Info Vaksin | Jenis-Jenis Vaksin Bayi & Kanak-Kanak di Malaysia

Bismillah. Aloe!

Aku share senarai jenis vaksin untuk bayi & kanak-kanak seperti yang dijadualkan oleh KKM. Sila rujuk Jadual Vaksin KKM untuk melihat jadual lengkap vaksin untuk bayi baru lahir sehingga remaja berumur 15 tahun.

Berikut ialah senarai penyakit2 yang divaksinkan. Maklumat ini tidak begitu lengkap sebab hanya bahan utama vaksin yang di senaraikan. Bahan-bahan lain di dalam vaksin tidak disenaraikan di sini.

Aku akan cerita lebih lanjut tentang kandungan setiap vaksin dalam posting yang lain. Knowledge is power. Semoga bermanafaat.

No
Penyakit
Produk vaksin
Cara vaksin di beri
1
Tuberculosis Bakterium yang dilemahkan (BCG) Di bawah kulit lengan
2 Diphtheria Toksin bakteria yang diubahsuai (D)  

DTap/ HiB/ IPV diberikan melalui suntikan di paha (untuk kanak-kanak dibawah umur 1 tahun) atau tangan (untuk kanak-kanak yang lebih daripada 1 tahun).

3 Tetanus Toksin bakteria yang diubahsuai (T)
4 Pertussis (Batuk kokol) Bakteria yang dibunuh (aP)
5 Haemophilus influenzae type b Komponen bakteria (Hib) #
6 Polio Virus yang dimatikan Diberi melalui mulut
7 Hepatitis B Kompenan virus (Hep B) Melalui suntikan di otot peha
8 Beguk Virus yang dilemahkan (M)
9 Campak Virus yang dilemahkan (M)
10 Rubella Virus yang dilemahkan (R)
11 Cervical Cancer Vaksin rekombinan Melalui suntikan di otot paha/ lengan

Nota:

  1. Semua penyakit di atas boleh berjangkit dari seseorang kepada seseorang kecuali Tetanus (dimana ia disebabkan luka di badan akibat pencemaran oleh tanah yang mengandungi bakteria)
  2. Vaksin berikut boleh didapati di klinik swasta :
    • Varicella (demam cacar air)
    • Influenzae
    • Hepatitis A
    • Demam Taifod
    • Pneumokokal
    • Rotavirus

Vaksin

Komplikasi penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi.

Penyakit
Komplikasi
Tibi (batuk kering) Menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak kepada organ lain.
Difteria Toksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru).
Pertusis (batuk kokol) Ia akan menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak.
Tetanus Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi).
Haemophilus influenzae jenis (Hib) Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan radang saraf otak (meningitis).
Hepatitis B Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan.
Polio Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak dan kecacatan kekal pada otot kaki.
Campak Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) and paru-paru (pneumonia).
Beguk Virus ini menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) dan testis (orchitis) dan boleh membawa kepada kemandulan.
Rubella Virus rubella merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutamanya kehamilan bagi tiga bulan yang pertama dan boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan pada otak, sistem pendengaran dan penglihatan serta kerosakan hati. (terutamanya PDA patent ductus arteriosus)
Penyakit Pneumokokus yang memudaratkan Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, meningitis dan darah yang teruk.
Rotavirus Virus ini boleh menyebabkan penyakit cirit-birit yang teruk, dehidrasi dan encephalitis
Virus Human Papilloma Virus ini boleh menyebabkan kanser serviks dan ketuat genital

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *