Info Vaksin | Rekod Kesihatan Murid & Suntikan Vaksin Tahun 1 Sekolah Rendah Kebangsaan

Bismillah. Aloe. Cikros di sini.

Cerita basi dah ni. Baru teringat nak tulis. Tengah clear gambar dalam laptop ternampak pulak picture ubat Alleryl Syrup. Terus teringat!

Memang sudah terlambat tapi mungkin boleh dijadikan panduan omak abah lain yang ada anak darjah satu tahun depan. Tahun ni mungkin dah kena cucuk kan. Hehe!

Mengikut jadual suntikan vaksin / imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), selain suntikan vaksin semasa bayi ada juga suntikan vaksin tambahan (booster) semasa darjah 1 sekolah kerajaan.

Vaksin Budak Sekolah Darjah Satu

Jenis suntikan vaksin untuk murid darjah 1 ialah:

  • Measles & Rubella (MR)
  • Diptheria & Tetanus (DT)

Rujukan nama vaksin sebagai rujukan omak abah semua:

  • BCG adalah Basile Calmette-Guerin, vaksin yang memberi perlindungan terhadap Tuberkulosis.
  • DTap adalah kombinasi vaksin yang memberi perlindungan terhadap Difteria, Tetanus dan Pertusis.
  • DT adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Difteria dan Tetanus.
  • Hib adalah Haemophilus Influenzae type B.
  • MMR adalah Measles (campak),Mumps (beguk) dan Rubella.
  • MR adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Measles (campak) dan Rubella.
  • JE adalah Japanese Encephalitis. Vaksin ini hanya diberikan di Sarawak.
  • HPV adalah Human Papillomavirus. Vaksin ini hanya untuk remaja perempuan 13 tahun. Dos 2 diberikan dalam tempoh 6 bulan selepas Dos 1.

Apa Nak Buat Jika Tak Bersetuju Vaksin Anak Darjah 1?

Omak abah yang tidak mahu anak disuntik vaksin semasa di sekolah (tahun 1) boleh menulis TIDAK BERSETUJU dalam buku Rekod Kesihatan Murid.

Suntikan Vaksin Budak Sekolah Darjah Satu

Tapi menyatakan tidak bersetuju kepada suntikan vaksin darjah 1 TIDAK MENCUKUPI. Nurse boleh terlepas pandang — samada tidak tengok bahagian persetujuan ibu bapa dan main hentam cucuk semua budak atau sengaja sengal nak cucuk jugak walaupun ibu bapa tak setuju!

Aku dah terkena masa Izzah darjah 1 tahun 2015. Aku sign TIDAK BERSETUJU untuk suntikan masa tahun 1 tu tapi NURSE TETAP CUCUK anak aku!

Suntikan Vaksin Budak Sekolah Darjah Satu

Rasa nak terbakar jantung aku menahan marah masa bila Izzah balik dan bagitau kena cucuk bahu. What the $^&&&!@@@@!

Tapi aku sabarkan diri. Hampir nak buat police report tapi tak jadi sebab aku time tu tengah sakit mabuk mengandung. Aku tak memanjangkan isu sebab tak nak stress-kan diri sendiri. Benda dah jadi tak boleh nak reverse balik pun. Huhu!

Cepat-cepat aku bagi Izzah minum air Spritzer banyak-banyak. Bagi detox keluar semua aluminium yang ada dalam vaksin tu.

Spritzer mengandungi Silicon (Si), as silicic acid, is suggested to be the natural antidote to aluminium (Al) toxicity, and was recently shown to promote the urinary excretion of Al from body stores.

Suntikan Vaksin Budak Sekolah Darjah Satu

Silicon (silicic acid) has been proven by Professor Christopher Exley during Vaccine Safety Conference in Jamaica (January 2011) to remove aluminium toxic from the human body. ONLY SPRITZER has Silic Acid – boleh periksa belakang botol . Selain itu, ada mineral water jenama Volvic (tapi VOLVIC agak mahal dan susah jumpa di Malaysia).

Izzah tu completed semua vaksin masa baby termasuklah 3 vaksin optional iaitu vaksin Chicken Pox, Pneumococcal dan Rotavirus. Tapi aku sign tidak bersetuju untuk suntikan darjah satu sebab Izzah dah kena too many side effects selepas semua vaksin tu.

Suntikan Vaksin Budak Sekolah Darjah Satu

Aku tahu aku khilaf sangat. Sepatutnya aku juga buat perkara berikut:

  • TULIS SURAT MENOLAK VAKSIN dan kepilkan dalam buku Rekod Kesihatan Murid serta berikan salinan kepada guru kelas dan guru besar.
  • MAKLUMKAN SECARA LISAN kepada guru kelas.
  • Take note hari nurse datang sekolah untuk cucuk vaksin!

Aku dan sign tolak vaksin dalam buku Rekod Kesihatan Murid dan aku trust cikgu / nurse akan hormat keputusan aku tu. Tapi aku salah! Tak bersetuju pun kena cucuk!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Izzah tu pulak aku dah pesan berkali-kali kalau ada orang nak cucuk sila cakap “mak saya tak bagi”. Tak tau lah masa kena cucuk dia ingat ke tak pesanan omak ni. Mungkin dia ingat tapi takut nak bagitau. Budak kecik lagi kan. Huhu!

Actually aku tak tahu pun tarikh nurse nak datang sekolah cucuk vaksin. Tak ada surat pemberitahuan pun!! Yang aku ingat Izzah cakap hari tu cikgu suruh pakai baju sukan sedangkan hari tu bukan hari PJ. Balik rumah dia bagitau dah kena cucuk!

Kena cucuk tanpa izin satu hal. Nurse ada bekalkan ubat Alleryl Syrup kepada Izzah TANPA PRESKRIPSI! Tak ada tulis pun ubat ni untuk apa? I mean, seriously? Sungguh tak beretika!

Suntikan Vaksin Budak Sekolah Darjah Satu

Bahaya tau tak bagi ubat sebotol macam tu suruh budak umur 7 tahun bawa balik. Kalau budak jenis terlebih curious terus bukak ubat tu dan minum habis sebotol siapa nak bertanggung-jawab jika berlaku apa-apa?

  • Aku syak nurse cucuk Izzah tanpa tengok bahagian persetujuan dalam buku Rekod Kesihatan Murid tu.
  • Masa nak catat rekod vaksin dalam buku baru dia perasan aku tak setuju Izzah kena cucuk.
  • Panik kot dah buat salah terus dia bagi ubat alahan @ Alleryl Syrup sebab aku tulis reason “alahan kepada vaksin”.

Aku tanya pasal ubat tu pada cikgu kelas pun dia tak tahu apa-apa sebab on that day cikgu tu tak datang sekolah sebab sakit. Cikgu cakap nak tanya nurse tapi aku doubted that sebab lepas hari cucuk mana nurse yang sama datang sekolah lagi pun.

Suntikan Vaksin Budak Sekolah Darjah Satu

Aku tak berdaya nak follow up sebab diri tak berapa sihat time pregnant tu. Nak pergi sekolah mintak tengok buku Rekod Kesihatan Murid tu aku tak terfikir masa tu. Kes aku ni dibiarkan macam tu je dan nobody bother to call me untuk bagitahu ubat tu untuk apa. Baling batu sembunyi tangan!

Alleryl Syrup – Chlorpheniramine Maleate (2mg/5ml)

Aku terpaksa Google sendiri cari maklumat tentang Alleryl Syrup ni. Aku jumpa maklumat lengkap tentang Alleryl Syrup di laman web National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA), KKM iaitu https://npra.moh.gov.my .

Ubat Alahan

Apakah Kegunaan Alleryl Syrup

Alleryl Syrup tergolong di dalam kumpulan ubat yang dikenali sebagai antihistamina. Alleryl Syrup mengandungi chlorpheniramine maleate yang digunakan untuk:

  • Rawatan gejala alergi rinitis (radang membran mukus dalam hidung) bermusim dan perenial (berlaku sepanjang tahun).Rinitis vasomotor (bukan alahan) dan konjunktivitis alahan (radang mata) disebabkan oleh alergen inhalan dan makanan.
  • Rawatan gejala gatal-gatal kulit yang berkaitan dengan tindak balas alahan dan gejala urtikaria (ruam merah dan gatal yang timbul pada kulit) yang ringan dan tidak rumit dan angioedema (bengkak pada bahagian kulit dalam).
  • Boleh digunakan dalam kombinasi dengan dekongestan (Pseudoephedrine) untuk melegakan sementara kesesakan hidung dan sinus yang berkaitan dengan selesema dan rinitis alergi.

Jangan mengambil Alleryl Syrup jika anda:

  • Alergik kepada chlorpheniramine maleate atau bahan-bahan yang terkandung di dalam ubat ini.
  • Sedang atau pernah mengambil ubat yang digunakan untuk merawat kemurungan yang dikenali sebagai perencat Monoamine Oxidase (MAOIs).
  • Sedang menghidapi penyakit pernafasan contohnya asma.

Siapa agaknya nurse yang dah tercucuk Izzah dan bagi ubat Alleryl Syrup pada budak umur 7 tahun tanpa preskripsi tu? Tak fikir risiko? Nasib baik Izzah jenis lurus balik terus tunjuk pada aku. Omak is bengang tau! Tapi rasa lega pulak lepas luahkan apa yang terbuku selama 3 tahun ni. Huhu!

5 Comments

  • hi u, nk tanya let say anak i tak complete vaccination as adviced, bila nk register utk kemasukan darjah 1 yg online tu akan kacau tak. atau leave as it is mana box yg tak lengkap tp boleh proceed je?

  • Hai nak tanya..jika ank yg xde alahan pada ubatan ke vaksin ke camne ye?tpi dos2 sume ade je dos tambahan pon ade..blh lagi ke jarum tambahan tuk tahun 1?ke mcm mne ye?

    • Rujuk jadual vaksin KKM tu…ikut jadual tu even vaksin complete masa bayi.. vaksin masa tahun 1 tu booster utk umur 7 tahun

  • Saya tak dapat salinan atau jadual vaksin anak untuk tahun satu. Tak dapat surat menyatakan anak akan atau sidah kena vaksin dari pihak sekolah. Beberapa bulan lepas tetiba anak demam saya bagi ubat, lepas tu masa saya buka baju untuk mandikan anak tengok lengan anak lebam n bengkak. Tanya dia dia kata kena cucuk…. tanya cucuk apa dia pon tak beri tahu…. masa tu panas hati dengan pihak sekolah. kenapa tak bagi tahu ibu bapa tentang pekara tu… saya yang tak tahu pula main bagi ubat… if ada berlaku apa emak bapak yang tangung…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *