Bismillah. Aloe!
Aku ni nak kata anti-vaksin tak kot. Pro-vaksin pun tidak. Pro-choice dan duduk atas pagar je boleh? [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]
Anak-anak aku semua pernah kena vaksin. Aku ada pengalaman anak kena vaksin complete seperti saranan KKM. Aku jugak ada pengalaman anak kena vaksin optional Chicken Pox, Rotavirus dan Pneumococcal. Mahal gaban cecah ribu ringgit tu..uhukkk!
Nak vaksin atau tidak baby korang tu hak masing-masing. Tapi jangan membuta tuli main ikut orang.
Orang vaksin anak korang pun vaksin anak. Orang tak nak vaksin anak korang pun follow tak nak vaksin jugak. Suka benar follow-mollow meh..hehehe [wp-svg-icons icon=”tongue” wrap=”i”]
Jom belajar tentang vaksin dan imunisasi. Lagi banyak ilmu lagi mudah korang buat keputusan. Betul ke betul?
Apa Beza Vaksinasi dan Imunisasi?
Vaksinasi berlaku bila anak kena suntik dengan vaksin. Imunisasi ialah kekebalan @ daya tahan terhadap penyakit selepas di vaksin.
Kiranya vaksin ni merangsang sistem imun untuk mengenali penyakit sama yang divaksin seterusnya melindungi badan dari jangkitan pada masa akan datang.
Vaksin ialah virus atau bakteria yang telah mati atau dilemahkan dengan kaedah tertentu. Vaksin boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut.
Kesan sampingan vaksinasi atau dikenali sebagai AEFI (Adverse Events Following Immunisation) adalah perkara biasa yang berlaku. Biasanya kesan sampingan vaksin amat ringan dan tidak membahayakan.
Tapi kesan sampingan vaksin boleh juga menjadi sangat teruk dan merbahaya sehingga mengancam nyawa. Sebab itu wujud Garis Panduan Farmakovigilans Keselamatan Vaksin yang KKM buat tu kan. Cuma ramai parents tak tahu je kot.
Jadual Vaksin Malaysia 2016
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan jadual immunisasi @ jadual vaksin baru bermula 2016.
Apa beza jadual vaksin lama dan jadual vaksin baru tahun 2016 ini?
Perbezaan utama adalah pada jadual immunisasi MMR (Measles, Mumps & Rubella). Jadual vaksin KKM yang lama hanya ada satu dos MMR iaitu pada umur 12 bulan.
Tapi jadul vaksin KKM yang baru 2016 dua dos MMR. Dos pertama MMR diberi pada umur bayi 9 bulan dan dos kedua pada umur 12 bulan.
Vaksin terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah berpandukan kepada Perluasan Program Imunisasi (EPI- Expanded Immunisation Programme) WHO.
Vaksin ini diberi secara percuma kepada semua bayi dan kanak-kanak di semua klinik kesihatan kerajaan. Ia merangkumi 10 jenis vaksin yang boleh menghalang penyakit.
Vaksin MMR = Measles Mumps Rubella
Vaksin measles (demam campak) telah mula digunakan pada tahun 1963 bagi mencegah jangkitan measles dalam kalangan manusia. Tapi di Malaysia ia hanya bermula pada tahun 1982, dan diberikan kepada kanak-kanak berumur 9 bulan.
Sejak tahun 2004 dua dos vaksin measles dalam bentuk kombinasi Measles Mumps Rubella (MMR) telah dimasukkan ke dalam jadual Program lmunisasi Kebangsaan. Dos pertama vaksin MMR diberikan kepada bayi berusia satu tahun. Dos kedua vaksin MMR diberi kepada murid Tahun Satu di sekolah.
Bilangan kes dan wabak measles dalam kalangan kanak-kanak masih dikatakan masih terus meningkat. Dianggarkan 24% hingga 36% daripada keseluruhan kes measles pada tahun 2011 hingga 2015 adalah golongan bayi berumur bawah satu tahun. Sebanyak 25% hingga 54% kes adalah berumur antara sembilan hingga 11 bulan.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Berdasarkan data epidemiologi kes measles di Malaysia dan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Jawatankuasa Dasar dan Amalan lmunisasi Kebangsaan telah mengarahkan supaya:
Mulai 01 April 2016, jadual imunisasi measles bagi kanak-kanak yang lahir pada 01 Julai 2015 dan ke atas adalah seperti berikut:
- Dos pertama imunisasi measles (MCV1) diberikan pada bayi berumur 9 bulan menggunakan vaksin kombinasi Measles-Mumps-Rubella (MMR).
- Dos kedua imunisasi measles (MCV2) diberikan pada usia kanak-kanak 12 bulan menggunakan vaksin kombinasi Measles-Mumps-Rubella (MMR)
Bagi kanak-kanak yang lahir sebelum 1 Julai 2015, jadual vaksin MMR adalah seperti berikut:-
- Pemberian MCV1 adalah pada umur 12 bulan.
- Pemberian MCV2 kepada murid sekolah Tahun Satu diteruskan sehingga tahun 2021
- Pemberian MCV2 kepada murid sekolah Tahun Satu akan diberhentikan pada tahun 2022.