lagi satu dia hisap. hihi.
    .-= Zety Zin´s last blog post..Lambat Lagi =-.

    • zety, waaaah.. 4 orang satu katil… caya lah… me dengan hubby satu katil pun asik tolak menolak…he..he

  • nasib mamanya rajin check Izzah buatpe dlm cot tu kan…

    anak saya tak reti tido sendiri kecuali dia ngantuk sgt..selama ni berbuai je…mmg susah gak la..tapi kitorg jrg travel jauh2..paling kerap pun balik umah MIL.dan pastinya umah MIL ada buai ..heheh
    .-= dayah´s last blog post..Berapa jam anda bekerja sehari? =-.

    • dayah, tu la kena selalu check.. lebih2 time dia dah pandai buat aktiviti sendiri .. kalau letak dalam cot dia diam tu samada dia tido atau dia tengabh buat something la tu…

  • hmm,littlemama..slamat berkenalan..hehe,kelakar la tgk ur baby tersangkut dlm cot tu..anak i pun penah tersangkut cenggitu jg..huhu.rambut ur doter betul2 mengingatkan pd my doter..byk persamaan..;)
    .-= Diyana´s last blog post..Damia @ studio =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *