Bismillah. Aloe!
Tak habis lagi nak cerita tentang suntikan vaksin BCG. Semua anak2 aku kena injek vaksin BCG ni lepas lahir kat Hospital Sungai Buloh. Kali ni aku nak share gambar2 kesan suntikan BCG pada lengan anak bongsu aku, Irdina.
Suntikan vaksin BCG diberikan di bawah lapisan kulit (intradermal) iaitu di antara lapisan epidermis dan dermis pada bahagian bahu kiri.
Kawasan yang disuntik vaksin BCG akan membengkak dan akan surut dengan sendiri dalam masa beberapa jam.
Tempat suntikan vaksin BCG akan membentuk bengkakan kecil (papule). Papule ini akan membesar dan akan pecah dan membentuk luka (ulcer) dan kadang kadang bernanah.
Luka ini akan sembuh dengan sendiri dalam masa 4 minggu atau lebih. Parut bekas suntikan BCG juga akan kelihatan.
Apakah Akan Berlaku Selepas Vaksin BCG?
Pada kebiasaannya perkara berikut akan berlaku selapas suntikan vaksin BCG pada bayi:
- 2-4 minggu – satu benjolan akan timbul, lembut apabila disentuh tetapi tidak sakit.
- 6-8 minggu – benjolan akan mengandungi nanah.
- 10-12 minggu – kudis akan menjadi kering dengan sendiri atau berkuping dan akan tanggal meninggalkan satu parut 5-7mm dan terbenam sedikit.
Penjagaan Selepas Vaksin BCG?
- Jangan dedahkan tempat suntikan vaksin BCG ke arah cahaya matahari.
- Jangan usik, tuam, sapu ubat, garu, picit, cungkil atau cucuk pada tempat suntikan vaksin BCG
- Suntikan vaksin BCG akan diulang jika tiada parut selepas 3 bulan.
- Vaksin BCG biasanya tidak akan menyebabkan bayi demam
Pengalaman Vaksin BCG – Irdina
Kulit muka dan badan Irdina masa lahir adalah sangat bersih dan putih gebu.
Tapi sehari selepas disuntik vaksin BCG, kulit muka dan badan Irdina mula dipenuhi ruam-ruam merah. Ruam @ rashes ni berlarutan hingga sebulan lamanya.
Selepas Vaksin BCG @ Bayi Umur 2 Minggu
Selepas 2 minggu suntikan BCG aku nampak tempat suntikan macam ada sedikit bengkak. Tak merah atau bernanah. Cuma benjol sikit.
Kesan sampingan vaksin BCG iaitu ruam merah @ skin rashes pada kulit Irdina semakin banyak. Bintik-bintik ruam penuh pada kulit muka dan seluruh badan. Aku sapu Aloe Bee Propolis Creme selepas mandi untuk redakan rasa rengsa dan gatal.
Selepas Vaksin BCG @ Bayi Umur 4 Minggu
Selepas 4 minggu selepas suntikan BCG aku tengok bekas suntikan semakin bengkak. Kelihatan macam ada gelembung bernanah.
Kesan sampingan BGG iaitu ruam pada kulit Irdina masih ada tetapi mula berkurangan. Rashes tidak lagi kelihatan merah. Aku hanya terus menyapu Aloe Bee Propolis Creme pada kawasan yang beruam.
Selepas Vaksin BCG @ Bayi Umur 5 Minggu
Selepas 5 minggu suntikan vaksin BCG aku tengok bekas suntikan semakin benjol dan mengandungi nanah. Aku tak sapu apa-apa pun pada bekas suntikan BCG.
Selepas Vaksin BCG @ Bayi Umur 9 Minggu
Selepas 9 minggu suntikan vaksin BCG nanah mula pecah tapi kelihatan berkerak keras. Kawasan bekas suntikan masih bengkak dan benjol.
Selepas Vaksin BCG @ Bayi Umur 13 Minggu
Benjolan pada kawasan bekas suntikan BCG masih tidak surut. Nanah sudah tiada tapi benjol macam tak nak hilang. Aku mula sapu Aloe Bee Propolis Creme pada bekas BCG.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Selepas Vaksin BCG @ Bayi Umur 3 Bulan
Selepas 3 bulan suntikan BCG barulah bekas BCG surut bengkak. Tak benjol dan mula melekuk ke dalam kulit. Kalau nurse tengok ni mesti dia kata parut BCG cantik [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”].
Selepas Vaksin BCG @ Bayi Umur 4 Bulan
Selepas 4 bulan suntikan vaksin BCG barulah parut BCG Irdina kelihatan elok. Ruam @ skin rashes pun sudah tiada.