Izzah tahun ni dah masuk 3 tahun. Bulan March ni nanti sambut hari lahir yang ke 3 lah.
Cepat betul masa berlalu kan? Pejam celik anak dah 3 tahun. Nanti.. pejam celik anak dah masuk sekolah.
Pejam celik lagi anak masuk universiti. Dan… pejam celik… anak dah nak kahwin!!
Izzah dah pergi play school sejak bulan December hari tu. Play school ni merangkap Taska la juga.. so Izzah memang duduk situ sepanjang hari.
Activiti play school ni bermula pukul 9 pagi. Macam-macam aktiviti untuk pendidikan awal kanak-kanak (early childhood education) ada. Memang best. Tak payah join weekend play play group lagi dah. Sebab kat play school ni lagi bagus dan berbaloi aktivitinya.
I baru je dapat 3 set uniform berwarna oren dan putih. Waah… kecik-kecik dah pakai uniform pergi sekolah.
I dulu masa kecik pergi Tadika masa umur 6 tahun. Tak ada pun pakai uniform. Tak ada pun aktiviti macam belajar ABC. Pergi tadika cuma untuk bermain plasticin (tanah liat berwarna = clay) dan makan..he..he
So..sebab semua uniform sama kenalah I jahit nama Izzah dekat uniform dia tu. Selain dari tulis dengar permanent marker kat dalam baju/seluar.. I jugak sulam tangan nama Izzah he..he
Izzah ni bukan main bangga dapat pakai uniform sekolah.
Masa first day dapat uniform tu I bagi la dia test. Bila nak buka tak nak bagi. Siap menangis lagi.
Apa kes nak pakai uniform malam-malam…he..he
Erkk.. patut I bangga la kan anak ada semangat dan rajin nak pergi sekolah..kan!
alahai izzah.tak sabar nak pergi sekolah lah tu,tu psl tak nak tanggal baju sekolah kot 🙂
zmn kite kt tadika.. mkn, main, nyanyi, joget2..
msk darjah 1, baru nk kenal abc
…zmn dh berubah…
ye misti la bangga kalo ank semangat nk g school…lagi susah nk pujuk anak yg tkt g sekolah..
Whoaaa!!! Izzah dah ada uniform sendiri….bestnya. Mesti hari2 nak gi skolah….
Weh…time aku dulu dah ada uniform dah. Shirt putih kat dalam ngan pinafore petak2 warna hijau. Tiap kali balik kampung, kalau lalu kat jalan tu, mesti aku dengan bangganya buat announcement kat anak3 aku…’ini lah dia sekolah tadika mama dulu’….dah berpuluh tahun dah tapi sekolah tu masih bertahan…..