Bismillah. Aloe!
Aku adalah bekas pelajar Irfan Khairi atau lebih dikenali sebagai IKx @ ex-students IK. Dulu aku ambik Professional Diploma in Internet Business & Marketing Strategies under IKSB-OUM.
Antara benefits jadi bekas pelajar Irfan Khairi ni ialah kami dikumpulkan dalam satu secret group kat Facebook. Kat situ boleh interaksi direct dengan IK, networking dengan IKx lain dan attend apa2 aktiviti anjuran IKSB bersama IKx & Irfan Khairi.
Sebelum bulan puasa ari tu — pada 29 Mei 2016 ada IKx Gathering 2016. Minum petang bersama Irfan Khairi dan bekas2 pelajar IK yang lain.
Sebab aku tak dapat datang masa Konvo bulan Disember 2015 tu so aku rasa peluang ni memang kena grab. Teringin nak gather2 dengan kawan2 sekelas dan bawa anak2 jumpa IK. Terutama anak aku Irfan yang share same birthday dengan Irfan Khairi. [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”]
Gathering ni memang ditunggu-tunggu oleh semua student bertujuan mengeratkan ukhuwah, bisness networking & meraikan keluarga besar IKx.
Majlis IKx Hi Tea pada 29 Mei di Hotel Royale Chulan Damansara dimulakan dengan uncapan wakil pelajar dan persembahan “kasi gegar”. Tapi tak bergegar pun aku rasa ekekee.
Kemudian ada penyampaian sijil untuk para pelajar yang tamat program sijil. Sekarang dah tak ada lagi program Professional Diploma in Internet Business & Marketing Strategies under IKSB-OUM. So tiada lagi majlis konvo.
Ada beberapa cabutan bertuah dengan hadiah hamper raya. Nombor anak aku Irfan bertuah so dapatlah satu hadiah lucky draw.
Seumur hidup aku tak pernah rasanya menang lucky draw. Kalau menang contest banyak kali lah. Tapi cabutan bertuah never ever heheh.
Ada jugak contest gambar selfie paling mengader. Kena selfie atau wefie kemudian post kat Facebook dengan hastag #ikxmeetup.
Beriya2 aku wefie dengan anak2 aku. Berbaloi lah jugak sebab menang hamper.
Lepas tu ada fashion show dan jugak nyanyian special dari Irfan Khairi dan tenaga pengajar IKx.
Seronok pulak tengok IK layan menyanyi. Suara IK? Hmmm…kira boleh la ekekee.
Sebagai penutup majlis, Irfan Khairi mengumumkan bahawa dia sudah membuka satu institut di Dubai. Tahniah Irfan Khairi!