Info Vaksin | Vaksin BCG (Bacillus Calmette-Guérin ) Untuk Penyakit Batu Kering (Tibi – Tuberkulosis)

Bismillah. Aloe!

Vaksin BCG. Apakah vaksin BCG? Kenapa baby kena cucuk BCG? Apa kandungan vaksin BCG? Adakah vaksin BCG berkesan? Apakah kesan sampingan vaksin BCG?

Jom sama-sama belajar. Jadilah ibu bapa yang lebih berilmu. Nak vaksin atau tidak pilihan korang. Educate before you vaccinate.

Aku lahir tahun 1974. Dalam surat beranak aku ada bukti pelalian menunjukkan aku dah kena cucuk vaksin BCG ni masa baby. Aku lahir bulan Februari tapi tarikh suntikan BCG pada bulan September. Maksudnya masa umur 6 bulan baru aku kena BCG.

Vaksin BCG

Tapi sekarang baby semua kena cucuk vaksin BCG ni selepas dilahirkan. Semua anak2 aku diberi vaksin BCG masa berumur 2 hari. Aku kan pro-choice. [wp-svg-icons icon=”wink” wrap=”i”]

Apakah Penyakit Batuk Kering @ Tibi @ Tuberkulosis?

Batuk kering @ penyakit tibi adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis yang menjangkiti saluran pernafasan.

Penyakit Tibi

Penyakit tibi boleh tersebar melalui titisan air @ droplets melalui udara semasa pesakit tibi ini batuk. Sesiapa yang berdekatan dengan pesakit batuk kering berisiko dijangkiti penyakit batuk kering ini.

Komplikasi penyakit ini termasuk jangkitan kelenjar limfa (lymph node), radang selaput otak, radang paru-paru dan serangan tibi pada organ-organ lain seperti usus, tulang dan sendi, paru-paru dan buah pinggang.

Penyakit Tibi

Apakah Vaksin BCG?

BCG = Bacillus Calmette-Guérin ialah vaksin untuk mencegah penyakit Tuberkulosis termasuk tuberkulosis paru-paru (Pulmonary TB), tuberculosis selaput otak (Tuberculous Meningitis) dan juga tuberculosis pada organ lain.

Vaksin BCG

Vaksin BCG mengandungi bakteria Mycobacterium bovis yang telah dilemahkan. Bakteria dari lembu yang telah dilemahkan ini dikatakan akan merangsang sistem pertahanan @ sistem imun badan manusia untuk menghasilkan antibodi terhadap penyakit batuk kering.

Kandungan Vaksin BCG

Selain daripada bahan utama iaitu bakteria Mycobacterium bovis yang telah dilemahkan, vaksin BCG juga mengandungi bahan-bahan berikut:

  • glycerin
  • asparagine
  • citric acid
  • potassium phosphate
  • magnesium sulfate
  • iron ammonium citrate
  • lactose

Sumber 1: http://www.cdc.gov/vaccines/pubs/pinkbook/downloads/appendices/B/excipient-table-2.pdf

Sumber 2: http://vaccines.procon.org/view.resource.php?resourceID=005206#vaccines

Info Bahan Vaksin: http://vaccines.procon.org/view.resource.php?resourceID=005206#III

Sejarah Vaksin BCG

Vaksin BCG ditemui oleh Dokter Albert Calmette dan penyelidik bernama Camille Guerin. Sebab itu vaksin untuk mencegah penyakit tibi @ batuk kering ini dinamakan vaksin Bacillus Calmette Guerin.

Vaksin BCG

Penyelidikan tentang vaksin BCG telah bermula sejak tahun 1906. Guerin menemui bahawa ketahanan terhadap penyakit batuk kering ini ada kaitan kewujudan bakteria tuberculosis yang hidup di dalam darah.

Pada 1921, mereka berhasil mengembangkan jenis bakteria yang tidak berbahaya bagi manusia dan menghasilkan vaksin BCG setelah ujikaji dibuat ke atas bayi-bayi di Paris. Tetapi pada 1930, program vaksinasi BCG pernah menyebabkan sejumlah bayi meninggal di Jerman akibat jangkitan tuberkulosis selepas divaksin.

Imunisasi BCG di Malaysia telah bermula pada tahun 1961 sebagai salah satu strategi di bawah Program Kawalan Tibi Kebangsaan. Ia diberikan kepada:

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

  • bayi baru lahir sebagai dos primary
  • kanak-kanak berumur bawah 15 tahun yang tidak pernah mendapat vaksin BCG sebagai dos primary
  • kanak-kanak berumur bawah 15 tahun yang pernak disuntik vaksin BCG tetapi tidak mempunyai parut atau parut sangat kecil bersaiz pin point berukuran kurang dari 2mm, ia diberi sebagai BCG revaccination (Nota 2)
  • murid sekolah berumur 7 tahun di negeri Sabah dan berumur 12 tahun di nergeri Sarawak dan Semenanjung Malaysia sebagai dos secondary/booster (Nota 1)

Nota 1 : Pemberian dos tambahan/booster telah dihentikan bermula 1 Julai 2002.

Penilaian Teknologi Kesihatan oleh Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan pada tahun 2011 mendapati bahawa pemberian semula imunisasi BCG (revaccination) tidak memberi sebarang perlindungan tambahan kepada kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas.

Vaksin BCG

Nota 2: Berdasarkan bukti saintifik, pemberian semula imunisasi BCG (revaccination BCG) kepada murid sekolah tahun 1 atau yang berumur 7 tahun yang didapati tiada parut diberhentikan berkuatkuasa 1 Februari 2016.

Vaksin BCG

Justeru, pemeriksaan parut BCG ke atas murid tahun 1 sekolah rendah oleh Pasukan Kesihatan Sekolah juga dihentikan.

Tetapi semua bayi perlu diperiksa status imunisasi BCG pada umur 3 bulan secara rutin. Suntikan BCG revaccination diberikan kepada bayi yang tiada parut atau parut pin point bersaiz kurang 2mm.

Adakah Vaksin BCG Berkesan?

Vaksin BCG ini dilaporkan berkesan sehingga 80% untuk mencegah penyakit batuk kering selama 15 tahun terutamanya TB selaput otak (TB Meningitis) atau TB sistemik ( Miliary TB).

Cara Suntikan Vaksin BCG

Suntikan vaksin BCG diberikan di bawah lapisan kulit (intradermal) iaitu di antara lapisan epidermis dan dermis pada bahagian bahu kiri.

Vaksin BCG

Suntikan ini akan mengaktifkan sistem pertahanan badan (cell mediated immune response). Kawasan yang disuntik vaksin BCG akan membengkak dan akan surut dengan sendiri dalam masa beberapa jam.

Tempat suntikan vaksin BCG akan membentuk bengkakan kecil (papule). Papule ini akan membesar dan akan pecah dan membentuk luka (ulcer) dan kadang kadang bernanah.

Luka ini akan sembuh dengan sendiri dalam masa 4 minggu dan akan meninggalkan parut pada bahu kiri.

Apakah Akan Berlaku Selepas Vaksin BCG?

  • 2-4 minggu – satu benjolan akan timbul, lembut apabila disentuh tetapi tidak sakit.
  • 6-8 minggu – benjolan akan mengandungi nanah.
  • 10-12 minggu – kudis akan menjadi kering dengan sendiri atau berkuping dan akan tanggal meninggalkan satu parut 5-7mm dan terbenam sedikit.

Vaksin BCG

Apa Perlu Dibuat Selepas Vaksin BCG?

  • Jangan dedahkan tempat suntikan vaksin BCG ke arah cahaya matahari.
  • Jangan usik, tuam, sapu ubat, garu, picit, cungkil atau cucuk pada tempat suntikan vaksin BCG
  • Suntikan vaksin BCG akan diulang jika tiada parut selepas 3 bulan.
  • Vaksin BCG biasanya tidak akan menyebabkan bayi demam

Kesan Sampingan Vaksin BCG

Selepas vaksin BCG biasanya bahagian lengan akan timbul benjolan merah yang akan bernanah. Benjolan ini akan sembuh dan kering dengan sendirinya dalam masa 6 bulan.

Kesan sampingan yang jarang berlaku ialah kawasan suntikan BCG berlubang, bernanah dan berdarah sehingga bayi berumur setahun.

Vaksin BCG

Bayi juga mungkin akan mengalami kesan buruk vaksin BCG @ AEFI yang lebih serius seperti berikut. Anda dinasihatkan membawa anak untuk berjumpa dengan doktor dengan segera.

Vaksin BCG

  • bengkak kelenjar limfa (swollen lymph nodes)
  • demam (fever)
  • kencing berdarah (blood in the urine)
  • kembung perut (upset stomach)
  • muntah (vomiting)
  • ruam kulit (severe skin rash)
  • radang tulang – bone inflammation (osteitis or osteomyelitis)
  • an enlarged lymph node that becomes infected (lymphadenitis)
  • systemic or disseminated BCG disease (refer the case of a dead baby in China)

Vaksin BCG

Sumber : https://www.ovg.ox.ac.uk/bcg-vaccine